Wednesday, December 12, 2012

#2 Resepi Sushi

salam semua. ok sihat semua? amacam holidays? ok ke K.O? hahahaaa.. whatever la.. dah Abang Najib elok elok bagi cuti, bersyukur jela kan.. daripada takde, pandai pulak nak bising. eh rasa sekejap je kan? dah nak dekat habis cuti. haish.. tahun depan SPM. tahun terakhir bergelar pelajar sekolah. macam tak percaya pun ada jugak. iyala.. rasa macam baru tadi je habis PMR tahu tak. penat PMR pun tak habis lagi.. eh penat ke? mestilah.. otak ni ha penat.. *tunjuk kepala* nampak tak dah mengecil kepala ni? hahahaa sebab banyak tak belajar lagi untuk SPM. so tahun depan kena buat betul betul. takde main main sangat macam tahun sebelum. eh main tu ada jugak la.. tapi kureng.. kihkihkihkih.. aku bukan budak skema!

ok habis cite serabut tu. nak tahu tak.. ramai yang suka dengan resepi Pavlova hari tu. hahahaha.. senang je kan? siapa dah try.. korang memang terbaik lah! sedap kan? na.... tak caye masa aku cakap haritu. ok nak bagitahu ni walaupun ramai yang taknak tahu. aku tak minat sushi. sungguh! tak boleh masuk. dengan bau nye.. aduh.. aku jeles bila tengok orang yang suka makan sushi. eh nampak macam sedap tahu tak! padahal...... tak boleh masuk! tapi ada sushi yang aku boleh makan. sushi handmade by my big bro and big sis. sedap taw! tak hanyir pun.. then sangat menyelerakan. tak caya? cuba try dulu ar.. hahahaa CUBA then TRY.. ni resepinye!

bahan-bahannya..

1 mangkuk sederhana besar nasi putih
1 keping telur dadar dipotong memanjang


4 ketul isi ketam yang telah direbus siap (dalam gambar ni terlebih pulak! hehehee..)


1 cawan kecil air gula
2 keping rumpai laut kering (pastikan yakin HALAL!!!)


1 keping tikar kecil

step 1..

bentangkan 1 keping rumpai laut kering di atas tikar kecil. dan sapukan dengan air gula SEDIKIT. supaya senang untuk digulung.


step 2..

letakkan sedikit nasi di atas kepingan rumpai laut tadi dan ratakan.


step 3.. 

letakkan 2 ketul isi ketam dan telur dadar.


step 4..

gulungkan dengan perlahan-lahan. dan mampatkan supaya tidak terbuka.


step 5..

potong mengikut saiz yang anda suka. Selamat Mencuba!


senang je kan? try la.. jangan malas malas mencuba benda yang baru. cuti cuti, tapi menimba ilmu tu kena sentiasa.. supaya takde la otak ni jadi lembab. aku tak try lagi.. tapi dah tahu buat. dah tolong tolong sikit. nak rasa aku buat? hahahaa.. untuk tersayang jelah nanti! :p

Sushi EiyZhan :D abang tercinta!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...