Saturday, May 04, 2013

Seminar Seminar Seminar

SEMINAR SEJARAH - SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.




KAMI! Tak sah kalau tak berenam.. bunyi macam berenang pulak. hahahahaa

Then petang tu aku dengan Cici nak buat perbentangan depan 40 orang Pengetua pengetua dari seluruh Malaysia. And kami sangat gabra! Sebab pertama kali. And and and 8 May 2013 ni kami akan buat perbentangan yang sebenar untuk Peraduan Harta Intelek 2013. JOHAN KAMI MAHUKAN! RM 7000!!!!  

 Kami satu kumpulan mahukan JOHAN! Bahan yang kami peradukan ialah Eco-Salt.


SEMINAR DIDIK SPM 2013 - Yayasan Sabah




Hari pertama, satu gang pegi... hahahahaa

Hari last, kami berdua je yang pegi dalam gang tu.. hahahahahaa me and Cici again. 


SEMINAR PENDIDIKAN ISLAM - SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.


 me with Cici, my b again and again

 Penutup post kali ni, Gwiyomi dari gang kelas lelaki kami. hahahahaa nampak kan muka muka tension semua.. hahahahahaaa wish us luck! 

Saturday, April 20, 2013

#5 Resepi Puding Karamel Nata de Coco

salam semua.. halo haloooo.. hehehee semenjak dua menjak tiga empat menjak lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh menjak ni.....aku sangat dan tersangat terasa diri ni terlampau terlalu dan terhangat sunyi.. hangat hangat! hahahaha.. so mula lah aku selak selak buku resepi satu hari satu resepi tu. hahaha tebal lahai.. maklumlah.. dah kata satu hari satu resepi. so untuk satu tahun punyala.. tebalnya jangan kata ar kan.. selak punya selak, nampaklah resepi yang agak ringkas dan mudah dan amat amat disukai oleh aku sendiri! hehehe hahaha.. nak suruh Ibu buat macam tah pape je.. dah anak dara kot.. nak lagi suruh Ibu masak.. lainlah anak jantan. aku pun try la buat Puding Karamel dan diubah suai namanya jadi Puding Karamel Nata de Coco sebab nak buh hiasan di atas buah buah dan benda jelly tu.. nyum nyum dan sangat dipuji oleh Ayah Ibu and adik. Ayah siap suruh kumpul semua resepi yang pernah aku buat and nanti dia bukukan. hahahahaa Chef Muda katanya... ok lah.. ni cara caranya...

bahan-bahannya..

Karamel
5 sudu gula 
3 sudu air 

Puding
3 biji telur
3 sudu tepung jagung
1 tin susu pekat
2 cawan air
1 sudu esen vanilla

step 1..

Masak bahan Karamel di atas dapur sehingga warna air gula bertukar keperang-perangan. JANGAN SAMPAI HANGUS lengus ye.. Dan masukkan ke dalam loyang.


step 2..

Campurkan semua bahan Puding dan kacau sehingga sebati. Tapi aku maleh sangat nak kacau kacau ni.. So guna blander je.. Hahahahaa.. Diyakini rata. 


step 3..

Selepas dah kacau rata, masukkan campuran bahan Puding tadi ke dalam loyang yang dah di isi oleh Karamel tu.


step 4..

And...... KUKUS! Hehehee selama 40minit je. Jangan tertidur pulak ye...


step 5..

Lepas dah habis kukus, biarkan semalaman. Itu sebab aku buat malam. Hehehee..

step 6..

Sesi hias menghias! Pandai pandai ikut sesukati hati rasa lah nak hias macamana. Nak bubuh apa apa tambahan. Tapi aku punya macam tak menarik langsung. Bekas tak best ar.. Hahaha Ibu yang bagi bekas ni. Guna jela.... Potong pun hancus.. Hahaa whatever la kan. Janji sodap! Habis dalam satu hari je.. Ibu pun terkejut. Hehehehe.. Lebih baik letak puding tu dalam bekas yang rata tau.. So nampak lah timbunan timbunan buah tu.. SELAMAT MENCUBA! Hehehee..


