Tuesday, September 10, 2013

Review: Bedak Sejuk Thanakha


salam semua.. wahhhhh makin lama makin ramai yang cakap pasal bedak sejuk Thanakha kan.. wa rasa macam gatai sangat nak cuba. cari punya cari.. susahnye lahai nak cari yang harga yang agak mampu aku sebagai student ni beli. mahai mahai semuanya kebanyakkan yang aku jumpa. rasa tertelan duit pulak. tiba satu hari tu... wahhh macam seram pulak cerita ni.. hahaha tengah aku tension cari yang mana buh harga best, jumpa la page kakak ni.. ShaLalla Collections. dan yang penting sekali, ni first time aku shopping online. sebelum ni tak berani. hahahaa.. dan layanan yang sangat best dari kakak ni. so taknak cerita banyak, nak senaraikan kebaikan Thanakha pulak.. 

 Cara pemakaian pula cukup senang. Ambil secubit dan campurkan dengan air kemudian ratakan pada seluruh wajah. Pakai sebelum tidur atau pada hari-hari biasa.

 ni selepas guna sekali. lembutttt.. hehehee..


Fungsinya seperti bedak sejuk. Bahannya adalah bebas bahan kimia. Diperbuat daripada pokok Thanakha. 'Thanakha' merupakan bahasa Myanmar yang membawa maksud pokok berbau wangi yang boleh merawat masalah kulit. Bedak ini sangat mujarab untuk merawat masalah acne dan jerawat. Ianya bertindak sama seperti kulit kayu manis. Aku yakin ada antara kamu yang pernah buat amalan tradisional ini, asah kayu manis dan letakkan pada jerawat. Hasilnya jerawat cepat masak dan kecut. Betul tak? 

Bedak sejuk ini bukan sahaja mampu merawat masalah jerawat, malah turut merawat masalah kulit yang lain. Oleh kerana produk ini diproses secara semulajadi dan tidak melibatkan bahan kimia, ianya sesuai dan selamat untuk digunakan oleh semua jantina dan pelbagai peringkat umur. Bayi berusia seawal 2 bulan pon boleh guna. Kalau ada dalam kalangan kalian yang ada baby ada masalah ruam-ruam dan eczema boleh sapukan pada bayi anda juga. Jangan risau, ianya selamat!

Sebenarnya, di Myanmar rakyat mereka mengamalkan pemakaian bedak ini untuk menyejukkan kulit muka mereka dan mengelakkan kulit mereka menjadi kering akibat daripada cuaca yang panas. Malah, pemakaian bedak sejuk ditempat awam menjadi fesyen dan bukanlah sesuatu yang pelik bagi mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada yang pernah terserempak dengan pekerja Myanmar di negara kita yang selamba je tepek bedak sejuk ke tempat kerja. Hehe ni lebih senang tengok.. 

fungsi dan kebaikan bedak Thanakha antaranya ialah: 

✔mencerahkan & melicinkan kulit muka
✔memberi kesegaran pada kulit
✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit
✔menanggalkan sel kulit mati
✔ia membantu sejukkan kulit
✔membersih & menengang wajah
✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih
✔ Sesuai untuk semua lapisan umur
✔ Menghilangkan ruam-ruam badan
✔ Boleh digunakan dimuka dan badan
✔ Menghilangkan gatal-gatal badan
✔ Mengecutkan jerawat
✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.
✔ Hilangkan jeragat
✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka
✔ Pelindung cahaya matahari
✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation

ok best kan?!! tergoda tak. hahahaa k sesiapa yang nak beli. boleh ke page kakak ni.. https://www.facebook.com/ShaLallaCollections promosi sampai habis bulan September ni. CEPAT!!! MURAH!!! semua harga dibawah harga termasuk postage k.. ^_^

4 JENIS HARUMAN :

HIJAU >> LEMON

PINK>> ROSES

PUTIH >> JASMINE
CREAM>> ORIGINAL


1) Limau Thanakha

– sesuai untuk mencerahkan kulit kusam, merawat jerawat dan jeragat.

2) Rose Thanakha

– sesuai untuk meningkatkan kolagen kulit, merawat jeragat dan merawat masalah parut berlubang akibat jerawat.

3) Kayu (Original) / Shinmataung Thanakha

- melindungi dari kerosakan kulit akibat selaran matahari
– sesuai untuk melembapkan kulit, dan merawat penuaan

4) Jasmine Thanakha

– sesuai untuk merawat ruam, sesuai juga merawat ruam bayi,kulit kering dan gatal-gatal

Kecil - rm15 (semenanjung) rm18 (ss)
Besar - rm20 (semenanjung) rm23 (ss)

bila tak promosi plak.. 


Kecil - rm20 (semenanjung) rm23 (ss) Besar - rm25 (semenanjung) rm28 (ss)





SELAMAT BERTHANAKHA!!!

