Saturday, December 31, 2016

Dua Kosong Satu Enam

tahun selesaikan pengajian. sediakala sebagai anak dan pelajar ditambah pula sebagai isteri. belajar, mengajar dan diajar. habis musim kuliah, sambung musim praktikal. cuti jangan kira. jalankan pula tugas surirumah tangga.

kuliah memang tak pernah ada masalah. praktikal pula menjadi pengajaran. hospital dan klinik bagai rumah kedua. demi permata hati ayahanda bonda yang semakin hari semakin membesar. mama tak sendirian, ada tok ayah dan tok ibu bersama serta oppa dan omma yang sentiasa bertanya khabar turut risau.


kekasih hati yang jauh tapi sentiasa usaha untuk ada disisi. penat, mengantuk, dihabiskan di atas jalan dan awan. tak kira cerah dan gelap. setiap bulan pasti terbang, habis cuti dipohon, sebab mama. dialah papa kamu, nak.


tahun honeymoon. berkenalan, berkasih. videocall dan facetime tempat kita dating setiap malam. itu pun kalau line tak cemburu dengan kita. menangis melalak belakang cerita. asam garam gula cuka penambah perisa rumahtangga tingkat 4.

Alhamdulillah.. hadirnya mereka, pengukuh diri. syukur pada Ilahi tahun ini dapat diharungi dengan kental. moga tahun Dua Kosong Satu Tujuh, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

Saturday, July 09, 2016

Hari Raya 2016 JoeLati's Family

assalammualaikum.. alhamdulillah... hari yang dinanti selama ni berkumpul satu family besar ni maklumlah satu family di sabah, sarawak, pahang, kedah semuaaa ada... hahahaha taknak cakap banyak sebab happy sangat harini dapat bergambar family besar gelak ketawa semua.. alhamdulillah.. syukur ya Allah..... moga tahun akan datang dan seterusnya, kekalkan kebahagiaan ini hingga ke Jannah. Aamiin...




mudah mudahan tahun depan dukung anak sendiri.. Aamiin... heheheee

Wednesday, July 06, 2016

Alkisah SnA: Raya Pertama sebagai Isteri

alhamdulillah.. syukur.. Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua pembaca blog yang serba serbi bersawang dah jarang sangat nak mengadap lagi lagi tengah praktikal ni.. hahahaha memang masa tu agak limit. so taknak cakap banyak.. tahun ni raya pertama sebagai isteri dan tahun ni juga pertama kali beraya di negeri lain iaitu Kelantan, kampung suami. alhamdulillah.. dapat family mertua yang sporting dan sangat sangat meriah so tak terasa sangat sedih tu walaupun pagi pagi call ibu sebab nak dengar suara ibu... alhamdulillah.. raya tahun ni family JoeLati tambah dua orang baru.. moga tahun depan terus bertambah.... aamiin... jumaat ni kita balik Selangor beraya pulak ok... hehehee now beraya kelantan dulu... tataaaaa


Monday, June 06, 2016

Alkisah SnA: Setahun Perkenalan Kita

assalammualaikum.. harini start bulan Ramadhan. alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan bersama ibu ayah dan keluarga tambah pulak tahun ni dah bersuami.. syukur.... harini jugak genap setahun kita kenal yeeeeeeeeeeeeeeee... 06/06 alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. tak sangka awak yang dulu tuuuuuuuu dah jadi suami saya harini. alhamdulillah.. 

harini juga bermulanya kisah berpraktikal aku. hahaha macam tak sangka dah tinggal langkah terakhir sebelum konvo tamat diploma. alhamdulillah... syukur tak terhingga... kali ni semester yang terakhir ni kita berpraktikal segala yang dah belajar selama 5 semester. moga dipermudahkan segala urusan praktikal selama 4 bulan ni sebelum dan selepas.. aamiin... good luck untuk semua yang start praktikal harini.

haiii cikgu syafiq.. boleh sajaa... hihihiiii

Monday, May 16, 2016

Review: Natural Clenx Tea Penyelesaian Sembelit

assalammualaikum.. ok hari ni nak ceritakan hal yang malu jugak la tapi sebenarnya kan ramai je ada masalah sama macam aku ni just malu nak tanya kan... ok ceritanya ni first time kena s-mb-l-t, so memang tak tau laaaa nak buat apa... kalau benda tu nak keluar takpa.. ni langsung tak rasa nak keluar.. dah sampai 4 hari, kepala pun dah tingtong perut dah besar ala ala pregnant pulak padahal dalam tu dah 4 hari punya penyimpanan. huhuuuuu... so pegilah klinik.... doktor bagi ubat air. dia kata makan 3 hari je... tak boleh lebih.. macam seram jugak kan warning dia tu.. so balik tu malam terus minum.... esoknya alhamdulillah... akhirnyaa.......

aku pun terus kan lah makan ubat tuuu.. manis macam lori gula tombang dalam air ja. tapi pelik tak elok jugak.... sampailah habis satu botol ubat tu aku minum selama 3 hari... tak boleh jadi..... search internet tengok cari teh detox.. memandangkan first time nak berdetox detox ni jumpa la teh ni... tanya tanya tanya.. memang orang kata menjadi. kiranya kalau minum malam, esok pagi confirm. confirmmmmmm.. confirm berkampung dalam tandas. so siapa tak tergugatkan... aku pun minta la abee belikan.. abee pun dah kesian tengok aku dengan sakit kepalanya... dengan peningnya.... banyak toxic kan hahahaha...

