Wednesday, May 15, 2013

#6 Kek Coklat Kukus Berjelly

salam semua.. hari ni aku ponteng sekolah. apa? PONTENG? aah.. so? hahahaa sebab hari ni takde paper so hari ni juga aku banyak nak buat untuk Ibu. so apa salahnya sekali sekala daripada stay sekolah mengadap orang exam and aku just tidur.. hahahaa itu hobi ok. dan bangun pagi pagi dah terfikir nak buat kek lain dari yang lain. so bermulalah langkah ku... Selamat Membaca dan menahan air liur meleleh... :D


Bahan-bahannya..

JELLY
1/2 paket agar-agar (ikut besar kek)
2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu air

TOPPING
1 biji butter
2 cawan gula halus

step 1..

Masak agar-agar di atas dapur sehingga jernih..

step 2..

Campurkan tepung jagung dan kastard berserta air.. Kacau sehingga sebati.

step 3..

Masukkan campuran tepung tadi ke dalam agar-agar yang sedang mendidih dan terus kacau. Jangan tak kacau.. Nanti berketul ketul dan tak cantik! hahahahaa.. dan tutup api dan terus mengacau..


step 4..

Kukus kek coklat selapis demi selapis.. dalam masa 20 minit satu lapis. Dan biarkan sejuk..

step 5..

Bila dah siap semua lapisan coklat kukus tu, layer pertama letak dalam satu bekas yang tinggi yang mengikut saiz kek. sapukan jelly tadi di atas layer pertama, then biar sejuk sampai jelly keras. Dan ulang step sehingga berlayer layer ikut suka mu la.. hahahaa dan hasil aku agak tak kemas. FIRST TRY OK.... :D


step 6..

Mula guna topping dibawah ni, tapi selepas 2 jam memukul susu ni, tak ada beza apa, yang ada beza sendi sendi aku dah mula lenguh... Apa benda la.. Dah la mahal cekik darah..then tak menjadi. Bengang betul la kan! SO JANGAN BELI TAU JENAMA NI! BUANG DUIT! -____- Kesimpulannya aku just buat topping butter biasa. Campurkan semua bahan topping tu dan pukul la sekuat kuat sehingga sebati. Dan anda akan nampak lengan anda makin lama makin berketak! hahahahaha :D


step 7..

Dan last sekali sesi makeup makeup kek.. Sesukati andalah nak buat macamana gaya kek tu. Takada orang marah. Dan ini hasil bagi tangan aku.. Hehehehee.. dan rasanya sangat sangat sangat sedap.. Sebab tak rasa muak sebab ada jelly yang menutup kemuakkan tu... hahahaha SELAMAT MENCUBA! ^_^



 SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-53 IBU. Me love you so much much much :*


No comments:

Post a Comment