Monday, August 26, 2013

Pray For Mesir : R4BIA


Maksud Simbol 4 Jari R4BIA

Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta. Sekarang ramai yang tertanya kenapa pengguna ramai di facebook dan twitter telah menukar DP mereka kepada simbol 4 jari seperti yang tertera dibawah. Tujuan sebenar adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.














Saturday, August 24, 2013

Raya VS SPM

salam semua. bertemu kita kembali yooo.. hahahaa hari ni nak story pasal..... RAYA!!! tak actually... Raya VS SPM! cuti raya yang paling tah pape tah... yang bestnya sebab balik Selangor. dapat jumpa family. tu je.. langsung tak feel raya serious wa cakap lu.. macam bila nak excited esok raya je, then ada la suara suara sumbang yang kata.. "haa.... SPM bila?" kuajak kuajak kuajak! tah pape tah.. potong betul la.. yela... baru....nak rasa happy sikittt. sikit je minta. tak banyak pun. tapi disebabkan SPM!!!..... k... saya redha. saya sedar siapa diri saya sekarang. ni lah antara pengorbanan yang orang lain rasa.. "ekelehhhhh...." tapi wa rasa pehhhhhhh... tak aci doooo.. k fine! malas nak cakap banyak.. tengok je la gambar di pagi raya daripada satu family. kali ni full semua ada. 

sebelum 

selepas... ^_^

Baby Ali and Baby Athirah.. Bulan 9 ni keluar lagi sorang. Insyaallah..


then satu hari tu ada buat makan makan sikit masa befday Baby Ali.. Cucu paling tua la katakan... kena pulak hari raya. sekali la ajak orang datang makan. menu utama mestilah Laksa Johor. then ada kek and bla bla blaaa.. ramai ileeee yang datang.. but actually la kan.. yang ramai tu semua member aku. hahahaa tah pape tah.. befday anak buah, yang ramai datang member mak sedara anak buah. k cun! bila lagi kan... lagipun kali ni last balik. lepas ni tah bila lagi balik Selangor. huhuhuuu k malas nak sedih! malas nak fikir. tengok jela gambar k... Terima Kasih kepada yang datang! sayang korang muah muah muah :*

Dua beradik ni.. Azzimin and adik Syasya.. dorang datang tengahari. Rindunya... 

 Ni malam punya cerita.. Sambutan befday Baby Ali.

 Dari kiri, Azrul my bestie, adik, abang, bekas jiran since umur kami 4 tahun yooo.. pegi tadika sesama, makan tengahari sesama, naik skuter sesama, panjat pokok sesama, and main masak masak sesama. K tu cerita masa zaman kanak kanak ribena kami ye.. sebelah dia, Iman Nazri and Iqbal Halik. My buddyz yang dah macam belangkas. Takleh berpisah. Then kakak ayu tu my kakak angkat the sayang yayang pe semua la, Kak Dyra.. Dia kakak kepada kami bertiga juga, kakak kandung Iman Nazri, Iqbal and me ni menumpang kasih je.. :p 

 ni semua gang lelaki yang sentiasa buat aku penat melayan perangai gila dorang. takkan jumpa dah yang macam dorang ni.. :')

ni gang perempuan yang hadir, epah, hanim, iliya and ara. si kecik tu adik iliya. belakang tu wallpaper tambahan. sebokkkk je.. 

hehehee apa apa pun, terima kasih kepada yang hadir. terharu sangat... kepada mereka batch 96, sama sama lah kita berkorban raya untuk SPM kali ni. Good Luck! 

Wednesday, August 07, 2013

Esok nak RAYA!!!

Assalammualaikum semua.. Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan seperjuangan, kakak kakak, abang abang, pakcik pakcik, makcik makcik, atok atok, dan nenek nenek. Saya menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon seribu kemaafan yang tak terhingga jika ada tersalah kata, tersilap bicara, terkasar perbuatan, dan ter ter sewaktu dengannya. Kepada rakan-rakan yang tahu rumah tu, jangan malu jangan segan, jemputlah datang ke rumah. Tapi yang di Selangor, Insyaallah saya akan ada cuma pada minggu depan sampai 18 haribulan dan selepas itu saya takkan balik lagi ke Selangor sehingga bulan 1 tahun depan. Kerana ingin menduduki peperiksaan SPM pada November ini. Doakan yang terbaik buat saya. Kepada rakan di Sabah pula, selepas 19 haribulan tu, datang je bila-bila masa. Yang penting bagitahu dulu ya.. Dan GOOD LUCK kepada rakan-rakan sebatch yang akan Trial lepas cuti raya ini dan buatlah yang terbaik. Salam sayang dari saya.. 


Thursday, August 01, 2013

Bakal Wirawati Negara


Lirik Lagu Rasmi PLKN - Khidmat Negara 

Wira wirawati harapan bangsa

Tiba masa kita berjasa

Kita sahut cabaran bederas seiringan

Demi mencapai wawasan.


Kenali rakan pelbagai budaya

Selami warisan kita yang kaya

Bersama bergandingan tiada perbezaan

Kita Warga Malaysia.


Berkhidmat untuk negara

Berbakti penuh setia

Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama.

Kami wira wirawati negara

Kini masa kami berjaya

Kami sahut cabaran berderas seiringan

Kami pasti mencapai wawasan.


Kita sahut cabaran bersama bergandingan

Berkhimat untuk negara

MALAYSIA!!!