Wednesday, March 06, 2013

MSSD 2013

salam semua. malam ni terasa nak update blog sebab rasa dah sangat mengabaikan blog ni. k ayat dah agak kekelingan sikit. maklum la.. nak dekat exam kan. so kepala hotak agak serabut sikit tambah tambah lagi dengan masalah sampingan yang menambahkan lagi asam garam dalam kepala hotak ni menjadikan lebih serabut alam hingga tak terkira berapa banyak rambut aku yang dah gugur disebabkan banyak berfikir and tak terkira jugak berapa banyak titisan air dari mata yang gugur tat kala hati sangat sangat pedih menahan kesakitan yang mendatang. cehhh nampak ayat BM A+ SPM. nampak? hahahahaa.. Amin....

malam ni nak post pasal MSSD tadi. MSSD? apa tu? aku rasa kalau budak sekolah yang berketak ketak badan and tinggi lampai agak tuff badan dia tu.. p tanya MSSD tu apa.. kalau yang dah habis sekolah tu, p tanya dekat member sekolah lama korang yang aktif dalam sukan. dorang mesti tahu. sebab MSSD lah yang menjadi saksi kemenangan atau kekalahan dorang dengan membawa nama sekolah masing masing. aku bukan lah atlet yang lari lari or berketak ketak badan tu.. bukan bukan. gua dah cuci tangan derrr.. hahahaa.. now dah anak dara. agak malu sikit.. 

so dekat MSSD ni aku bertugas sebagai fotografer. bukan calang calang orang k boleh jadi. bukan semua orang mampu! kau p duduk dekat tengah padang berjam jam... cer try dulu... baru boleh duduk meja bulat dengan aku kalau kau tak setuju yang aku katakan bukan semua orang mampu! so bersyukurlah... hari pertama di SM Sains Kota Kinabalu, and hari kedua dan ketiga di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Sabah. aku ditemani oleh rakan rakan dan adik adik junior sepanjang 3hari MSSD.

day 1 @ SM Sains Kota Kinabalu

day 3 with them tapi Syarifah takde masa ni.. dia lepak tempat lain.

menghabiskan masa menggila dengan Nadirah and Cici.

sangat sangat penat dan kali ni tak semeriah macam tahun lepas. tahun lepas meriah habis lah! ramai.. penuh stadium. kali ni macam agak bohsan dan agak tak hyper.... kalau tahun lepas, sentiasa bising dengan sorakan penyokong! macam macam lagu aku dengar. but tahun ni yang aku dengar, jerit nama je... ala...... tak best langsung! tu pun berapa kerat orang je yang jerit. aku tengok atlet yang tengah bertanding pun...ala........... kesian pun ada. takpelah! janji korang dah buat yang terbaik! aku sentiasa ambik gambar korang.. setia di atas padang ambik gambar korang.. hahahahaa... setia menghitamkan diri.. hahahahaa...

ok la.. malas nak lebih lebih... just nak bagitahu yang antara salah satu aktiviti yang akan aku rindu lepas ni untuk sepanjang zaman sekolah ialah MSSD. tahun akhirkan..... haish... rasa macam sekejap je masa berlalu..... rasa macam mimpi je yang aku dah form5. sangat sangat tak percaya. tunggu dah dalam dewan tengah jawab SPM baru aku percaya. hahahaha.. jap jap... nak bagitahu lagi yang exam minggu depan hanyalah TIGA HARI! hahahahahah!!!! best gileeeee.... then minggu depan lagi satu.. hari Jumaat, flight balik Selangor!! YEYYYYY!!!!.. hahaha k bye. salam :D