Saturday, April 20, 2013

#5 Resepi Puding Karamel Nata de Coco

salam semua.. halo haloooo.. hehehee semenjak dua menjak tiga empat menjak lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh menjak ni.....aku sangat dan tersangat terasa diri ni terlampau terlalu dan terhangat sunyi.. hangat hangat! hahahaha.. so mula lah aku selak selak buku resepi satu hari satu resepi tu. hahaha tebal lahai.. maklumlah.. dah kata satu hari satu resepi. so untuk satu tahun punyala.. tebalnya jangan kata ar kan.. selak punya selak, nampaklah resepi yang agak ringkas dan mudah dan amat amat disukai oleh aku sendiri! hehehe hahaha.. nak suruh Ibu buat macam tah pape je.. dah anak dara kot.. nak lagi suruh Ibu masak.. lainlah anak jantan. aku pun try la buat Puding Karamel dan diubah suai namanya jadi Puding Karamel Nata de Coco sebab nak buh hiasan di atas buah buah dan benda jelly tu.. nyum nyum dan sangat dipuji oleh Ayah Ibu and adik. Ayah siap suruh kumpul semua resepi yang pernah aku buat and nanti dia bukukan. hahahahaa Chef Muda katanya... ok lah.. ni cara caranya...

bahan-bahannya..

Karamel
5 sudu gula 
3 sudu air 

Puding
3 biji telur
3 sudu tepung jagung
1 tin susu pekat
2 cawan air
1 sudu esen vanilla

step 1..

Masak bahan Karamel di atas dapur sehingga warna air gula bertukar keperang-perangan. JANGAN SAMPAI HANGUS lengus ye.. Dan masukkan ke dalam loyang.


step 2..

Campurkan semua bahan Puding dan kacau sehingga sebati. Tapi aku maleh sangat nak kacau kacau ni.. So guna blander je.. Hahahahaa.. Diyakini rata. 


step 3..

Selepas dah kacau rata, masukkan campuran bahan Puding tadi ke dalam loyang yang dah di isi oleh Karamel tu.


step 4..

And...... KUKUS! Hehehee selama 40minit je. Jangan tertidur pulak ye...


step 5..

Lepas dah habis kukus, biarkan semalaman. Itu sebab aku buat malam. Hehehee..

step 6..

Sesi hias menghias! Pandai pandai ikut sesukati hati rasa lah nak hias macamana. Nak bubuh apa apa tambahan. Tapi aku punya macam tak menarik langsung. Bekas tak best ar.. Hahaha Ibu yang bagi bekas ni. Guna jela.... Potong pun hancus.. Hahaa whatever la kan. Janji sodap! Habis dalam satu hari je.. Ibu pun terkejut. Hehehehe.. Lebih baik letak puding tu dalam bekas yang rata tau.. So nampak lah timbunan timbunan buah tu.. SELAMAT MENCUBA! Hehehee..


No comments:

Post a Comment