Wednesday, October 30, 2013

Wordless Wednesday: Jom Sempurna Menutup Aurat!



Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
(H.R. Abu Dawud)



Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. 
(H.R Bukhari dan Muslim)





Monday, October 28, 2013

Cara Solat Taubat

Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :

  1. Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
  2. Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
  3. Beramal kebajikan
  4. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
  5. Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat

 


Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang merupakan benteng pelindung bagi urusanku. Dan perbaiki duniaku untukku, yang menjadi tempat hidupku. Serta perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. 

Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai kebebasan bagiku dari segala kejahatan. (HR. Muslim)

Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
  • Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja   (sama ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik sahaja merasakan diri telah mengengkari suruhan Allah SWT atau telah membuat kesalahan kepada Allah SWT (sebagai contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan dosa-dosa kecil lain mahu pun dosa besar), kecuali pada waktu makruh tahrim untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
  • Lafaz NIAT


    أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

    Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

  • Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun:    .

:     atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

  • Rakaat KEDUA-  Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah  (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW: 

:   atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

(Terdapat juga para guru dan orang-orang 'alim mengajarkan di Rakaat Pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah maka baca ayat Al-Kursi sebanyak 11 kali, manakala di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah maka bacalah ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).

  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):

  • لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    Ertinya:
    Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri
  • Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali, atau yang semampunya,
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
وَ أتُوبُ إلَيْكَ

Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

  • Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali, atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ  سبحان الله

Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.

  • Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu) :
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
 لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, 
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja.  Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);


 الْعَظِيمِ  بِاللَّهِ   إِلَّا   قُوَّةَ   وَلَا  حَوْلَ لَا

Ertinya
 "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".

Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ertinya
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"


  • Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،


 وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،


 أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،


 أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،


 وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ertinya

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Sunday, October 27, 2013

Wishlist untuk SPM


salam semua. hari ni dah tinggal 9 hari lagi nak menuju ke SPM yang aku tunggu selama 12 tahun aku sekolah dan tanggal 6 November 2013 ni ialah kemuncaknya. dan aku sangat takut, gerun, berdebar, gementar dan sewaktu dengannya. nak kata aku pulun habis tu tak... sebab kalau aku pulun habis, aku tak dapat masuk satu ilmu pun. cuma aku tambahkan sikit masa aku buat revision. hehehee untuk menambahkan lagi semangat aku nak belajar, aku ada wishlist yang aku nak dapatkan kalau SPM aku bagus.. aku tak mengharapkan banyak sangat pun. sebab banyak yang aku perlu dah dapat. ini cuma keinginan yang aku impikan. so ni blog aku. macam diari hidup aku, macam teman istimewa aku, macam macam lagilah.. teman karib sahabat aku la blog ni.. punca kekuatan aku pun dari ni. spirit yoooo.. so takpe la kan aku nak bagitahu semua wishlist aku, k ni wishlist aku nak bila aku dah berjaya dalam SPM nanti, harap harap dapat diantaranya.. tak mengharap semua tapi kalau dapat semua weheeee~


first sekali opkos aku nak smartphone. actually aku tak berapa minat smartphone sebab dia touchscreen. aku ni payah sikit kalau touchscreen. aku lebih suka button. lagi suka macam phone pertama aku sekarang hadiah dari abang sulung aku masa PMR dulu. Nokia C3. aku suka button dia. macam komputer. tapi disebabkan aku ni memang penggemar internet, aku nak juga la internet untuk aku update facebook, twitter, instagram, blog and search google tanpa had. aku ni tak suka bertanya, sebab aku tau bukan semua orang suka ditanya. so aku lebih suka cari sendiri dekat google. so kalau ada smartphone, aku boleh search apa menda sekali pun yang terlintas dalam fikiran ni. kenapa aku pilih S4? sebab besar and senang aku nak menaip nanti. dan aku tak suka terlampau besar sangat phone. susah nak pegang and ambik gambar. wakakakaa.. kenapa warna pink? sebab tu colour tergemar paling digemari tersangat cinta oleh aku. hahahaaa..tapi masalahnya aku tengok harga haritu RM 1899. dekat sabah la. aku tak tau la lain ke harganya or sama je. takada orang janji dekat aku nak bagi aku ni.. tapi ni untuk diri aku sendiri. mungkin nanti ada orang bagi aku hadiah duit ke kan.. aku boleh kumpul kumpul and tambah duit simpanan aku sikit, aku boleh dapat phone ni. rancang je la.. tapi tak mengharap sangat. sebab aku tau ni semua keinginan je bukan keperluan aku. phone C3 aku ok lagi. still sihat macam tuan dia. akan aku beli juga satu hari nanti phone ni.. hehehee lambat atau cepat je.

