Tuesday, October 27, 2015

Alkisah SnA: Sebulan Lagi Bujang Senang Tralalaaa

assalammualaikum.. alhamdulillah.. syukur.. masih dipinjamkan nyawa untuk bernafas.. alhamdulillah.. majlis semakin dekat dah.. tinggal 30 hari je lagi untuk persediaan. alhamdulillah.. buat masa sekarang persediaan kenduri dah selesai. cuma sekarang dalam proses terakhir ialah proses menjemput para tetamu.. heheheheheheeeeee rasa nak senyummmmmmm je... berdebar tu haish.. kental juga hati ni.. masih juga tak berapa nak berdebar.. ni la mira hahaha.. kita cool... kita relax.. in shaa Allah perancangan Allah itu paling indah.. ok lah... itu sahaja nak bagitahu.. tak lupa juga pada mereka yang tak lupa untuk mendoakan kami.. mendoakan majlis berjalan dengan lancar sebelum dan selepas perkahwinan kami.. mendoakan hubungan kami bahagia dunia akhirat.. in shaa Allah.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas..... 


Saturday, October 17, 2015

Adik dah konvo, Kakaknya bila lagi..

assalammualaikum.. alhamdulillah syukur.. my baby boy growing up up up sangat terlebih up dah ni.. hehehe dah hampir kemuncak tamat sekolah. 14 hari lagi spm.. so hari ni afi konvo. aku dengan abang ijan wakil ibu ayah p majlis graduasi afi dekat sekolah. ibu ayah otw balik hari ni dari kampung. tak habis lagi spm dah konvo... huntunglah kan.... hahahaha aku ni.... masa tadika dulu penah la.. hahaha ni tunggu diploma tahun depan konvo.. in shaa Allah.. mudah mudahan dipermudahkan segalanya.. so tadi budak spm and pelajar stpm sekali konvo.. batch aku dulu. sebab sebelum masuk upsi dulu sempat form 6 sebulan. tak sangka dorang dah konvo tadi... hehehee kalau tak sama sama la ye.. takpelah.. aku jadi tukang ambik gambar korang naik stage pun cukuplah kan.. so itu jela cerita hari ni.. anddddddddd kad kawin, banting, banner and penunjuk arah dah siap hehehee.. tak sabar nak pegang kad kawin sendiri.. hehehee ok la..... tataaa.... assalammualaikum...



ni Wei Ying my baby girl. kami kawan baik dari darjah 1 sampailah darjah 6. Wei Ying ni idola masa sekolah cina dulu. dia pandaiiii sangat sangat. suka dekat dengan dia. bila tak faham terus tanya dia. kalau tengah tunggu turn nak baca text ke apa.. mesti tanya dia macamna baca semua la.. tak pernah kedekut ilmu. tak penah mengeluh ajar aku yang brrrrrr manyak susah nak ingat.. hahahaa kalau malam pulak kan.. mesti dia akan call atau aku call dia.. antara aku tanya macamana nak buat kerja sekolah atau pun dia akan ingatkan esok ada ujian tulisan ke apa... dan tadi dia konvo untuk stpm. dan dapat anugerah jugak. Tahniah Wei Ying. always support and love you.


 ok ni pulak dengan Ifa. kami kenal dari zaman sekolah menengah lagi walaupun berlainan sekolah. tapi kira satu kawasan jugak la. kenal gitu gitu je.. then masuk form 6. berjumpalah kami.. still lagi tak rapat.. sebab dia kelas sebelah dan aku kelas lagi satu. tapiiiii since aku pindah upsi... terus kami rapat hahahaha lepas keluar baru rapat.. dan hingga lah saat ni.. tahniah juga Ifa sayang.. good luck stpm k.

Saturday, October 10, 2015

Dari Diari ke Blog

assalammualaikum.. ehemm.. sebab dah janji semalam.. kita ceghita ceghita kisah sedih ye kenapa aku takleh berdiari dan berjinak dengan blog ni.. yes.. diari tu since darjah lagi aku ada... sangat bermakna.. because of my family yang strict.. yes. kalau dorang baca pun dorang akui semua ni... aku takde tempat meluah.. yeah im a happy girl... act like nothing happen.. but deep...... Allah sahaja yang tahu... tu sebab bila ada problem dekat sekolah... cikgu tanya dengan siapa awak rapat.. aku nangis. kahkahkah.. yeah aku tak rapat dengan sesiapa dulu. dulu la.. but since meningkat remaja.. and Abang Ijan pun semakin rapat dengan aku.. Abang Ijan lah jadi segala diari aku disebabkan diari lama dah terkubur.. aku ada tiga abang.. abang abang lain jaga aku semua terbaik weh... tapi sebab dorang lagi besar dari aku.. tu yang aku takut and tak berapa nak gila dengan Abang and Abang Ijun hehehee dan Abang Ijan paling rapat sebab dia atas aku dan aku bawah dia walau umur kami jarak paling jauh.. macam umur Ibu and Ayah.. 4 tahun jarak.. hehehe k sambung balik.. aku diharamkan oleh Ayah untuk menulis diari.. yes. Ayah. hahahaha because of one girl.... whatever. family tahu la siapa girl ni.. yang menyebabkan aku diharamkan untuk berdiari...