Monday, April 15, 2013

Holiday Aku Di Rumah Selangor

salam semua.. ok dah lama sangat sangat sangat sangat sangat *sambil kira guna jari* hahaha dah sebulan lebih la membiarkan blog aku sorang sorang.. alololooo kesian blog blog cayang cikebum cikebum ni.. muah pipi muah pipi kanan sat. hehehee.. sorry ye blog.. dan kepada pengunjung tetap blog ni. jangan nak malu malu la.. kadang tengok blog, ada sorang.. ada dua orang tengah stalk blog ni. aloloo omey.. thanks ye.. dan sorry sebab dah bersawang sikit. fuhh fuhhh *lap lap* ok ok.. actually banyak sebenarnya nak story kali ni.. first sekali nak story pasal wedding abang haritu. ok ok.. jom mula! 

24 Mac 2013
kenduri menyambut menantu. semestinya belah lelaki dan pengantinnya abang aku sendiri. abang yang kedua. so total yang dah kawin 3orang. abang sulung, then the only my sis and now abang yang kedua. so total yang belum kawin pun 3orang. abang ketiga a.k.a abang terakhir aku dan termasuk aku yang ayu ayu ayu gitu.. hehehe dan adik lelaki aku. so half half kami dekat rumah. dan tentu sekali half yang belum kawin ni seksa sikit. kerja rumah banyak kami yang kena urus. single kan.. hahahahaha yang lain dah plural. dan ada yang triple. abang sulung and kakak dah ada anak.. and and and coming soon abang yang kedua juga.. wahhhh mengambang mengambang k... bestnyeeee.. 

kenduri semua sama je kan.. tapi kali ni paling excited sebab dah lama tak jumpa member masing masing.. dah pindah jauh kan.. so faham faham jela... jumpa orang ni, kena berhenti salam salam tanya khabar pe semua.. then jalan sikit jumpa family lain pulak. salam salam dan tanya pe semua.. hahaha dan sepanjang kenduri aku rasa sangat sangat ramai yang kata "ohhh lepas ni turn mira la yeeee" hahahaha aku mampu tersenyum malu minta penampooo jela.. padahal dalam hati.. "makcik oooooiiii.. calon pun takdee" hahahaha.. sabooo jela.. then ramai yang tegur aku tinggi. peeeeeehhhh padahal haritu lah HARI PERTAMA aku pakai heels. hahahahaha.. dorang cakap je aku tinggi, terus aku buat catwalk depan mata dorang sendiri. kurang perasan kot.. hahahaha... aku kan ganas. kasut tu pun baru pakai satu hari dah lunyai aku kerjakan. hahahahahaa.. siapa suruh jadi kasut aku! nasib la kan.... heeee

dari luar simpang rumah :3

me with Iliya 

me, Kak Dyra (Kakak Angkat Tercinta), Iqbal my best best bestie and Mirul my buddy :3

k lah habis cite pasal wedding. jeles arr.. hahahaha.. chill chill... nasib aku takde calon masa tu, kalau tak aku dah suruh dia jadi mangsa untuk jadi pengapit sekali dengan aku. tiba tiba je suruh aku jadi pengapit. hahaha.. lawak tul. ok now nak story pasal pegi genting dengan abang abang and kakak and adik and anak buah Ali Ci Bambam aku tu.. semua pegi kecuali family abang sulung and Ayah Ibu. boleh boleh dorang gi Melaka balik hari. aku pun tahu masa dah dekat genting. so whatever la. janji p genting ni best gileeeeee... siapa yang ada masalah gayat tu kan kan kan, p lah genting and main semua. gerenti hilang penyakit gayat tu. serious wehhh... serious ni.. tapi yang siapa ada sakit jantung tu takyah la k... kang hilang jantung cari aku pulak. tak pasai pasai.. hahahaha..