dah kalau ada smartphone, aku nak bercasing! sebab tau tak satu fakta tentang Nokia C3, bapak susah cari casing comey comey. geram gila. semua tempat aku tanya, "sorry adik... mana ada orang guna phone macam tu lagi. yang ada semua smartphone" kuang hajo kuang hajo! k fine! panaas gila bila fikirkan balik. takpe takpe.. kenapa hello kitty? sebab aku dari lahir suka hello kitty, aku peminat setia hello kitty. hehehee sebab masa aku kecik dulu ada cerita dia dekat TV2. gambar kat atas ni contoh je.. aku tak memilih sangat, asalkan hello kitty and pink kalerr.. hehehee..

aku nak kereta. ye! maybe perlu sangat nanti bila dah masuk U. Amin.. ni janji dari Ayah. Ayah kata if aku dapat masuk U dengan keputusan pecah rekod family, aku dapat kereta ni. kenapa Viva Elite? sebab kecik. bagi aku Viva ni macam kancil diperbesarkan sikit je. kalau ada kancil lagi, aku nak kancil. malangnya sekarang dah tak jual. jimat minyak dan agak murah dari kereta lain. RM 200 sebulan rasanya. ok la tu.. besar pulak tekak aku nak minta lebih lebih. SPM je kot. lainlah aku dah habis belajar dari luar negara ke. kalau tu aku minta Suzuki Swift leeee.. hahahaa.. kenapa hitam? sebab nampak class kau jah! hahahaa padahal kereta biasa biasa je. lagi satu takde la nampak tapuk tapuk sangat. hehehee.. 


aku tak pernah ada sweater. dan aku tak gemar sebab rimas maybe. tapi bila aku tengok je ada corak ni.. terus aku jatuh cinta dekat sweater galaxy ni. banyak gila jual dekat instagram. RM 55 ke RM 60. macam tu la... mahai bagi aku sekarang. dan tak berbaloi. kalau la orang hadiahkan aku.. weheee~ tah! aku nak! hehehee.. aku suka dan aku yakin ni akan jadi salah satu barang kegemaran aku kalau aku dapat nanti.. ni pun takde orang yang janji kan. maybe aku yang akan beli sendiri guna duit aku. hahahaa..

Thursday, October 24, 2013

Tutorial: Cara nak daftar dan iklankan Churp Churp di Blog

Salam semua.. malam ni kita belajar macam mana nak letak dan share iklan churp churp yang terbaru dalam blog ok. cuba awak klik sini kejap tau ada iklan.. hehehee :)


kalau belum daftar lagi cepat klik sini untuk daftar churp churp dan mula menjana pendapatan sekarang :) ok kita mulakan tutorial sekarang.

1.  Pastikan korang dah daftar churp churp sebelum buat tutorial ni ok :)
     Pergi ke DASHBOARD > DESIGN > ADD GADJET > ADD HTML/JAVA

2.  COPY PASTE kod dibawah.


<center>

<a class='linkopacity' href="LINK IKLAN CHURP CHURP"target="_blank"><img src="LINK GAMBAR IKLAN CHURP CHURP" width="80" height="80" /></a>

<center></fieldset></center>

3.  Pergi ke REWARD > lihat pada iklan > klik EARN MORE


4. Kemudian akan keluar seperti dibawah ni.. klik pada link yang hujung sekali and COPY then PASTE ke dalam kod tadi tuuu.


5.  Kemudian, cari dekat google gambar yang korang nak iklan kan.. dah pilih kan? then tekan kat gambar tu and right click pada gambar iklan dan COPY IMAGE URL.  PASTE ke dalam kod tadi tu.
    
6.  SIAP ^_^

PERHATIAN UNTUK LETAK/SHARE IKLAN BANYAK-BANYAK 
awak hanya perlu copy paste kod di bawah setiap kali ingin menambah iklan baru.

CONTOH:
<center>

<a class='linkopacity' href="LINK IKLAN CHURP CHURP 1"target="_blank"><img src="LINK GAMBAR IKLAN CHURP CHRUP" width="80" height="80" /></a>

<a class='linkopacity' href="LINK IKLAN CHURP CHURP 2"target="_blank"><img src="LINK GAMBAR IKLAN CHURP CHRUP" width="80" height="80" /></a>

<a class='linkopacity' href="LINK IKLAN CHURP CHURP 3"target="_blank"><img src="LINK GAMBAR IKLAN CHURP CHRUP" width="80" height="80" /></a>

<center></fieldset></center>

Wordless Wednesday: Ako Yang Dulo Bukanlah Yang Sekarang..

