Tuesday, November 27, 2012

Shopping Online Shop

salam semua. ok hari ni dah stay Ulu Yam balik. takde la boring mana hari pertama. then akak suruh balik Pelis balik, oh bukan taknak. tapi penat ulang-alik. tahu penat? penat. ye penat. penat.. oh penat. ye sangat penat. ok.. tadi banyak mengemas. tahu jela bila rumah tinggal ni. sangat bersepah. sebab semalam baru hujan lebat katanya.. so kemas kemas la sikit sikit. tak larat sangat. ok tujuan aku post. saje nak post pasal shopping dalam talian. eh best ke? tah la.. aku kureng sikit. tengok barang la kot. macam pakaian, aku lebih tergoda bila melihat.. dan bila kita melihat, kita akan jatuh cinta.. macam pakaian tu semua menari Tango suruh kita beli dorang. mana tak cair! hahahaa.. imaginasi lebih kan? so what! 

aku takde la pengalaman shopping online ni, tapi abang and adik aku penah la shopping online. dekat satu 'kedai' ni. agak murah. dan agak boleh dipercayai. selama abang and adik aku berurusan, takda hal lagi la.. tak tahu la orang lain ada kena 'kencing' ke.. tah! aku tengok dorang ok je.. so saja saja pada malam yang indah nan suci dan tengah demam ni, haih... demam pulak. sebab beli ayam segar dekat Batang Kali punya pasai la.. hish! ada pengalaman. k sangat sejuk dan sejuk sangat. eh sambung balik pasal 'kedai' tu.. ni link nye.. korang boleh tengok la dekat sana.. macam macam ada.. Selamat Berbelah.. ahaks!


http://www.1shopping.com.my/

Monday, November 26, 2012

#1 Resepi Pavlova

salam semua. ok semalam birthday Abg Ijun, aku ada buat kek. first time ok.. kek apa? kek Pavlova. wahhh sedap tuuuuu.. eceh! bukan nak puji sendiri, tapi memang sedap hasilnya. cuma ada kehangusan sikit warna dia disebabkan kesilapan suhu oven. tapi tak rasa pun kepahitan tu. sokey la.. first time. eh senang je buat kek ni actaully.. *bajet belagak kan* hahahaa.. serious la.. then ramai tanya resepinya. so nak kongsi dengan semua orang.. jangan sia-sia kan ye.. lagi lagi untuk pelajar sekolah yang sedang syiok bercuti macam aku! hahahahaa.. apa salahnya kita try benda baru.. ye dak? bila korang habis baca resepi ni, mesti korang rasa nak buat. TRY IT! Good Luck!

bahan-bahannya..

3 biji putih telur gred A
1 biji limau nipis @ 1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
setengah cawan gula halus
setengah sudu besar tepung jagung
250g whipping cream

step 1..

putih telur dan gula halus dipukul sebati


step 2..

masukkan esen vanilla, limau nipis @ cuka dan tepung jagung. pukul hingga sebati.


step 3.. 

panaskan oven 150c

step 4..

alaskan loyang dengan kertas minyak.
tuangkan sebatian tadi ke atas kertas minyak.

step 5..

bakar selama 1jam dengan api atas bawah 100c-120c sehingga betul betul nampak garing. jangan terlampau garing, nanti hitam macam aku buat. hahahaa :D


step 6..

pukul cream hingga betul betul kembang. kalau beli yang dah siap kembang, tak payah pukul. buh je atas cake yang dah dibakar tadi tu.


step 7..

susun buah mengikut kesenian anda. SIAP! ni lah hasilnya.. Selamat Mencuba!

Tuesday, November 06, 2012

Kahwin Awal itu Pengalaman Best!

salam semua. buat apa tu? eh lupa nak wish. SELAMAT BERCUTI kepada semua pelajar sekolah yang dah start cuti. yang belum start tu, redha jela ye.. hehehee.. first sekali nak bagitahu, beberapa hari ni memang selalu buka blog, tapi just edit edit serba sedikit. takde la gempak mana. just simple je kan? sukati I la.. hahaha.. sorry la tak post. bukan takada idea. tapi kepala hotak ni serabut sikit beberapa hari ni. banyak masalah la jugak. hahahahaa.. tapi beberapa hari ni jugak la aku asyik baca blog blogger blogger yang kahwin awal. macamana rasa? eh mestilah I jealous. I pun nak jugak! lols itu pun nak tanya ka? ahaks! yang aku dapat temui dua blogger ni. Kak Irine and Kak Dena. *nak singgah blog mereka boleh tekan dekat nama tu* korang boleh baca sendiri la kalau nak tahu kenapakah mereka berkahwin awal? sila la singgah. takkan kecewa sebab post dorang semua best. 