so belilah teh tu.... malam tu start minum.. dalam kotak tu ada 20 uncang. dan satu uncang tu boleh guna dua kali. nampak tak pekat dia macamna.. hahahaha minum malam tu esok pagi terussssssssssssssss lancar perjalanan...... dan hati pun manyak suka.. and teruskan minum... sampaikan abee pun tertarik nak minum jugak... jangan bubuh gula la ini air untuk detox kalau nak sedap minum teh lain la hahahaha.. memang banyak kali masuk tandas. berkampung la...badan rasa ringannnn je... memang detox la kan. berat turun ke tak tu aku tak tau sebab niat aku bukan nak kurus.. tapi ramai kata berat turun bila minum... so ok la untuk slim melim kan..  nak lancarkan perjalanan ke kan.. hahahaha so kalau korang nak minum pastikan masa tu cuti dan esoknya pun cuti. sebab effect teh ni kira kira 8 jam lepas tu baru dia melaburkan saham... heheheeee....so kepada korang yang ada masalah sembelit, ni la ubatnya. hahahahaha.. but aku tak pasti orang pregnant boleh ke tak ok.. kalau nak tau better tanya doktor tau. selamat mencubaaaa...

Saturday, April 02, 2016

Alkisah SnA: Al-Fatihah...


Terima kasih Allah beri peluang merasa nikmat ni untuk kali kedua walau seketika..

Sunday, March 13, 2016

Alkisah SnA: Majlis Kesyukuran Syafiq Amira

assalammualaikum.. alhamdulillah.. akhirnya selesai juga dua dua belah punya majlis. syukur majlis tadi berjalan dengan smooth...... saja hehehe alhamdulillah.. terima kasih kepada yang sudi datang dan mendoakan untuk kami berdua. ok la kita belanja gambar jela k.. hahahahahaa penatttt...penat... hehehee selamat mencuci mataaa...










hai awkkkkkk.. nak ngoratttt hehehee kbye

Monday, March 07, 2016

TAMAT KULIAH DIPLOMA

assalammualaikum.. alhamdulillah... dengan ini maka berakhirlah kuliah selama 5 semester dalam diploma pendidikan awal kanak-kanak di UPSI dan penutupnya ialah sem 6 ni praktikal. praktikal start bulan 6 sampai bulan 9. so sekarang kita enjoyyyyyyy!!! hahahahaaa.. kbye  

so jom kita tengok gambar gambar dari first kenal housemate dan coursemate sekali hehehe.. sampailah habis sem.... alhamdulillah.. mereka mereka ini lah yang jaga aku dengan baik.. susah senang sakit jatuh sedih gembira gila semua bersama.. terima kasih, Jannah, Kak Anne, Amy, Nina dan sem 5 sorang lagi Nina. hehehe terima kasih semua.. kenangan kita bersama takkan pernah dapat diulang balik tapi akan setia terpahat di hati cewahhhhhhh hahahaa... sayanggggg semua...

SEMESTER 1 

SEMESTER 2

SEMESTER 3

SEMESTER 4

SEMESTER 5

Monday, February 01, 2016

Tuesday, January 05, 2016

HAPPY 20TH BIRTHDAY

assalammualaikum.. 

alhamdulillah..

alhamdulillah...

alhamdulillah....

syukur....... dah 20 tahun hidup. dipinjam segalanya oleh Allah. tambah lagi befday kali ni dah bersuami. alhamdulillah.. masih bersama ibu ayah dan family in shaa Allah bertambah tahun ke tahun hehehehe tahun ni bulan 3 sorang lagi anak buah. aummmmm... tak sabarnya nak timang anak.... ehemm.. anak buah........ hehehee terima kasih pada semua yang wish.. terima kasih atas doa semua.... dan terima kasih utama pada suami....... tiba tiba jadi romantik ye malam tadi. hehehehe terima kasih bagi rehat untuk diri ni sebab befday la kan hehehe takyah masak. tapi dah warning awal hari ni je ahahaa k fine. then terima kasih bawak dating sampai ke Sibu walaupun baru balik penat penat dari kerja. then bawak jalan isteri ni pulak. serious nak nangis masa tu dengan tengok muka letih abee tu. lagipun nak p cari set pinggan mangkuk sekali. so ok jela.... dan rezeki tak berpihak pada kita kali ni kan... huhuhu tak da pun set nya. tapi tapi tapi ada orang tu pulak dapat beli seluar baru ye... hehehee huntunglah.... lain yang nak beli lain yang dapat beli.. hahahaha sabo jela.. takpe.. abee tahu isteri abee ni happy jugak dapat jalan jalan.. terima kasih cinta sayang rindu.. terima kasih sudi jadikan diri ni isteri abee.. terima kasih.... ehem sebak pulak hahahaha ok ok sambung.. wishlist nak dapat Hello Kitty besar tercapai dan dapat kek HK sekali. hehehehee terima kasih semuaaaaaa....



Friday, January 01, 2016

Tahun Baru 2016

assalammualaikum.. alhamdulillah alhamdulillah.. alhamdulillah... masih dipinjam nyawa untuk masuk tahun baru iaitu tahun 2016. syukur tak terkata. tahun baru.. azam baru.. maklumlah dah title Puan ni kena la azam baru sebab tahun baru kali ni dah bersuami. alhamdulillah... so tadi sebelum fly, sesi memotong kek advance befday ibu buatkan. cheese cake opkos hehehehe.. sempat melantak dulu sebelum gerak hahahaha.. terima kasih ibu.. tak pernah lupa nak buatkan kek untuk mira. hehehe nanti mira balas balik ok.. heheee ok la takde nak kata banyak kot. penat baru sampai rumah baru. hehehee tahun baru balik rumah baru. rumah suami duduk selama ni.. kali ni berdua la kita. ngam ngam cuti midsem so ikut balik sekali ke sarawak. ok la.. selamat tahun baru semuaaaaaaa....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...