Thursday, May 23, 2013

Selamat Bercuti Sekolah!!!

salam semua. Alhamdulillah... akhirnya habis juga exam selama 1 bulan ni. sangat penat dan lemah otak jadinya. hahaha tadi pergi sekolah, ada belajar sikit, tapi penyakit M tu dah menghantui diri. so dengar je... bila cikgu kata nak salin, salin je.. tapi kami kata kami ada 'peta minda' sambil tangan tunjuk dekat kepala. hahahaa lawak buduh pulak eh.. padahal semua malas. ada yang tidur la.. langsung tak belajar lah lepas tu. sembang sampai gelak hilang suara la.. semua dah plan plan apa nak buat masa cuti. hahahaha bila cikgu kata nak ada kelas tambahan je semua banyak mulut. hahahahaa.. aku relax cool chill semua la... sebab esok pagi flight balik Selangor dah. ha.... relax sangat! risau bayhhhhh... hahahaha.. dan.........

so guys! selamat berenjoy selama 2 minggu ni.. dan tak lupa kepada mereka mereka yang ada exam awam tahun ni, guys.... fikir fikirkan juga exam kita ok. enjoy biar berpada jangan sampai lupa segalanya.. hahaha nanti lepas 2 minggu cuti, buka sekolah.. semua blur blur... habis! hahahaa.. pape pun... jaga diri. jaga adab. jaga emosi. jangan terlampau happy dan jangan terlampau sedih. hidup hanya sementara. hargai setiap detik yang dipinjam yang tak terkira nilainya.. tak sabar nak jumpa adik beradik and anak anak buah semua.. and member member. pehhhhhhh rindu bayhhh.. hahahaha k bye.. salam semua. 

Wednesday, May 15, 2013

#6 Kek Coklat Kukus Berjelly

salam semua.. hari ni aku ponteng sekolah. apa? PONTENG? aah.. so? hahahaa sebab hari ni takde paper so hari ni juga aku banyak nak buat untuk Ibu. so apa salahnya sekali sekala daripada stay sekolah mengadap orang exam and aku just tidur.. hahahaa itu hobi ok. dan bangun pagi pagi dah terfikir nak buat kek lain dari yang lain. so bermulalah langkah ku... Selamat Membaca dan menahan air liur meleleh... :D


Bahan-bahannya..

JELLY
1/2 paket agar-agar (ikut besar kek)
2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu air

TOPPING
1 biji butter
2 cawan gula halus

step 1..

Masak agar-agar di atas dapur sehingga jernih..

step 2..

Campurkan tepung jagung dan kastard berserta air.. Kacau sehingga sebati.

step 3..

Masukkan campuran tepung tadi ke dalam agar-agar yang sedang mendidih dan terus kacau. Jangan tak kacau.. Nanti berketul ketul dan tak cantik! hahahahaa.. dan tutup api dan terus mengacau..


step 4..

Kukus kek coklat selapis demi selapis.. dalam masa 20 minit satu lapis. Dan biarkan sejuk..

step 5..

Bila dah siap semua lapisan coklat kukus tu, layer pertama letak dalam satu bekas yang tinggi yang mengikut saiz kek. sapukan jelly tadi di atas layer pertama, then biar sejuk sampai jelly keras. Dan ulang step sehingga berlayer layer ikut suka mu la.. hahahaa dan hasil aku agak tak kemas. FIRST TRY OK.... :D


step 6..

Mula guna topping dibawah ni, tapi selepas 2 jam memukul susu ni, tak ada beza apa, yang ada beza sendi sendi aku dah mula lenguh... Apa benda la.. Dah la mahal cekik darah..then tak menjadi. Bengang betul la kan! SO JANGAN BELI TAU JENAMA NI! BUANG DUIT! -____- Kesimpulannya aku just buat topping butter biasa. Campurkan semua bahan topping tu dan pukul la sekuat kuat sehingga sebati. Dan anda akan nampak lengan anda makin lama makin berketak! hahahahaha :D


step 7..

