Saturday, January 27, 2024

Suhailiku Telah Dicop BAHAGIAN 2

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah

Ekawwwwww.. Kerlasss ye Suhaili aku ni.. Sampai berbahagian-bahagian cerita bertunangnya. Hahahaaa takdalah.. Posting kali ni just nak update gambar-gambar kami leeeee dari fotografer. Jadi selamat mencuci mataaaa.. Simpan kenangan di sini untuk hari tua hahahahaa


Aib cikitttt je.. hahahahahaaa kbye 











Kita akhiri posting kali ni dengan gambar penanti cantik. Semoga dipermudahkan segala urusan sahabatkuuuuu.. Ayang dia.. 

Suhailiku Telah Dicop BAHAGIAN 1

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah

Sebenarnya dah lama blog ni bersawang. Lagi pulak sejak dah beranak empat ni. Emmmm begitulah.. Kadang lebih banyak bercakap sendirian dalam kepala ni daripada idea nak menaip di blog ni. Adakah itu tanda penuaan? Huhuhu harapnya tak lah.. 

Jadinya kali ni aku nak simpan kenangan Suhaili dah bertunang secara rasminya. Maklumlah secara tak rasmi ni lama dah rasanya.. Member ni sibuk katanya... Dengan sambung sampai masternya. Ish susahlah member cerdik rajin belajar ni. Hahahahahaa aku puji eh ni bukan perli. Siapa salah faham tu masalah hati lah gamaknya.

Ceritanya aku start nampak gambar sarung cincin. Terus terdetik sedih tau asalnya HAHAHAA sebab aku rasa macam "emmmm member tunang dah tapi aku takda.." HAHAHAHA tapi aku relax cool je ucaplah TAHNIAH SAYANGKU CINTAKU padahal tengah swing mood sedih campur happy. 

Sekali member dirisikkkkkkkkkk.. Teruslah jemput tarikh tunang, nikah, kenduri! Hambek! Hahahahaha.. Aku pun terus set appointment lah apa lagi dengan shuami tersintaaa... Tak kira memang aku nak datang juga. Yelah sebab kalau part geng SEKIYMA, aku cakap selalu.. SEKIYMA ni lain dari kawan-kawan lain. Diorang ada susah senang aku sampai tunang, nikah sanding semua ada.. Belum lagi datang tolong waktu kenduri kakak abang abang aku lagi hahahahaa.. Tak memasal kan? 

Then ahhhshuami pun kata "bolehhhhhhhh in shaa Allah" lepas beliau tengok planner sekolah. Then begitulah ceritanya aku boleh bersama-sama Suhaili hari ni pada hari pertunangan dia dengan Haikal. Ahhhshuami hantar aku dengan Aula dulu. Beliau bawak AufaAdibAura pusing Batang Kali. Ngamsoi sampai tengah baca doa habis perbincangan. Terus part sarung cincin awwwww Alhamdulillah sempat tengok moment tu.... Huhuhu sis sebak! Terima kasih ahhhshuamikuuuuu tolong bawakkan dan jagakan AufaAdibAura dulu.

Ok part dia dengan Haikal jumpa ni aku memang nak cerita juga tak kira! Hahahaha weh diorang kenal coppp bukan dioranglah.. Kitaorang ok! Kitaorang jumpa dan kenal di kem masa tingkatan 3 (2011) anjuran PKNS. Dia macamni tau.. PKNS buat kem untuk sekolah-sekolah anak angkat PKNS. Mostly area Shah Alam dan Klang tak silap aku ke memang aku silap. Hahahaa tak ingat dah lah..

Then PKNS jemput lah sekolah kitaorang ni. Tapi satu bas je rasanya. Campur semua tingkatan. Yang aku ingat memang aku dengan Suhaili je pergi untuk kelas kami. Masa tu Cikgu Razak a.k.a cikgu kaunseling panggil aku, cikgu suruh cari seorang lagi kawan untuk teman. Hahahaha memang tanya dia jela dulu. Terus onzzz dan kami pun pergi kem tu. Kem tu dekat Jalan Kebun, Klang.

Pongpangpongpang aku memang cam lah Haikal ni. Sebab dia kecik kecik je orangnya masa tu lah.. Then pendiam. Suhaili memang pernah tegur kata comel Haikal tu HAHAHAA aku ingat part tu je. Macamana diorang boleh bercontact bagai aku tak tahu. 

Begitulah jodoh yedakkkkk.. Pusing sana sini tuptup depan mata masa kem tu berjodoh. Gituwwwwwww... Alhamdulillah.. aku happy lah Suhaili! Aku doakan semoga ikatan ni dipermudahkan segala urusan & cepat dihalalkan tak lama je lagi. 

Masa majlis pula Alhamdulillah macam biasa memang tak cukup jugekkkkk SEKIYMA aku ni.. Khalida tak dapat datang sebab kerja. Hanim datang pulak sejam, lepas tu masuk kerja semula. Yus pulak datang mujur sempatlahhhh.. Aku dah nak gerak balik Kedah, dia pun sampai syukurrrrrnakkkkk.. Kalau tidak tak berjodoh juga jumpa.