Kak Irine

Kak Dena

sweet kan? dua dua kahwin umur 20tahun. and dua dua suami dorang umur 26tahun. *kalau tak silap* memang sweet sangat sangat. tapi cerita dorang berbeza. yang Kak Irine ni dia kenal Husband dia dekat laman sosial and Husband dia terus ajak serious. berani right? and Kak Dena pulak pilihan family.. and I was like.. "WOW!!! masih wujud lovestory yang macam ni.." tapi parents mana yang nak anak anak dia menderita kan? semua pilihan parents, dorang akan pilih yang terbaik. so siapa di tempat aku, aku yakin dan aku pasti, lepas korang baca cerita dorang, korang akan simpan niat nak kahwin awal. sebab kemanisan dalam percintaan sebenarnya bermula dengan rumah tangga. 

cuba bayangkan, korang nak date ke nak berguling guling tengah padang pun takada orang nak marah and fikir tak senonoh, tapi takyah la sampai guling guling, kang nampak macam orang gila pulak. tapi korang tak rasa macam sweet ke? berpegang tangan.. suap suap masa makan.. tengok wayang boleh peluk tangan si suami.. boleh cubit cubit.. wahhhh semua tu diyakini HALAL ok. takada halangan langsung. pasangan muda la katakan. tapi lain pulak cerita si remaja yang kahwin awal. mengikut sumber bernama, family dorang memang jenis yang kahwin awal. so tak terkejut sangat la kan.. tapi pada zaman macamni?.. hmmm... *fikir sejenak* tiada yang mustahil. Jika Allah kata jadi, maka jadilah.. eh eh coppp!!! siapa yang kahwin awal nanti, jangan lupa jemput ye.. :D

Syafiq (16) dan Yana (14)

Saturday, November 03, 2012

TAMAT SEKOLAH 2012!!!

salam semua. harini ialah hari terakhir persekolahan untuk sesi 2012. macam baru semalam je aku daftar nama dekat SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.. cepat je masa berlalu. tahun depan dah SPM. kena study betul betul. tak boleh main main.. *5minit* ala.. enjoy sikit sikit, tak salah.. janji kena pandai atur masa. tapi serious la.. masa PMR, macam biasa je. takut tu memang takut, tak boleh nak tipu la kan. tapi banyak jugak khayalnye. tapi ni SPM. mak aiiii!!! *menggigil* macamana la tahun depan bergelar Calon SPM 2013. yang bestnya sebab senior dah.. ewahhh.. hahahaa.. sengal! takde menda pun jadi senior ni. setakat ramai kenal tu, lagi tak suka. baik macam first first aku dekat sekolah ni, semua tak kenal. aku anak siapa pun orang tak kenal. free je hidup. but now, pegi mana semua, cikgu cikgu kenal sebab dorang dah tahu siapa Ayah.. *sigh*

tadi tengok movie hantu je dalam kelas. movie One Misscall. memang terbaik la. hahahaa.. nak tahu cerita pasal apa? ala... tak suspen la. downloud la. baru best tengok bila tak tahu. hahaha.. takde la seram mana. tak boleh lawan Sinister lagi! peh! tu lagi gempak! siapa yang ada sakit jantung, aku rasa innalillah kot.. banyak terkejut terkejut kot... then sesiapa yang mengandung pun jangan la tengok. sebab dia banyak babak babak kekejaman. pembunuhan bersiri. fuhhhh.. *lap peluh* lepas tengok movie, pergi ambik buku latihan yang dah bayar dekat koperasi. so semua hal sekolah untuk tahun depan dah selesai. cuma buku teks je tak dapat lagi 20buah. gila ar! *hantuk kepala dekat dinding* banyak kot! satu buku teks pun aku tak selak lagi. macam berhantu je. bila aku tengok je buku teks, meremang bulu roma. nampak tak permainannya..

lepas selesai semua tu, apa lagi.. ambik gambar la. kali ni aku tak bawak Baby Canon aku sebab berat kot. dah la bawak laptop lagi. actually malas.. hahahaa selalunya ok je. tapi memang berat la. naik lenguh bahu. kami main webcam. snap snap muka muka comel comel kami. aku, Ekin, Amanda, Nadirah, dengan Cici. si Syar aku tak tahu dia pegi mana masa tu. tiba tiba hilang masa nak ambik gambar sama sama. masa aku balik pun aku tak sempat jumpa. dia tu suka menghilang sendiri. pastu bila masa dia muncul balik dekat kami pun kami tak tahu. hahahahaa... Syar Syar.. macam biskut. aku balik hari ni paling awal. pukul 11. gila kan?! macamna boleh terlepas dari Pakcik Jaga? kami buat muka comel la. hahahahaa.. then keluar! senyum senyum je.. Pakcik Jaga tu ok je dengan kami.. hahahaa... habis la sesi tahun ni. persekolahan di sekolah baru.. sangat indah! :)

HO HO HOOO HOTAK HANG! *jerit*

"hai.. uhuk uhuk.. kami cewek indon mali" tettt! tibatiba 'mali'. hahahaa keluar sleng cina.

aww.. comel tak arnab arnab ni.. puihhhh!

oh tidak! 

comel tak saye... XD

Ekin yang kepala bosar tu. aku yang mata bolat tu! huhuhuhuuu :D

HAPPY HOLIDAY, GUYS! Muahxxx! XOXO