5th January 1996
 "Hari ketiga kelahiran baru Miya bukak mata... Ibu risau dah sebelum tu. Takut apa apa jadi... tapi Ayah relax je. Ayah kata ikut mata Ibu dia.. hehehee" - Ibu


1997


1998 - benti hisap susu guna botol sebab nak jadi kakak dah..



1999


2000 - dari Berek Polis Pudu, KL pindah ke Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu..


2001 


2010 - pemes masa tu buat mulut ajet cute.. *puih*


kumpul duit dari darjah 1, akhirnya dapat DSLR sendiri dengan bantuan kewangan dari Ayah. Abang abang akak adik semua jeles.. timashih timashih... :p

2011 - PMR Season


"eh cina mualap!" - orang yang nampak masa jadi maskod rumah Merah

2012 - pindah sementara ke KK, Sabah..



2013 - SPM Season, Last Year of School Season, Last Year Stay at Sabah, Last Year being Childish maybeee.. 


Tuesday, October 22, 2013

Tutorial: Cara untuk letak "Anda Mungkin Juga Meminati"

Pernah lihat  "Anda mungkin juga meminati" dalam blog yang kebiasannya terdapat 3 atau 4 atau macam aku 5 pautan bagi entri terdahulu di bawah setiap entri yang anda tulis hahahaaa... Kegunaannya adalah untuk memudahkan pembaca atau pengunjung blog kita untuk melihat entri terdahulu tanpa perlu mencarinya satu persatu. Nak tahu caranya? Mudah sahaja. Jom ikut setiap langkah2 di bawah.

1. Klik pada http://www.linkwithin.com/learn


2.  Masukkan maklumat email, blog link, platform dan width.
     Kemudian klik pada Get Widget!



3. Buka akaun blog anda dan kemudian Add Widget.

4. Letakkan widget anda di bawah capaian blog anda seperti gambar
   di bawah dan klik Save.




5. Preview blog anda dan lihatlah hasilnya. 




Selamat Mencuba!!

Friday, October 18, 2013

Hukum Berpurdah

Ulama terdahulu dikalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Syafie dalam pendapat yang lemah disisi mereka telah berpendapat bahawa wanita boleh membuka muka dan tapak tangannya. Had muka adalah dari tempat tumbuh rambut (kebiasaannya) sehingga dibawah dagu dari segi panjang. Dari segi lebar adalah diantara dua cuping telinga. 

Ini juga pendapat sebahagian sahabat dikalangan Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan sebahagian tabi’ien seumpama Sa’id bin Jubair dan ‘Ata.Kata-kata ulama tafsir yang menyokong pendapat ini. Dalam mentafsirkan ayat 31 surah an-Nur, Imam at-Tobari telah berkata: “Pendapat yang paling benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai.

Imam al-Jassas dalam mazhab Hanafi telah berkata: Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, ‘Ata yang mengatakan maksud ayat tersebut (ayat 31 surah an-Nur) adalah sesungguhnya muka dan tapak tangan, inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.

Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:“Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas, celak dan inai.

Dalam ayat yang sama, ibnu kathir dari mazhab Syafie menyatakan:“Berkemungkinan Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yang masyhur menurut jumhur ulama.

Kata-kata ulama fekah yang menyokong pendapat ini.

Al-Qaduri dari mazhab Hanafi telah berkata: “Dan haram seorang lelaki memandang perempuan yang bukan mahram melainkan muka dan tapak tangan.”

Ad-Dirdiri dari mazhab Maliki dari mazhab Maliki telah berkata:“Aurat perempuan yang merdeka bersama lelaki yang bukan mahram adalah semua melainkan muka dan tapak tangan.”

Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata: “Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”

Syed Muhammad Zaki Ibrahim berkata: “Menutup muka dengan niqab yang menutup semua muka adalah perkara yang bukan wajib dan bukan sunat yang kuat tetapi ia adalah hanya perasaan dan emosi peribadi sahaja.”

Pendapat kedua:Haram mendedahkan muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian mazhab Syafie.

Syeikh Mansur bin Yunus al-Bahuti berkata: “Wanita yang merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat didalam solat sehinggalah kuku dan rambutnya. Ini berdasarkan sabda Nabi saw “Wanita adalah aurat” Hr Tirmizi.”

Syeikh Sulaiman al-Jamal dari mazhab syafie berkata: “Aurat wanita dihadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.”

Menutup muka kerana timbulnya fitnah.Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari ra berkata: “Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”

Kesimpulannya.. Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama.