Wednesday, January 23, 2013

#4 Resepi Cream Puff

salam semua. apa khabar? sihat? camna sekolah? hahahahaa.. mesti yang dah habis sekolah tu semua bajet jawab.. "a'alah.. aku dah habis sekolah lah.." hahahaa podahhh.. padahal sakit hati ni.. hahahaa.. banyak pulak gelak malam ni.. yelah... nak riangkan hati yang sedang sedikit lara ni.. cehh ayat.. ayat drama malam malam.. kan? ok lah.. by the way. esok cuti kan? semua kan? untunglah.. mesti ada yang plan nak keluar dengan yang tersayang or tercinta. ewahhh.. lagi untung! tak macam aku ni.. forever alone katanya.. hahahaa.. takdelah.. ada ayah ibu and adik yang sentiasa dengan aku. chill lah babe... 

ok.. hari ni nak buat rancangan masak masak lah.. hahaha.. actually penat gila hari ni.. balik sekolah, mandi and makan bla bla bla.. terus lepak depan tv sambil makan anggur. and tiba tiba rasa nak buat resepi baru. so.... ibu terus tak jadi tidur. sebab nak tengok aku buat. buat apa? korang tahu tak Cream Puff. semua yang penggemar manisan mesti tahu benda alah ni.. benda ni sejenis makanan yang selalunya menjadi pemanis mulut. yang selalu dijual. and harganya mahal lah jugak.. hmm.. so aku ni susah sikit nak beli makanan yang mahal mahal ni.. tengok kat kedai je.. nak telan pun rasa tak tertelan. macam telan duit. hahahaha.. sungguh kadakut! ok ni resepinya.. 

bahan-bahannya..

Puff
1/2 cawan buttercup
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Cream
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar gula

step 1..

Masukkan air dan buttercup ke dalam periuk. Dan masak di atas api sehingga betul betul larut dan mendidih. 


step 2..

Masukkan tepung gandum. AYAK DULU ye tepung tu. Then kacau kacau.. Kemudian tutup api dapur. Angkat dan letakkan ke dalam bekas lain. 


step 3..

Masukkan telur ke dalam sebatian tadi. Masuk sebiji sebiji. Maksud aku, masuk sebiji, kacau.. Then masuk lagi sebiji, kacau.. Sehingga telur yang keempat.

step 4..

Masukkan esen vanilla dan teruskan mengacau hingga sebati. 

step 5.. 

Dan bulat bulatkan doh tadi di atas dulang yang telah dipanas sekejap di dalam oven. Bulat tu tinggi and lebar taw. Sebab nanti dalam tu lembut bila dibakar.. Bakar dengan suhu 200C dalam 25minit.


step 6..

Campurkan semua bahan Cream tadi di dalam periuk dan masakkan di atas api yang sederhana besar.


step 7..

Akhir sekali, belah Puff tadi tu. Jangan sampai habis, agak boleh tutup, ok lah.. Then sumbat Cream yang sudah sejuk tadi. SIAP!!! Selamat Mencuba Semua.. 

Saturday, January 05, 2013

HAPPY 17TH BIRTHDAY TO ME!!!


salam semua.. alhamdulillah harini ialah hari yang sangat sangat bermakna bagi aku and family.. bagi family aku sebab dorang dapat ahli baru masa 5 Januari 1996 yang lalu. puteri yang comel lote mata tah kemana sampai 3hari tak buka mata. sampai Ibu ingat aku ada masalah penglihatan. eceli..mata sepet.... hahahaa.. eh tapi ada mata jugak ye.. alhamdulillah... bersyukur sangat sangat. and bagi aku pulak sebab beday aku la. macam beday orang lain jugak, semua happy and nak kan kejutan. masa malam tu....

takde buat apa pun.. just mesej dengan member member.. bertubi tubi la mesej masuk.. dari member baik... dari family.. gua rasa macam nak stop je masa dekat situ.. rasa sungguh diingati.. macam nak nangis pun ada jugak.. hahaha terima kasih la kepada semua yang wish.. then lepas habis reply semua mesej.. dekat facebook jangan cakapla.. gua tak sanggup tengok. gua tutup terus laptop. hahaha then tidur. sebab ubat batuk dah menghantui diri. ngantok! then pagi tu keluar bilik senyap senyap and masuk bilik air mandi. hahahaa... sekali masa habis mandi, dah dengan ayah ibu nyanyi dekat bawah.. kuat pulak tu. cepat cepat masuk bilik pakai baju and turun bawah..

terus peluk cium muah muah semua lah dengan ibu ayah. wahhhh dah 17 tahun anak dara ibu ayah ye.. lalalalaa.. muda lagi ok.. then sarapan and bersembang pagi macam biasa dengan ayah ibu then tengok tv lepak guling guling atas sofa then adik aku turun dengan masam masam terus nyanyi lagu beday and lari peluk aku and salam and dia tadah pipi dia dekat aku.. aku macam...errrrrrr....boleh gi mandi dulu tak! dia buat donno je.. kang makan kaki jugak budak ni.. cium jugak la pipi dia. terus lompat lompat..gua pandang dia kecik besar kecik besar kecik tinggi tinggi tinggi je.. hahahahaa..

lepastu petang gi makan macam kebiasaan.. gi Centre Point. sesak doh! aku pening! rasa sesak semua la.. melayang layang je kepala ni.. then gi makan Kenny Rogers. memang sedap ar! kenyang gila.. mana taknye.. 4orang yang makan, makanan sampai tak muat 1meja.. hahahaa habis! cuma ayam je tak habis. packing bawak balik rumah. then gi Popular. beli buku... kawe ni mangsa SPM tahun ni.. so pahe pahe jela ye... hahahahaa.. then balik.... apa apa pun.. walaupun dah 4 tahun takde kek.. and tahun ni jugak takde hadiah but dapat duit.. alhamdulillah masih sambut beday dengan ibu and ayah and adik aku sorang tu.. and and and... hari ni jugak blog yang korang tengok ni genap 1 tahun.. alhamdulillah......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...