Oklah.. Aku selit gambar kenangan cambiasaaaaa... Selamat cuci mataaaaa guysss

Terima kasih sayang mama Aula teman elok je tidur. Dah nak balik tu baru bangun..

Mujur sempat sampai masa nak sarung cincin ni

Gituwwwwww.. Masih ada halal gap ya.

Begitulah ceritanya tak juga complete SEKIYMA. In shaa Allah bulan 7 ya harap boleh renew gambar hahahahaa

Sunday, August 20, 2023

Anakanda SnA: Selamat Hari Lahir ke-2, Cahaya Sinar!

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah..

Rezeki kali kedua ya birthday anak dara papamama ni sambut di hotel. Yang pertama biasanya papamama akan buat makan-makan di kampung Kelantan, tapi memandangkan masa tu tak cuti sekolah so kami sambut di Lexis Pulau Pinang. Ni post Sambutan Hari Lahir Pertama Nurul Aura. Kali ni birthday kedua tahun pun masih bukan cuti sekolah, plan asal nak buat makan-makan di rumah, tapi mama pula tak berapa sihat. Jadi papa bawa ke hotel juga memandangkan dah lama sangat AufaAdibAura tak ke pantai termasuk papamama juga hahahahaa..

So papa pun apa lagi serbey punya serbey, kami terus tertarik dengan Hotel Hompton by The Beach Penang. Salah satu sebabnya ialah hotel ni terus boleh link dengan pantai. Kira pantai pun tak boleh orang awam masuklah, tak berapa ramailah harapan kami. Dekat pun dekat nak balik terus ke hotel. Kolam pun adoooo.. Tahu jelah ketulunan itik ni mana boleh takda kolam. hahahahaa.. Mama take part melayan AufaAdibAura di pantai, papa pulak masa mandi kolam. Adil dan saksama gituww...

Yang best pasal hotel ni juga sebab papa kata antara hotel yang baru dan dalam kami terbaca review customer pernah datang, ada yang pernah request sepotong kek untuk surprise apa tak ingatlah. Tapi rezeki diorang dapat sebiji terus kek hotel bagi free. Wuuuuuu.. Menarik untuk dicubakan. So kami pun request alang-alang birthday anak dara ni kan. Kami pun tak berharap apa pun. Sebab kadang ada hotel yang call semula tanya. Biasa je kami cuba minta deko apa semua di hotel, kebanyakkan akan kata ada bayaran tambahan, cuma kali ni takda yang call. So memang tak ingat pun pasal request kek tu.

Jadinya papa tetap belikan kek Aura memandangkan mama pun dah lama tak makan kek. Dah alang-alang birthday anakkan, jadi mama pun mestilah dapat habuan hahahahaa.. Belilah sebiji kek strawberry sebab Aura suka sangat strawberry. Masuk je bilik hotel, terus perasan deko itik bercium tu omeyyy je hahahaa then terrrrrrrpandang dekat dalam peti mini, MasyaAllah... Ada sebiji kek tertulis "Happy Birthday, Daughter." Alhamdulillah.. Rezeki mama ehhhh Aura sebab dapat kek sampai dua biji. hehehee.. Apa pun overall kami sangat berpuas hati dengan hotel ni. Tak menyesal mencuba. AufaAdibAura pun dah sebut banyak kali nak pergi lagi... hahahahaa in shaa Allah... Macam biasa ada video daripada mama untuk simpan kenangan indah kami. Selamat Menonton!

Saturday, July 08, 2023

Anakanda SnA: AufaAdibAura bawa Opa Oma naik Gunung Jerai

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah..

Walau 1 malam sahaja, tapi betul-betul dapat bagi keceriaan & kemeriahan seisi rumah kami yang jarang sangat terima tetamu apatah lagi bermalam. Hahahahaaa 

Terima kasih Opa Oma sudi datang ke teratak sementara kami kali kedua ni. Moga lepas ni datang teratak kami di negeri lain pulak la kan... 🤭🤣

Syukur Allah bagi peluang AufaAdibAura bawa Opa Oma naik Gunung Jerai. Aufa siap-siap kata "Mama buat video tau.." hahahahaa baikkkkkk... Seronok AufaAdibAura. Tak henti kata "bestnya.." Kenangan manis mereka. Ni hasil rakaman...

 

Sampai je di kaki gunung, terus AufaAdib kata "yeyyyy pergi sini.. Kita pernah pergi dengan AisyaAirinAaronAdam sekali Makder Ayahder." Sepanjang naik Gunung Jerai kali ni terbayang tahun lepas AufaAdibAura bawa AisyaAirinAaronAdam bersama arwah Ayahder & Makder. Setiap sudut terbayang kenangan & bayangan mereka... Allahhuakbar... Siapa sangka itulah kali terakhir kami berjalan dua family. Rupanya Allah nak bagi kenangan manis pada kami. Mujurlah ada video buat pengubat rindu kami.. Ni post AufaAdibAura bawa AisyaAirinAaronAdam ke Gunung Jerai.