Saturday, December 29, 2012

#3 Resepi Kek Coklat Kukus

salam semua. ok harini nak post resepi kek buatan tangan sendiri. untuk Ayah and Ibu punya ulang tahun perkahwinan dorang. walaupun dah lepas, tapi masih boleh sambut k.. hahahaa.. dapat comment yang baik dari Ayah and Ibu. Ibu la paling excited sebab kek favourite dia.. Ibu suka coklat. Alhamdulillah menjadi.. ni resepinya. Try la! 

Bahan-bahannya..
KEK
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan serbuk koko (diayak)
1 sudu kecil baking powder (diayak)
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size A)
1 cawan gula halus
1 biji butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak
 1 sudu kecil esen vanila

TOPPING
4 sudu besar susu pekat
3 cawan serbuk koko/milo
1/4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu segar

step 1..

Pukul telur, gula dan butter sampai kembang. Kemudian titiskan esen vanila dan pukul..


step 2..

Masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko dan baking powder sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Kaup balikkan sehingga sebati.

step 3..

Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati.

step 4..

Masukkan dlm loyang yang telah dilengser minyak/marjerin. Then kukus 45min.


step 5..

biar sejuk selepas dikukus.


step 6..

masukkan serbuk koko/milo.


step 7..

masukkan minyak, susu pekat dan susu segar. kacau hingga sebati. dan tuangkan diatas kek yang telah dikukus tadi. SIAPPP!!!


SELAMAT MENCUBA!!! 



Wednesday, December 26, 2012

Selamat Pengantin Baru..

Salam semua. haish.. sekejap je.. dah balik Sabah balik. rasa macam tak cukup je 40hari dekat semenanjung. tak tahu la kenapa. lagipun tak dapat jumpa member member sangat.. masing masing busy kan.... just jumpa Iliya and Azmira je. haish.. takpelah.. bulan 3 balik lagi. Yuhuuu~ so balik cuti ni sebab nak mengisi kekosongan aktiviti semasa cuti sekolah hujung tahun yang terakhir..ulang suara YANG TERAKHIR! *jerit* hahahahahaaaa... mula ke Perlis, then Shah Alam, then Jeratut, then Kelantan for the last place. Kelantan sebab Abang Ijun kawin pada 20.12.12012. smart kan? k jeles... hahahaa.. dah kawin ye.. paling muda ye.. tunggg arrrr.. hehehee.. so tengok gambar gambar jela ok.. sebab gambar pun boleh bercakap taw.. so rasai keajaiban gambar yang selama ni ramai yang tak tahu.. (padahal malas nak menaip) hehehee..

Pelamin yang Indah.. 

 Ayahanda Tercinta..

Alhamdulillah.. Selamat sudah.. nampak senyum tu! Cari aku cepat!!! Sape dapat cari, nahh choki choki.. hahahaa.. 

Doa buat Isteri Tercinta..

Nampak!! terus hilang mata.... hahahahaa

Hadiah buat Isteri..

tinggallah kami bertiga yang masih membujang bujang dan mendara.. giliran siapakah lepas ini? lalalaa..

Me and The Loving Bride

Family.. except Big Sis, her Hubby and Son, Sis-in-law and her Daughter

The Bride and Parents..

Me and Cousin's Daughters and Son..

tadaaa... doakan SPM saya tahun depan Cemerlang ye.. lepas tu baru gambar ni bermakna.. SPM Didahulukan, Kahwin Diutamakan..hahahahaaa.. tataaa.. Salam.

Thursday, December 13, 2012

#2 Resepi Sushi

salam semua. ok sihat semua? amacam holidays? ok ke K.O? hahahaaa.. whatever la.. dah Abang Najib elok elok bagi cuti, bersyukur jela kan.. daripada takde, pandai pulak nak bising. eh rasa sekejap je kan? dah nak dekat habis cuti. haish.. tahun depan SPM. tahun terakhir bergelar pelajar sekolah. macam tak percaya pun ada jugak. iyala.. rasa macam baru tadi je habis PMR tahu tak. penat PMR pun tak habis lagi.. eh penat ke? mestilah.. otak ni ha penat.. *tunjuk kepala* nampak tak dah mengecil kepala ni? hahahaa sebab banyak tak belajar lagi untuk SPM. so tahun depan kena buat betul betul. takde main main sangat macam tahun sebelum. eh main tu ada jugak la.. tapi kureng.. kihkihkihkih.. aku bukan budak skema!

ok habis cite serabut tu. nak tahu tak.. ramai yang suka dengan resepi Pavlova hari tu. hahahaha.. senang je kan? siapa dah try.. korang memang terbaik lah! sedap kan? na.... tak caye masa aku cakap haritu. ok nak bagitahu ni walaupun ramai yang taknak tahu. aku tak minat sushi. sungguh! tak boleh masuk. dengan bau nye.. aduh.. aku jeles bila tengok orang yang suka makan sushi. eh nampak macam sedap tahu tak! padahal...... tak boleh masuk! tapi ada sushi yang aku boleh makan. sushi handmade by my big bro and big sis. sedap taw! tak hanyir pun.. then sangat menyelerakan. tak caya? cuba try dulu ar.. hahahaa CUBA then TRY.. ni resepinye!

bahan-bahannya..

1 mangkuk sederhana besar nasi putih
1 keping telur dadar dipotong memanjang


4 ketul isi ketam yang telah direbus siap (dalam gambar ni terlebih pulak! hehehee..)


1 cawan kecil air gula
2 keping rumpai laut kering (pastikan yakin HALAL!!!)


1 keping tikar kecil

step 1..

bentangkan 1 keping rumpai laut kering di atas tikar kecil. dan sapukan dengan air gula SEDIKIT. supaya senang untuk digulung.


step 2..

letakkan sedikit nasi di atas kepingan rumpai laut tadi dan ratakan.


step 3.. 

letakkan 2 ketul isi ketam dan telur dadar.


step 4..

gulungkan dengan perlahan-lahan. dan mampatkan supaya tidak terbuka.


step 5..

potong mengikut saiz yang anda suka. Selamat Mencuba!


senang je kan? try la.. jangan malas malas mencuba benda yang baru. cuti cuti, tapi menimba ilmu tu kena sentiasa.. supaya takde la otak ni jadi lembab. aku tak try lagi.. tapi dah tahu buat. dah tolong tolong sikit. nak rasa aku buat? hahahaa.. untuk tersayang jelah nanti! :p

Sushi EiyZhan :D abang tercinta!