muka gementar je semua.. hahahahaa

my only sis, sis-in-law and me! hehehee

abang ketiga, me! and pengantin baru :3

nampak! see! Ali Ci Bambam manja dengan Mama dia.. :p

hehehehehee :3

singgah London sat :p

boleh dikatakan aku main semua la dekat genting tu kecuali yang main lumba kereta. aku malas sebab aku tau aku akan jadi penyebab perlawanan abang abang and adik aku terganggu. so lebih baik tarik diri awal awal and p main dengan Ali Ci Bambam aku.. jadi Mama kejap susu kan dia.. hehehehe comel k comel.. macam mak muda. hahahaa kakak aku relax je makan kacang. pon boleh kak.... then best sebab tekanan hilang. boleh jerit sekuat hati sekuat kuat kuat yang boleh! best gila kotttt! lantak la orang nak cakap apa.. tapi orang pun tak kenal aku.. so lagi muka tak malu. hahahaha yang paling best aku rasa yang Flying Coster. jadi SuperGirl kejap. terbanggggggg.. hahahahahaa.. terbaikk.. lepas SPM memang rancang nak gi lagi. nak main puas puas lagi.. lepaskan tekanan SPM eh tak tak.. nak lepaskan tekanan SEKOLAH. YES!!! hahahahaa... ok habis! hahahahaa... jumpa lagi..

Wednesday, March 06, 2013

MSSD 2013

salam semua. malam ni terasa nak update blog sebab rasa dah sangat mengabaikan blog ni. k ayat dah agak kekelingan sikit. maklum la.. nak dekat exam kan. so kepala hotak agak serabut sikit tambah tambah lagi dengan masalah sampingan yang menambahkan lagi asam garam dalam kepala hotak ni menjadikan lebih serabut alam hingga tak terkira berapa banyak rambut aku yang dah gugur disebabkan banyak berfikir and tak terkira jugak berapa banyak titisan air dari mata yang gugur tat kala hati sangat sangat pedih menahan kesakitan yang mendatang. cehhh nampak ayat BM A+ SPM. nampak? hahahahaa.. Amin....

malam ni nak post pasal MSSD tadi. MSSD? apa tu? aku rasa kalau budak sekolah yang berketak ketak badan and tinggi lampai agak tuff badan dia tu.. p tanya MSSD tu apa.. kalau yang dah habis sekolah tu, p tanya dekat member sekolah lama korang yang aktif dalam sukan. dorang mesti tahu. sebab MSSD lah yang menjadi saksi kemenangan atau kekalahan dorang dengan membawa nama sekolah masing masing. aku bukan lah atlet yang lari lari or berketak ketak badan tu.. bukan bukan. gua dah cuci tangan derrr.. hahahaa.. now dah anak dara. agak malu sikit.. 

so dekat MSSD ni aku bertugas sebagai fotografer. bukan calang calang orang k boleh jadi. bukan semua orang mampu! kau p duduk dekat tengah padang berjam jam... cer try dulu... baru boleh duduk meja bulat dengan aku kalau kau tak setuju yang aku katakan bukan semua orang mampu! so bersyukurlah... hari pertama di SM Sains Kota Kinabalu, and hari kedua dan ketiga di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Sabah. aku ditemani oleh rakan rakan dan adik adik junior sepanjang 3hari MSSD.

day 1 @ SM Sains Kota Kinabalu

day 3 with them tapi Syarifah takde masa ni.. dia lepak tempat lain.

menghabiskan masa menggila dengan Nadirah and Cici.

sangat sangat penat dan kali ni tak semeriah macam tahun lepas. tahun lepas meriah habis lah! ramai.. penuh stadium. kali ni macam agak bohsan dan agak tak hyper.... kalau tahun lepas, sentiasa bising dengan sorakan penyokong! macam macam lagu aku dengar. but tahun ni yang aku dengar, jerit nama je... ala...... tak best langsung! tu pun berapa kerat orang je yang jerit. aku tengok atlet yang tengah bertanding pun...ala........... kesian pun ada. takpelah! janji korang dah buat yang terbaik! aku sentiasa ambik gambar korang.. setia di atas padang ambik gambar korang.. hahahahaa... setia menghitamkan diri.. hahahahaa...

ok la.. malas nak lebih lebih... just nak bagitahu yang antara salah satu aktiviti yang akan aku rindu lepas ni untuk sepanjang zaman sekolah ialah MSSD. tahun akhirkan..... haish... rasa macam sekejap je masa berlalu..... rasa macam mimpi je yang aku dah form5. sangat sangat tak percaya. tunggu dah dalam dewan tengah jawab SPM baru aku percaya. hahahaha.. jap jap... nak bagitahu lagi yang exam minggu depan hanyalah TIGA HARI! hahahahahah!!!! best gileeeee.... then minggu depan lagi satu.. hari Jumaat, flight balik Selangor!! YEYYYYY!!!!.. hahaha k bye. salam :D