ni abang kandung wehhhhhh.. yang ramai orang ingat Encik Tunang aku tu.. hahahaha pe bendaaaa la korang ni.... ramai kata muka Syafiq and Abang Ijan akan akan.. tang mana sama pun aku tak tau hahaha spek je kot.. heheheheheeeee

k sebak pulak tiba.. sebab masa tu zaman kejatuhan aku hahahaa.. masa tu jela rasa teruk macam tu.. boleh dikatakan setiap hari aku akan bukak diari and tulis and nangis.... tu pun tulis senyap senyap sebelum tidur... and sampailah kantoi adik aku baca...... and p bgtau Ibu Ayah segala apa aku tulis..... yes.. about this one girl... whatever.. hahahaa last last satu hari kantoi aku tengah tulis....... and berlaku lah satu drama.. hehehe Ayah koyak segala diari aku and kata haramkan aku tulis diari..... haaa drama sangat kan.. hehehe.. dan sejak tu aku lebih happy girl...happy sangat la kan.. hahaha aku tak pernah fikir perasaan sendiri... aku abaikan diri aku sendiri.. sakit ke pedih ke... aku abaikan.... sampailah form 1.. dah boleh guna komputer.. and ada internet.. aku kenal lah dunia blog. dan situlah peneman aku berceloteh... dan sampai sekarang dorang tak tau aku ada blog yang dah bertahun tahun tahun tahun tahun aku rahsiakan.....

sekarang pun dah besarkan... dah tahu mana yang patut kita cerita dan mana yang patut kita simpan dan luah pada yang sepatutnya.. yes.. banyaklah meluah pada Allah.. Allah tahu segalanya.. Allah turunkan ujian sebab rindu rintihan kita... so.... rintihlah. Allah sayangkan hambaNya.. Allah rindu kita... berdampinglah pada Allah... maka dunia ini akan menjadi pentas yang indah walau sementara untuk kita.. apa yang berlaku dulu semuanya ada hikmah.. aku pasti.... dan point nya di sini.. bukan semua orang mampu meluah dekat orang lain... bukan semua orang cara untuk release ialah meluah.. bukan semua orang macam kita.. kita rambut sama hitam tapi hati... Allah sahaja yang tahu.. wush... kan.. dah agak.. bila dah start banyak nak ceghita.... tengok tengok dah panjang.. lama dah tak berpost panjang macamni kan.. hehehee k lah.. kita stop di sini hehehee sebelum jadi esei karang.. tataaa Assalammualaikum...

Friday, October 09, 2015

Alkisah SnA: 49 days left to go..

Assalammualaikum.. syukur.. alhamdulillah.. tinggal 49 hari lagi.. emmmm berdebar ke... emmm hahahaa tah lah.. aku ni jenis macamna eh.. selagi belum tinggal sebulan tu still watlek lagi kot.. sebab nak SEbulan tu.. se tu.. satu kan.. so sekarang pun tengah cuti sem.. macam biasa.. fulltime surirumah.. kira pembantu Ibu dekat rumah.. rumah sentiasa taknak ada habuk.. hahaha tapi kan.. vaccum tu macam nak nazak je.. hahaha kalau Ibu Ayah baca blog ni.. tah la hahahahaa nasib tak baca la kot.. hehehe yeah.. blog ni aku memang tak bagi dekat family.. sebab.. emmm aku ni seorang yang suka bersendiri sebenarnya.. tak berapa suka meluah dekat orang.. yeah im a happy girl.. banyak gelak.. banyak senyum.. but deep in this heart... Allah sahaja yang tahu.. so dulu ada diari tau......dan telah terkubur........ esok kita post pasal kenapa ye.. biar suspen sikit hehehee ok ni senarai checklist sementara yang aku ingat la.. borang memang dah lama la.. permohonan semua dah diluluskan.. bak kata tok kadi tunggu nak akad je.. hihihihi malu la..... hehehe so yang lain tu dah tinggal jemputan belum sebab tunggu kad nak siap minggu depan dan boleh la start menjemput... dan baju nikah tu Ibu bagi guna jubah Ibu beli dekat Mekah masa buat haji dulu... dah 6 tahun.. Ibu kata sayang nak guna.. hahaha apa la Ibu ni... last last bagi aku pakai... hish hish.... hehehe pinjam sat ye.. dan baju sanding tu ekceli takda sanding tau. haaaa nama je baju sanding kira hari kenduri la.. karang kata baju kenduri.. orang pelik pulak.. kenduri apa plak.. so senang tulis baju sanding hehehe k dah.. selamat malammmmm...


Tuesday, October 06, 2015

TAMAT SEMESTER 4

assalammualaikum.. alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan menghabiskan lagi satu sem iaitu sem 4. dan sem 5 depan ialah sem terakhir berkuliah then cuti dua bulan dan sem 6 ialah praktikal. syukur.. nak dekat sampai ke hujung perjalanan di UPSI. sayangggggg UPSI.. hehehehe sayang ada makna ni... ehem ehem.. k lah taknak story banyak lah.. just nak kata kepada semua rakan rakan baik senior mahupun junior, semoga selamat sampai ke kampung halaman masing-masing.. hargai masa masa di rumah.. tolong ibu ayah.. ajar adik belajar... gunakan segala kemahiran atau kelebihan yang ada dan berbaktilah.. tu pun praktikal jugak.. k k.. dah mengantuk.. esok nak balik rumahhhh.. tak sabar nyaaaaa hehehee k selamat malam semuaaa.... assalammualaikum..

dan macam biasa.. gambar kami buat tatapan. love all my girls..

Thursday, October 01, 2015

Wordless Wednesday: Happy Birthday, Encik Tunang.

and wishlist buat kejutan untuk Lover dah tercapai...lepas ni hadap lah lebih kejutan lagi ye Encik Syafiq Atsari.. Happy Birthday my dear Fiance.. sory tak dapat sambut sama-sama. hanya mampu sediakan kek dan kawan kawan serta anak-anak angkat tersayang awak tu. thanks kepada semua yang membantu.. enjoy lah befday terakhir sebagai bujangan ye. tahun depan kita sambut sama-sama ye hehe in shaa Allah.. k lah. nama pun wordless kan. tataaa