Saturday, October 27, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha

salam semua. sihat? oh harini raya. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. cewah ayat merendah diri! hahahaa.. mesti ada yang balik kampung kan? mesti best gila kan? mesti terharu habis la kan.. tung la.. dapat balik kampung. dapat bersama family lain.. berkumpul adik beradik semua. wahhhh.. *lap air mata* aku tak dapat balik sebab masa tak mengizinkan. takpe takpe.. 13.11.12 ni aku balik Selangor. jumpa adik beradik.. jumpa member member.. jumpa orang tersayang... tettt! hahahaa.. tersayang tu abang abang and kakak kakak angkat la.. tengok dah fikir lain. aku still single la.. eh eh berapa hari je lagi nak genap 1tahun aku single.. ohhhhhh terharunya.. *lambai lambai ala ratu* 

so harini ibu masak Laksa Kedah *my fav tuuuuuuu* and Laksa Johor. pehhhh puas makan dua jenis laksa ni.. memang terbaik ar laksa ibu masak. tak pernah yang tak habis! then buat open house kecil kecilan.. ramai jugak la yang datang. yang rapat rapat je. member aku just Ekin and Cici je datang. sebab yang lain ada yang balik kampung and buzy. raya kan? mestilah ramai buzy sebab masing masing buat rumah terbuka. hish! rindunya dekat Abang Ijan. sebab dia sorang je adik beradik aku yang beraya sendirian.. dekat Maktab Pengguruan dia tu.. dia tak boleh balik sebab Isnin ni dia ada exam. so Abang Ijan, All the best! nanti Miya and Afi balik, KITA ENJOYYYY!!! hohohohoooo sukanya sukanya..

 with Ibu and Ayah

 Juadah pagi raya.. nyum nyum!

 anak dara ok.. hahahaa :D

Cici and Ekin

Wednesday, October 17, 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

salam semua. ok harini hari last sebelum aku beri tumpuan kembali pada peperiksaan yang akan kembali esok sehingga selasa minggu depan. so no online! no enjoy! stop kejap. lepas exam, baru enjoy sepuasnya. eh rasa sekejap pulak PMR kali ni. hahahaa.. ingat lagi tahun lepas, habis je exam.. terus pergi MarryBrown melantak! then main bebola kecik warna warni dekat bilik mainan tu. sumpah macam budak terencat. dengan baju sekolahnya.. hahahaa.. kelakar. dengan siapa? dengan Azmira and Iliya la siapa lagi. pakcik Azmira murah hati hantar kami. best kan? mestilah.. hahahaa..

ni la masa habis PMR! :')

ok dikesempatan ni, nak ucapkan HAPPY 2nd BIRTHMONTH untuk babyboo aku, Syedi Ali Alauddin. amboi amboi.. makin bosar mama tengok kau Ali. hahahahaa.. ni yang sedap peluk peluk cium cium pipi gebu tu! tunggulah kau, mama balik Selangor nanti kita jumpa, mama gomol kau! rindu dah bergunung ganang ni tahu! apa apa pun moga menjadi anak ummi kau yang terbaik. abang sulung kan? jadi jangan nak manja sangat nanti! dengan mama kau boleh manja! hehehehee :D ok lah.. out dulu. tataaa.. salam.

hahahaa.. ramai kata muka ni nampak lain. ada yang kata muka budak form2. aww muda lah I.. terharu taw! ramai kata, eh mata dah ada.. hahahaa kwajak kwajak! :D

Wednesday, October 10, 2012

One Day with Them..

salam semua. ok penat gila harini. nak cerita pasal aktiviti masa cuti, jangan tanya la. sama je hari hari. bangun tidur, mandi, solat, makan, kemas rumah, tengok tv, online, solat, study, tidur petang, mandi, solat, minum petang, tengok tv, solat, study, online, solat, online, tidur. sama je setiap hari sepanjang cuti PMR ni. haish.. apa nak jadi dengan aku. nak kata kesedaran, memang dah lama ada. mybe tak ada mood study bila cuti ni. tapi still study jugak la.. takada la lupa langsung. k good girl! hahahahaa.. tapi harini aku ada program motivasi dekat sekolah. memang aku la paling excited, TAPI! disebabkan ekin buncit sayang aku tu mengada datang lambat! eh tak tak.. rumah dia jauh. then hujan pulak pagi tu. so aku yang rumah dekat ni, duduk lepak atas motor tengok budak budak pergi sekolah. cam haremmmm je. setengah jam tunggu. siap 'membuang' lagi taw! selekeh tul! hahahaa!