Saturday, September 07, 2013

Darah Remaja Panas Menggelegak!

salam semua.. wahhhhh SPM makin hampir lewwww.. jantung makin dah nak putus lewww.. hahahaa tapi wa tetap relax cool ais pe semua la kan. dan bukan bermaksud wa tak buat apa apa.. wa ni ada penyakit takleh tension tension... bila wa tension, wa akan buat benda yang tak sepatutnya wa buat. hahahaha jadi bagi mengelakkan wa buat benda benda karut mengarut, fikir bukan bukan pe semua.. wa tetap enjoy walaupun SPM nak dekat. cuma study tu istiqomah la.. dalam kelas, tumpu habis. bila cikgu keluar je.... habis bertukar balik jadi wa yang gila gila macam takde exam. bila cikgu masuk je automatik jadi wa yang bagaikan pelajar cemerlang SPM tahun ni. eh? hahahaa Amin..... apa salahnya disamping berusaha, ada nak berangan sikit.. hehehee

so hari cuti gini, wa selalu landing landing je lepas subuh study sikit then terus melepak dalam bilik atas katil ngadap laptop dok usha usha berita or blogwalking eh bukan dead walking ok.. blog je wa mampu... pasal kecantikan la.. pasal futher study la... pasal kerja la... pasal isu isu semasa la... and hari ni pasal isu kawin muda. tajuk pun rare hokey! kalau nak tau, wa sokong 100% isu ni. hehehee bukan bermakna wa gatal mengenyam ok.. wa ni bukan alim cam ustazah pung.... wa biasa biasa.. wa nakal. nakal tak bermaksud wa bersosial tak tentu hala. wa nakal macamana budak still sekolah. nak happy je.. dengan kengkawan dekat sekolah. life wa sebenar dekat sekolah. serious wa cakap lu... hehehehee

wa ni berpengalaman bab cintan jintan munyet ni. sape kata wa tak pernah? wa pernah lewww.. tapi bila fikir balik. ada baik buruknya.. bila fikir buruknya, istighfar banyak banyak. solat taubat wa mampu buat. sujud memohon ampun wa pohonkan pada yang Esa. yela.. bercouple pun dosa. apatah lagi zina mata, zina hati, zina telinga pe semua. bila fikir baiknya.. terus senyum ala ala barbie gitu. hahahaa.. wa syukur sangat sangat sebab wa dapat mengenal hati and perangai or taring taring lelaki durjana. LELAKI DURJANA???!! wakakakaa.. padan muka. siapa suruh mainkan perasaan wanita. cehhh ayat ajet ajet je.. dulu memang nangis bila fikir kena main. sebab dulu kalau cintan ni family langsung tak tau. kau nak mati kalau family tau.. hahahaaa.. biasa la.. minat minat dekat lelaki... gatai sangat dah! kecik kecik tu je kau fikir.. habeh! kena basuh tak pasai pasai....


bila putus je nangis senyap senyap. bersyukur jugak sebab dulu masa jadi munyet dulu parents tak kasi guna phone. syukur sangat sangat. so tak mengkhayal sangat.. tapi bila tengok adik wa sekarang, hamboi... berlemak lemak disukai ramai lagi. family wat lek wat cool je bila dia bercouple. wa panasss ulur hati je bila fikir. dulu wa langsung takleh berkawan dengan lelaki. dekat sekolah, sekolah punya cerita. bila dekat rumah, takde! lifeless gile... biasalah.... adik beradik wa ada 2 perempuan je. ayah ibu jaga kami bagaikan sang puteri di dalam kaca. jaga habeh! itu tak boleh... ini tak boleh.... masa tu rasa nak memberontak la kan... berapa kali masuk hospital sebab tension. hahahahaa.. biasalah...remaja.. darah panas la katakan.

tapi bila dah ke arah dewasa ni, bersyukur sangat wa dijaga macam tu... sebab sekarang baru mata terbuka. baru nampak kebaikan yang tak terkira banyaknya bila wa dijaga bagaikan dalam kaca oleh ayah ibu. bila tengok kawan yang liar sikit je... wa ucap syukur banyak banyak. alhamdulillah wa dijaga dan dididik dengan sempurna untuk jadi wanita yang solehah. wa bukan nak kata bangga, tapi wa bangga jugak la ada parents yang macam ni.. walaupun lifeless jugakla.. tapi ayah ibu tetap faham kami. bukan anak perempuan je. anak lelaki pun sama je ayah jaga. tak macam budak lelaki sekarang... abang abang and adik wa langsung tak boleh keluar melepak... no rokok... no shisha... no whatsoever yang tak sepatutnya manusia perlu. semuanya ayah ibu jaga. bila buat salah je... tak kira! semua kena rotan. rotan dekat buntut tu.. ha...... siapa yang pernah kena tu, bersyukur la.. sebab itu salah satu tandanya ayah ibu sayangkan kita. tak manjakan sangat. nak kita selamat dunia akhirat.

