Saturday, December 31, 2016

Dua Kosong Satu Enam

tahun selesaikan pengajian. sediakala sebagai anak dan pelajar ditambah pula sebagai isteri. belajar, mengajar dan diajar. habis musim kuliah, sambung musim praktikal. cuti jangan kira. jalankan pula tugas surirumah tangga.

kuliah memang tak pernah ada masalah. praktikal pula menjadi pengajaran. hospital dan klinik bagai rumah kedua. demi permata hati ayahanda bonda yang semakin hari semakin membesar. mama tak sendirian, ada tok ayah dan tok ibu bersama serta oppa dan omma yang sentiasa bertanya khabar turut risau.


kekasih hati yang jauh tapi sentiasa usaha untuk ada disisi. penat, mengantuk, dihabiskan di atas jalan dan awan. tak kira cerah dan gelap. setiap bulan pasti terbang, habis cuti dipohon, sebab mama. dialah papa kamu, nak.


tahun honeymoon. berkenalan, berkasih. videocall dan facetime tempat kita dating setiap malam. itu pun kalau line tak cemburu dengan kita. menangis melalak belakang cerita. asam garam gula cuka penambah perisa rumahtangga tingkat 4.

Alhamdulillah.. hadirnya mereka, pengukuh diri. syukur pada Ilahi tahun ini dapat diharungi dengan kental. moga tahun Dua Kosong Satu Tujuh, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

Friday, December 16, 2016

Anakanda SnA: Shopping untuk Baby

assalammualaikum.. alhamdulillah... sekarang tengah bercuti dekat kampung suami. hehehee dekat kelantan la mana lagi.. so tengah bosan bosan dan memang dah plan nak shopping segalanya dekat semenanjung dan bawak balik sarawak nanti masa penutup cuti. so apa lagi kita mulakan lah acara soping menyoping namanya hahahahaa.. tengok jela gambar ye.. ni semua hari hari yang lain mengikut turutan ye.. hehehee..

ni lah first baju yang papa belikan untuk kamu baby heheheheee

hasil tangkapan kali pertama di Tesco Kota Bharu heheheheheee

hasil tangkapan kali kedua dan terakhir di Jusco Kota Bharu heheheee

dan ni pulak khazanah peninggalan mama untuk kamu hahahahaa.. elok elok lagi tau tok ibu simpankan baju mama dulu.. 

dan ni mama tengah rambang mata namanya.. nak pilih pink ke putih pink ke putih pink ke putih.. dan papa pun kata, kang keluar angry bird nanti... hahahahaa ok ok.. kita beli sikit pink sikit putih ok.. lalalalaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...