Tuesday, February 12, 2013

Brunei Darussalam

salam semua! wahh mesti ada yang sedang berholiday kan kan kan.. syiok tu! tenang fikiran. aman dan damai.. hahaa tetiba takda motif. k tengok tajuk dulu betul ke tak.. hari ni nak story habis pasal holiday gua di negara minyak! untuk pengetahun am anda, Brunei ni salah satu tanah yang berdiri di atas kumpulan minyak yang terpenting untuk kita semua. bukan minyak masak, minyak urut, minyak apa lagi.. tapi minyak kenderaan yang sentiasa dan setiap masa diperlukan oleh setiap orang yang berkenderaan je la ye.. macam aku ni, buat donno je.. hahaha..

ok aku pegi selama 3hari 2malam dan bertolak pada hari sabtu dan pulang pada hari isnin. bersamaan 9.2.13 hingga 11.2.2013. aku stay dekat rumah member ayah. memang terbaik la uncle ni.. sporting habis. and kaya.. kring kring *bunyi duit syiling jatuh* hahahaa.. gimik je tu. kami panggil Uncle Baha. uncle bawak kami jalan jalan memang puas gila la. semua tempat dia bawak.. antaranya ialah Muzium, Taman Tema Brunei yang kosong! hahahaa and Seria, bukan tempat yang perang perang tu ye... tapi tempat wujudnya minyak. 

and and and.. kami jugak pergi perkampungan air. tahu tak selalunya perkampungan air ni rumah biasa biasa je kan.. tapi dekat Brunei ni, rumah bapak besar! kalah rumah aku. 2tingkat. besar gila la.. nanti aku tunjuk gambar.. sekolah pun banyak. yang bestnya.. dekat atas laut ni, macam atas darat jugak keadaan dia. nasib takda mall sekali. kalau ada, memang gempak gila! stesen minyak, balai polis, balai bomba pun ada.. tak caya? p lah Brunei and tengok sendiri. baru korang yakin dengan apa yang aku post ni..

orang dekat Brunei ni pulak semua baik baik.. takada la sombong pun... aku ingatkan orang Brunei ni sombong sombong kot sebab dorangkan kaya. memang kaya la weh.. kuih tiga biji rm2.50. bapak la! duit dorang murah la.. 1dolar je.. macam rm1 la.. tapi kena dengan kita orang Malaysia, semua nak dikalinya.. hahahaa.. so tak shopping, cuma beli baju I Love Brunei and bla bla untuk yang tersayang dan tercinta di Sabah je.. and banyak beli coklat dekat Labuan masa nak tunggu feri balik ke Kota Kinabalu je.. sebab dah guna duit kita kan, shopping habislah coklat.. tak kira duit dah.. ok la.. gambar gambar pulak.. selamat menonton.. 

Masjid yang paling terkenal di Brunei

Taman Tema Brunei tapi kosong.. pelik!

ni lah perkampungan air yang kaya tu!

posing dulu.. untuk penutup post kali ni! Selamat Bercuti :D

No comments:

Post a Comment