biasa lah remaja.. mesti nak enjoy dengan kawan kawan.. siapa kata wa tak pernah teringin, menipu la.... semua tu wa nak rasa. lepak dengan kawan. keluar sendiri. shopping whatsoever la.. enjoy your life katanya... tapi wa tak pernah rasa. bila try je.... serious wa cakap lu.... tak tenang woooo... ayah ibu dok risau.. anak perempuan dekat luar tanpa dorang. terus wa taubat takkan buat lagi. tapi wa bersyukur ada adik beradik yang banyak bagi sokongan. lagi lagi wa ni anak perempuan bongsu. perempuan pulak 2 beradik je. yang 4 lagi lelaki. so wa bagaikan dijaga oleh 3 abang campur 1 adik, 1 abang ipar. wa rasa macam ada bodyguard. orang lain banyak yang kata hidup wa ni tak best la apa la... lu orang pikir wa ada kesah???? hahahaha... wa dah besar. adik beradik and parents pun dah anggap wa orang besar. wa ada abang yang boleh teman wa nak turun KL.... pegi mall.. tengok wayang dengan dorang.. ayah ibu bawak p melancong.... siapa kata wa tak enjoy? lagi enjoy ada la.. lu orang jelesss sebenarnya ni kan......hehehee

bagi wa enjoy boleh.. cuma ada batas batasnya... ISLAM. mana hala tuju kita selain daripada nak ke Syurga Allah? bagi tau wa sikit... wa rasa tak tuju mana dah.. cuba la tanya orang sekeliling lu... dorang nak kemana... kalau yang hanya fikirkan duniawi, gerenti dorang akan kata "aku nak kerja besar, duit poket besar, kereta besar, rumah besar, bini/suami pun besar" hahahahahaa... kubur besar taknak? kita kena ingat.... dunia ni hanyalah pinjaman semata mata. tak bersyukur ke dengan apa yang kita ada sekarang. apa salahnya kita gunakan semua yang kita ada sekarang ke jalan Allah pulak. ye tau... ni semua ayah ibu punya. habeh kerja kita nak enjoy habiskan duit ayah ibu la ye? bab agama mana kau belajar? kau ingat ayah ibu tu kerja cop duit? bangga sangat dapat itu ini semua... helo! kalau sekadar guna duit ayah ibu, jangan nak bangga sangat la kan..... wa buat apa dengan harta yang ayah ibu bagi? wa simpan masuk bank. dari lahir lagi dorang dah bukak account bank. berapa dah sekarang yang terkumpul? wa pun tak pernah kira.. beribu kot... silap silap berjuta?!!! OMGEEEE... hahahaa memain jela..

so moral of the post of the day of today of whateverlah... enjoy boleh. TAPIIIIIIII... berpada pada... sentiasa bersyukur bukan sentiasa merungut. Allah marah tau..... hehehehee salam semua. selamat berhujung minggu..

Sunday, September 01, 2013

#7 Resepi Puding Roti Coklat Chips

salam semua... halo halooo.. hahahaa mentanglah tinggal sehari je trial. so Ahad ni relax relax je la kan. cehhh ayat bajet sungguh! kalau tidak nak buat cookies. tapi tepung jagung dah habis citenye.. so sebab ibu dah keluarkan oven. wa rasa gatal tangan je nak membakar. search search punya galak, tiba tiba rasa nak buat puding loti.. yeyyy!!! hasilnya.. Alhamdulillah... 

bahan-bahannya...
Puding
7-8 keping roti
1 tin susu cair
2 sudu besar butter
3 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar coklat chips

Sos Kastad
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

step 1..

Potong hujung hujung roti yang coklat tu.. kalau rajin lah ye. Lepas tu susun dalam loyang. Lawa lawa yeeee.. Kalau nak carik carikkan roti pun boleh... tapi wa nak lawa kan. So susun baikkkk punya. Hahahaa..

step 2..

Tuangkan susu cair dalam loyang yang dah bersusunkan roti tadi tu. Biarkan kombang kombang lawaaaa sikit. Hahahaa..

step 3..

Bila dah kombang kombang rotinya tu. Taburkan coklat chips atas tu.. Haa... ikut suka la nak berapa banyak. Ikut suka mu la.. 

step 4..

Haaa.. ni la part paling aku lemah gila ar! Hahahaa.. Cairkan butter and gula dengan api yang sederhana. Kacauuuuu je.. Jangan sampai hangus. Ni bukan kek gula hangus ye. 

step 5..

Then pukul telur dalam satu bekas lain. Dan masukkan esen vanilla. Campurkan sekali dengan butter and gula yang dah cair tadi tu. Kacau sebati..

step 6..

Masukkan campuran tadi ke dalam loyang roti tadi tuu.. 

step 7..

Bakar dalam suhu 180c 30minit. Tengok tengok ye.. Jangan sampai hangus. hahahaaa.. Bila dah habis bakar, masukkan dalam peti sejuk. Biar sejuk baru sedap.

step 8..

Untuk kuah dia pulak. Campur semua bahan tadi dalam kuali dalam api yang slow. Masak kejap.. And boleh masukkan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. SIAPPP!!! Selamat Mencuba!!!