sampai sekolah terus pergi dewan. whatthe la kan aku tengok dewan cam budak budak sekolah persendirian. sikit gila budak! mana yang lain? takyah tanyalah.. pelik jugak. pahal dorang tak suka program sebest ni! aku dapat tahu je program motivasi ni, aku dah fikir banyak.. dengan lawak nya.. dengan syiok nya.. macam macam la! macam kem yang aku pergi tahun lepas bulan3, SummerCamp Smart Learning.. haish! rindu habis bayh! macam nak patah balik je pergi kem tu balik. eh tapi lompat balik form4 taw. aku taknak masuk dewan PMR lagi. serik! biarlah sekali tu. tapi mesti korang yang kalau diberi peluang masuk PMR balik, mesti ramai yang nak kan? gila apa! saat saat jantung nak gugur macam tinggal ada satu wayar je yang sambungkan jantung dengan organ lain. hish! menakutkan! ni SPM lagi, bukan nak gugur je, dah gugur je aku rasa kalau dah sampai SPM. k tahun depan k. belum lagi.. ada masa nak jahit jantung aku tu! buat kantung! hahahahaaa!

mula aku ikut Grace and Arlyn dengan lawatan sekolah kami. dari pelajar pelajar dari sekolah pendalaman. eh tapi ni semua pelajar cemerlang taw! gempak gempak semua result dorang. lepas satu satu kawasan sekolah kami round. aku jadi fotografer la kan. takkan menyibuk pulak. sampai la dorang melawat dewan. masa tu tengah ceramah, so aku duduk sekejap dekat tempat aku, tengah syiok syiok gelak, aku pusing belakang, rombongan lawatan tu dah hilang. aku lari keluar la! sebab aku tengah bertugas. terlupa sat! hahahaa! then aku cari satu sekolah, tak jumpa.. kaki sekejap tertarik urat, sekejap ok.. haish! masa macamni la kaki nak bermanja dengan aku. then call dorang semua tak dapat! baik takyah bawak la weh kalau phone tu buat silent. buat la vibrate ke apa. hish! aku pun masuk dewan dengar ceramah. tak menyesal doh! best! tiba tiba Grace call kata dorang pergi melawat UiTM. good! tinggal aku dekat sekolah. bagus la! terus aku letak phone. cam harem..

dorang nak start lawatan dah.. ni dekat kantin.

 ni dekat dewan. masa ceramah. dah ramai sebab campur abang and kakak form6.

Profesor Madya Roslan Mansor

ceramah tu best nak mampos la gua cakap! penceramah siap menari Oppa Gangnam Style.. hahahaa! macam macam la dia buat sampai ada yang gelak macam dah tak ingat dunia. dia ingat dewan tu dia punya dah. kuat gila gelak! kalau dah program motivasi ni tak sah kalau takada slot tangkap leleh. aku benci slot ni. tapi memang sangat berkesan. aku menangis gila gila arh.. sebab dia sentuh hal orang yang lahirkan aku and yang jaga and manjakan aku dari kecik. mana tak nya.. menangis sampai sakit kepala aku. siap dia suruh tulis surat la.. aku tulis. panjang. tapi tu kan wasiat terakhir. so aku simpan dekat celah almari buku aku. kalau aku dah takada, korang yang baca ni jangan lupa bagitahu parents or adik beradik aku taw ada surat dari aku dekat meja study aku. dalam sampul surat. aku dah gam siap. takada siapa boleh baca. dah dah.. takyah nak sedih sangat. aku masih bernyawa ni.. aku masih di sini.. hahahaaa! alhamdulillah..

