Thursday, August 29, 2013

KL Gangster 2 BOCOR


Kecoh habis sekarang ni dunia hiburan tanah air apabila buat pertama kalinya filem yang belum pun ditayangkan di pawagam dah boleh dimuat turun dilaman web lewat malam semalam 28 ogos 2013. KL Gangster 2 yang sebelum ini dikatakan filem termahal dari SKOP Productions sepertinya cuba disabotaj pihak tertentu selepas Full movie KL Gangster 2 dimuat naik dilaman sesawang pada 28 ogos 2013.
Amaran keras pengarah mengenai KL Gangster 2 Full Movie Download. Kini sudah tersebar filem terbaru Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 yang kini boleh dimuat naik secara percuma dibeberapa laman blog. Menerusi laman sosial Syamsul Yusof, pihak Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana individu yang mengedarkan atau download filem KL Gangster 2. Menurutnya lagi, pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sekerasnya dan mengesan individu atau empunya blog yang menyebarkan filem tersebut.


Laporan Polis Dibuat Isu KL Gangster 2 Tersebar

Syamsul Yusof telah membuat laporan polis berkaitan isu filem KL Gangster 2 sudah bocor atau tersebar. Beliau dengan kerjasama pihak polis sedang mengesan mana-mana pengguna dilaman sosial yang menyebarkan filem tersebut secara haram. Untuk pengetahuan anda, KL Gangster 2 telah menelan kos mencecah RM 4 juta namun tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...