Saturday, December 14, 2013

Permohonan Online dan Pembelian Unik ID UPU 2014


Bagi yang tertunggu bila permohonan UPU dan penjualan Pin/ Unik ID untuk kemasukan ke IPTA tahun 2014, Maklumat ini mungkin membantu serta menjawab pelbagai persoalan yang ada. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf, STPM/ Setaraf, STAM yang ingin memohon melalui UPU untuk ke IPTA, permohonan akan dibuka pada 20 Januari 2014.

Permohonan akan dibuka secara online pada tarikh tersebut dan alamat permohonan akan dibuka dan dimaklum menjelang 20 Januari 2014. Permohonan adalah bagi lepasan SPM, STPM/ setaraf bagi kemasukan ke :
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA )
  • Politeknik Konvensional/ METrO
  • ILKA

Pembelian Pin. Unik ID

Untuk pengetahuan, sebelum mengakses permohonan online adalah diwajibkan menggunakan no Unik ID yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) berhampiran. Pembelian Unik ID juga boleh mula dibeli pada 20 Januari 2014.

Permohonan UPU dan pembelian Pin Unik ID :20 Januari 2014

Semasa membeli Unik ID, pemohon terlebih dahulu perlu maklum dengan jenis kategori untuk permohonan dirinya. Hal ini kerana terdapat 2 pilihan kategori permohonan semasa membeli Unik ID. Pastikan anda tidak tersilap membeli Unik ID, hanya beli mengikut kategori masing-masing. 2 Kategori tersebut adalah :

Kategori A ( Harga RM 10.60 )
  • Adalah kepada calon Lepasan SPM/ setaraf, Lepasan SKM, Lepasan Diploma Politeknik, Lepasan Sijil Politeknik, Lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Lepasan SIjil ILKA.

Kategori B ( Harga RM 15.60 )
  • Adalah kepada calon lepasan STPM/ setaraf, Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi/ Lepasan Diploma/ setaraf dan Lepasan STAM

Tidak ada pembelian Pukal Unik ID

Suka diperingatkan disini, pembelian secara pukal nombor unik ID adalah tidak diamalkan lagi untuk sesi akademik 2014/2015.

Pihak sekolah perlulah mengingatkan pemohon supaya nombor unik ID digunakan dan disimpan secara berhemah berdasarkan tatacara yang mempunyai cirri-ciri keselamatan, hal ini bagi mengelakkan kebocoran maklumat akibat salahguna nombor Unik ID untuk tujuan menjejaskan permohonan dan pemilihan kemasukan ke IPTA oleh individu yang tidak bertanggungjawab.



#8 Resepi Kek Rainbow Oreo

salam semua. wahhhh rasa tenang je sekarang sebab dah habis sekolah. rasa macam tak percaya pun ada. hehehee holiday kali ni rumah sabah mampat habih ar wa cakap lu. mula abang ijan datang. then abang and fmily datang. then abang ijun and family datang. last pulak akak and family sampai semalam. memang aku tidur bilik ibu ayah ar cite dia. hahahahaa sebab bilik aku, akak and family guna. then pagi ni aku memang dah niat awal nak buat kek bagi semua adik beradik ipar duai anak buah semua rasa. sebab yang selalu aku buat, ibu ayah and adik aku je makan. hahahahaa.. kali ni aku buat Kek Rainbow Oreo. so..... selamat membaca!

Bahan-bahannya..

Kek

3 cawan tepung gandum
4 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecik garam
1 cawan butter
2 cawan gula castor agak manis
5 biji putih telur 
2 sudu kecik esen vanila
1 1/2 cawan susu segar
pewarna


Topping


whipping cream


step 1..


Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.

step 2.. 


Pukul butter & gula sampai kembang & gebu.

step 3..


Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu. (masukkan sedikit demi sedikit)

step 4..


Masukkan esen vanila

step 5..


Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.

step 6..


Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dalam beberapa mangkuk (ikut jumpa colour) dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.

step 7..


Kukus selama 10 hingga 15 minit sehingga bila kita cucuk lidi, tak melekat sangat. ok dah tu.. boleh angkat dan sejukkan.

step 8..


Alihkan ke dulang kek, dan letak pelekat antara layer dan layer lain. aku letak whipping cream je.

step 9..


Then baru letak whipping cream ke semua bahagian kek. 

step 10..


Hiaslah ikut kreativiti anda. hahahaa aku buh biskut oreo dan sedikit serbuk oreo tabur dekat atas dia. rende rende bagai tu ikut kepala orang seni. Thanks to my beloved only and the one my Kakak. jadi lawa kek aku. hahahahaaa so....selamat mencuba!!!



Thursday, December 05, 2013

Wordless Wednesday: FREEDOM!!! #SPM2013
















SAYA BEBAS!!!

Saya pelatih siri 1 sesi 11/2014 Kem PLKN Tanaki, Tambunan, Sabah sedia berkhidmat untuk negara. 5 Januari juga genap 18 tahun. Hadiah befday paling menyedihkan sebab berjauhan dengan Ibu Ayah.. :'(

Thursday, November 28, 2013

Tercipta Kenangan Kita Bersama (Tingkatan 5)

salam semua. Alhamdulillah..... Half of The Freedom! 4 Dec last payperrr.. tu betul betul Freedom! sabooo jela.. paper ict tercampak jauh. ok nak cite pasal hari ni. penat nye tadi. seharian di pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. memang gempak! kami first and last buat jamuan kelas tau.. hehehee berbaloi sangat. dari pagi sampai petang. dari panas ke mendung ke panas balik cuaca tadi. hehehee so nak post gambar je k. maleh nak cakap banyak. hehehehee selamat mencuci mata..


 exchange gift :D

eeee mata dah ada eyebag la. nampak bawah mata dah ada sekilo tu.. haaa.... ni kes espiyem yang membunuh tu! hahahaha.. actually pagi tadi pening and pedih perut kejap. so tak banyak gerak.. hehehe peluk tiang je mampu. sebab rindu seseorang. hahahahahahahaa XD

sampai je pantai tadi terus berkaki ayam. lebih selesa.. hehehehee actually nak main air! hahahaha


the boys in the class kecuali belangkas dekat kelas, Jenekoh and Arnold tak datang. letak gambar dengan dorang ni sebab dorang sikit. hahahaha yang girls.. OMGEEEE.. banyak gila gambar.. biasa la girls kan.. haaa..

 dorang panggil aku Mama Mithali sebab aku urus makanan dorang. hahahahaa ada gaya caring mak mak orang dah.. hahahaha

 ok! time to Gang Kadau beraksi di lensa kemera! wachaaa!!!





 I'm free!!!


 Ketua and penolong tingkatan potong kek. awww cweet la.. :*

 lepas makan, lepak sambil tengok member lain mandi pantai..

 actually takut gila naik pokok ni.. tapi nak jugak duduk atas tu! hahahaha tinggi gila!

my Big Family at Sabah


 Thanks afi oh my sayang lil bro bucuk macham muah muah muah :* sebab tolong jadi fotografer and tolong bakar bakar tadi. haaa.. keknga sayang afi tau!

last from me, Good Night! nak rehat..... muka kaki tangan semua terbakar merah merah macam udang bakar. k cun! nasib tak ketara sangat.. tataa semua..