 tengok gaya dorang gelak! abang hensem ni weh boleh gelak macamni.. hehehee :D

Prof panggil aku Mamarazzi

slot terakhir sesi bergambar. k ni paling diminati ramai. macam biasa, muka aku memang tak pernah ada. takpayah nak susah susah cari taw. kalau masuk surat khabar pun, aku akan suruh dorang credit fotografernya. sebab aku memang takkan ada. senang senang je korang ada dalam surat khabar. eh kalau bukan sebab aku, korang takada taw dalam gambar tu! hahahaa! takada la.. gurau je. memang tu yang aku nak. asalkan dorang taw siapa yang ambik gambar tu. aku ada la ambik gambar dengan penceramah and budak lelaki yang aww awww.. haish! pelajar cemerlang k! nama dia Kenneth Paul. dari SMK Paris dari Kinabatangan, Sabah. dia form5. goodluck SPM taw Ken! nanti dia and 3kawan dia yang lain nak datang Kota Kinabalu after SPM. nanti dia nak ajak aku. suruh aku jadi orang yang bawak pelancong tu! gila apa? aku pun baru datang sini.. hahahahaa! tempat yang biasa biasa aku tahu la.. contact je aku! pasti aku datang.. hahahaa..

ni semua pihak yang terlibat

 pelajar cemerlang dari sekolah pendalaman

 yeyy! This is Ken! ^^

bersama Prof

then balik, uncle yang menganjurkan program tu tumpangkan aku, Grace and kembar dia, Gloria. sebab rumah kami otw dia balik rumah dia. so lalalalaaa.. sukanya! tiba tiba dia ajak kami pergi dinner dengan pelajar pelajar tadi. wahhhhh! ibu kata rezeki jangan di tolak, tapi tengok dari siapa dulu.. uncle ni baik. and kami kenal. so balik tu terus bagitahu ibu then adik aku tercinta tersayang tergedik tu nak ikut. ibu and ayah suruh bawak sekali. aku pun redha jela.. mengada betul! k tak tak.. ikhlas bawak dia. ikhlas.. pukul 7.30, uncle datang rumah ambik kami then ambik Grace and Gloria. ayah kami semua nak jumpa uncle ni. mana tak nya.. tiba tiba je bawak pergi makan dinner. untungkan? hahahaa.. alhamdulillah.. then kami dinner dekat First Beach Tanjung Aru. besar tempatnya. aku first time sampai. selalunya makan tempat lagi satu.. restoran biasa. ni agak besar jugak la. siap ada gerai gerai lagi.. sampai je dorang pelik. uncle kata bawak anak angkat baru. hehehee.. gelak je kami.

lama sikit baru pelajar pelajar tadi sampai.. yeyy! jumpa Ken.. hehehee.. maklum lah besok dorang dah balik rumah masing masing. so memang tak dapat jumpa dah. dorang pun nak exam lagi. aku dengan Grace semeja dengan Ken. then adik aku semeja dengan Gloria. ngam la tu! makanan semua sedap sedap. ada steak k! wahhhhh! memang menggoda nafsu ku ini. tapi aku tak makan banyak. sebab malam selalunya tak makan. kalau pelahap sangat je baru aku makan. tapi malam ni disebabkan tengahari pun aku makan sikit je, so malam ni aku makan la jugak.. lepas makan sesi penyampaian sijil and bagi ucapan setiap sorang. aku selamat bagi ucapan yang pehhhhh.. ok jugak la. takada la gabra sangat pun. lepas tu lepas tu ambik gambar dekat pantai! best! heheheee.. apa lagi.. aku pun ambik gambar dengan Ken for the last before dia SPM. nanti jumpa lgi, kita ambik gambar lagi taw Ken. hahahaaa! aku nampak dorang happy sangat.. kadang nak je peluk semua. eh eh.. tak termasuk lelaki and Ken ok. Girls Only! hahahaa! haram haram.. 


 sebelah aku Grace and tu Ken! hehehee :D

 Prof and Uncle Azhar yang bawak kami tadi

 aku, Gloria and Grace.

 Ken again! will miss you la bro.. 



sampai rumah pukul11.30.. and now penat gila and now tidur! Good Night! ^^V