Friday, December 13, 2013

#8 Resepi Kek Rainbow Oreo

salam semua. wahhhh rasa tenang je sekarang sebab dah habis sekolah. rasa macam tak percaya pun ada. hehehee holiday kali ni rumah sabah mampat habih ar wa cakap lu. mula abang ijan datang. then abang and fmily datang. then abang ijun and family datang. last pulak akak and family sampai semalam. memang aku tidur bilik ibu ayah ar cite dia. hahahahaa sebab bilik aku, akak and family guna. then pagi ni aku memang dah niat awal nak buat kek bagi semua adik beradik ipar duai anak buah semua rasa. sebab yang selalu aku buat, ibu ayah and adik aku je makan. hahahahaa.. kali ni aku buat Kek Rainbow Oreo. so..... selamat membaca!

Bahan-bahannya..

Kek

3 cawan tepung gandum
4 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecik garam
1 cawan butter
2 cawan gula castor agak manis
5 biji putih telur 
2 sudu kecik esen vanila
1 1/2 cawan susu segar
pewarna


Topping


whipping cream


step 1..


Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.

step 2.. 


Pukul butter & gula sampai kembang & gebu.

step 3..


Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu. (masukkan sedikit demi sedikit)

step 4..


Masukkan esen vanila

step 5..


Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.

step 6..


Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dalam beberapa mangkuk (ikut jumpa colour) dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.

step 7..


Kukus selama 10 hingga 15 minit sehingga bila kita cucuk lidi, tak melekat sangat. ok dah tu.. boleh angkat dan sejukkan.

step 8..


Alihkan ke dulang kek, dan letak pelekat antara layer dan layer lain. aku letak whipping cream je.

step 9..


Then baru letak whipping cream ke semua bahagian kek. 

step 10..


Hiaslah ikut kreativiti anda. hahahaa aku buh biskut oreo dan sedikit serbuk oreo tabur dekat atas dia. rende rende bagai tu ikut kepala orang seni. Thanks to my beloved only and the one my Kakak. jadi lawa kek aku. hahahahaaa so....selamat mencuba!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...