Dan last sekali sesi makeup makeup kek.. Sesukati andalah nak buat macamana gaya kek tu. Takada orang marah. Dan ini hasil bagi tangan aku.. Hehehehee.. dan rasanya sangat sangat sangat sedap.. Sebab tak rasa muak sebab ada jelly yang menutup kemuakkan tu... hahahaha SELAMAT MENCUBA! ^_^



 SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-53 IBU. Me love you so much much much :*


Thursday, May 09, 2013

Anugerah Harta Intelek Negara 2013 (Zon Sabah)

Johan Pertandingan Perekacipta Muda AHIN 2013

   











Alhamdulillah.. terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang sangat sangat berkerja keras bantu antara satu sama lain. kepada Cikgu Elsie yang banyak bagi tunjuk ajar sampai pening kepala cikgu dengan perangai kami yang susah sangat nak tukar perubahan text. hahahaha.. maafkan kami cikgu. kakak makmal yang bantu kami bland semua daun daun bakau tu and keringkan sekali. banyak permudahkan kerja kerja kami. terima kasih kak. kepada semua cikgu cikgu yang banyak beri sokongan. memahami kami.. tak lupa kepada parents kami! TERIMA KASIH kerana sentiasa mendoakan kami. 

15 Jun 2013 ni kami akan berada di Melaka untuk berentap dengan semua negeri. kami mewakili negeri Sabah akan berusaha dengan sekuat kuatnya untuk merampas Johan Pertandingan Perekacipta Muda AHIN 2013 peringkat Kebangsaan. doakan kami berlima menang dan pulang ke Sabah dengan membawa nama Sabah yang telah menang mengalahkan semua negeri. semoga usaha kami berlima membawa kami untuk mendapat JOHAN! Amin...

Sunday, May 05, 2013

185 days more to SPM




EXAM PERTENGAHAN TAHUN 2013

Selasa 7 Mei
Bahasa Melayu 1 & Bahasa Melayu 2

Rabu 8 Mei
English 1 & English 2

Khamis 9 Mei
Sejarah 1 & Sejarah 2

Jumaat 10 Mei
Sejarah 3 & Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Isnin 13 Mei
Matematik 1, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan & Matematik 2

Selasa 14 Mei
Pendidikan Islam

Rabu 15 Mei
Fizik 1, Fizik 2 & Fizik 3 (TAK AMBIL SO TAK SEKOLAH)

Khamis 16 Mei
Kimia 1, Kimia 2 & Kimia 3

Jumaat 17 Mei
Matematik Tambahan 1 & Matematik Tambahan 2

Isnin 20 Mei
Biologi 1, Biologi 2 & Biologi 3

Selasa 21 Mei
ICT

Saturday, May 04, 2013

Seminar Seminar Seminar

SEMINAR SEJARAH - SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.




KAMI! Tak sah kalau tak berenam.. bunyi macam berenang pulak. hahahahaa

Then petang tu aku dengan Cici nak buat perbentangan depan 40 orang Pengetua pengetua dari seluruh Malaysia. And kami sangat gabra! Sebab pertama kali. And and and 8 May 2013 ni kami akan buat perbentangan yang sebenar untuk Peraduan Harta Intelek 2013. JOHAN KAMI MAHUKAN! RM 7000!!!!  

 Kami satu kumpulan mahukan JOHAN! Bahan yang kami peradukan ialah Eco-Salt.


SEMINAR DIDIK SPM 2013 - Yayasan Sabah




Hari pertama, satu gang pegi... hahahahaa

Hari last, kami berdua je yang pegi dalam gang tu.. hahahahahaa me and Cici again. 


SEMINAR PENDIDIKAN ISLAM - SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.


 me with Cici, my b again and again

 Penutup post kali ni, Gwiyomi dari gang kelas lelaki kami. hahahahaa nampak kan muka muka tension semua.. hahahahahaaa wish us luck!