Thursday, November 28, 2013

Tercipta Kenangan Kita Bersama (Tingkatan 5)

salam semua. Alhamdulillah..... Half of The Freedom! 4 Dec last payperrr.. tu betul betul Freedom! sabooo jela.. paper ict tercampak jauh. ok nak cite pasal hari ni. penat nye tadi. seharian di pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. memang gempak! kami first and last buat jamuan kelas tau.. hehehee berbaloi sangat. dari pagi sampai petang. dari panas ke mendung ke panas balik cuaca tadi. hehehee so nak post gambar je k. maleh nak cakap banyak. hehehehee selamat mencuci mata..


 exchange gift :D

eeee mata dah ada eyebag la. nampak bawah mata dah ada sekilo tu.. haaa.... ni kes espiyem yang membunuh tu! hahahaha.. actually pagi tadi pening and pedih perut kejap. so tak banyak gerak.. hehehe peluk tiang je mampu. sebab rindu seseorang. hahahahahahahaa XD

sampai je pantai tadi terus berkaki ayam. lebih selesa.. hehehehee actually nak main air! hahahaha


the boys in the class kecuali belangkas dekat kelas, Jenekoh and Arnold tak datang. letak gambar dengan dorang ni sebab dorang sikit. hahahaha yang girls.. OMGEEEE.. banyak gila gambar.. biasa la girls kan.. haaa..

 dorang panggil aku Mama Mithali sebab aku urus makanan dorang. hahahahaa ada gaya caring mak mak orang dah.. hahahaha

 ok! time to Gang Kadau beraksi di lensa kemera! wachaaa!!!





 I'm free!!!


 Ketua and penolong tingkatan potong kek. awww cweet la.. :*

 lepas makan, lepak sambil tengok member lain mandi pantai..

 actually takut gila naik pokok ni.. tapi nak jugak duduk atas tu! hahahaha tinggi gila!

my Big Family at Sabah


 Thanks afi oh my sayang lil bro bucuk macham muah muah muah :* sebab tolong jadi fotografer and tolong bakar bakar tadi. haaa.. keknga sayang afi tau!

last from me, Good Night! nak rehat..... muka kaki tangan semua terbakar merah merah macam udang bakar. k cun! nasib tak ketara sangat.. tataa semua..

Sunday, November 03, 2013

SPM, Please Be Nice With Me..

salam semua. k esok hari isnin. dan minggu ni akan berlangsungnya liga SPM 2013 yang akan disertai oleh semua batch 96 yang berdaftar bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, berumur 17 tahun tak kisah la lahir bulan 1 macam aku ni ke.. tatap juga dikira 17 tahun. *terasa muda sat* k.. di kesempatan ini, saya empunya blog tuan yang arif lagi bijaksana *amin....* ingin menyusun 10 jari kaki, 10 jari tangan dengan rasa rendah diri memohon sejuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini. jangan risau kepada siapa yang terasa pernah buat salah dengan diri ini, saya tak berdendam pun. masa tu awak buat salah, masa tu juga saya maafkan. saya tak suka berhutang untuk memaafkan orang sebab saya juga insan biasa yang tak lari dari membuat kesalahan. ampun...maaf......

kepada yang dah habis SPM or belum tuuuuu, mohon doa dan sokongan dari anda semua. kepada Ibu Ayah di rumah yang banyak bagi nasihat pe semua... yang tak henti ingatkan tentang masa depan.. yang tak pernah alpa memberi sokongan padu berpadu padu la... terima kasih. maafkan Miya jika keputusan Miya bukan seperti yang Ibu Ayah inginkan atau targetkan. tapi Insyaallah... Ibu Ayah jangan risau. Miya akan sedaya upaya usaha dengan kuat dan nak sangat tengok Ibu Ayah senyum lebar macam masa dapat result PMR yang tak seberapa dulu tu.. tapi itu semua luar jangkaan family kan kan kan? hehehee budak nakal kan.. susah nak caye boleh dapat sebaik tu. so untuk SPM ni, I promise that I'll do the best! Insyaallah..

so untuk lepas ni, aku akan letak tepi dulu hobi dekat blog ni..... cuma mulai esok hingga 27 November, akan ada post pada 10.11.13 JE! hehehehee sebab..... haritu kan hari paling istimewa! yang ditunggu tunggu selama 2 tahun! 2 tahun hokeyyyy.. so tunggu jela post yang terbaru.. kalau nak tau le... kalau taknak pun takpe. hahahaa k ni jadual SPM yang aku ambik. 10 subjek! Allah, permudahkanlah segalanya.. Amin.....

6 November 2013 - 4 December 2013

6 November
Bahasa Melayu 1
P.Seni Visual 1
Bahasa Melayu 2

7 November
English 1
English 2

13 November
Sejarah 1
Sejarah 2

14 November
Sejarah 3

18 November
Mathematics 1
Mathematics 2

19 November 
P.Seni Visual 2

20 November
P.Islam 1
P.Islam 2

21 November 
Additional Mathematics 1
Additional Mathematics 2

26 November
Chemistry 1
Chemistry 2
Chemistry 3

27 November
Biology 1
Biology 2
Biology 3

4 December
Information and Communication Technology

Friday, November 01, 2013

Berjemaah itu bukti Kekuatan

“Ada tiga golongan yang semuanya dijamin oleh Allah Taala, iaitu orang yang keluar untuk berperang di jalan Allah, maka ia dijamin oleh Allah hingga Dia mewafatkannya lalu memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya dengan membawa pahala dan ghanimah, kemudian orang yang pergi ke masjid, maka ia dijamin oleh Allah hingga Dia mewafatkannya lalu memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya dengan membawa pahala, dan orang yang masuk rumahnya dengan mengucapkan salam, maka ia dijamin oleh Allah.”
(Riwayat Abu Daud)

“Barangsiapa yang pergi menuju masjid untuk solat berjemaah, maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi mahupun pulangnya.”
(Riwayat Ahmad)



“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya menuju masjid dalam keadaan bersuci (telah berwuduk) untuk melaksanakan solat fardu (berjemaah), maka pahalanya seperti pahala orang yang melaksanakan haji dan ihram.”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

“Barangsiapa yang pergi ke masjid dan pulang (darinya), maka Allah menyiapkan untuknya persinggahan di syurga setiap kali pergi dan pulang.”
(Muttafaq ‘alaih)