Saturday, December 29, 2012

#3 Resepi Kek Coklat Kukus

salam semua. ok harini nak post resepi kek buatan tangan sendiri. untuk Ayah and Ibu punya ulang tahun perkahwinan dorang. walaupun dah lepas, tapi masih boleh sambut k.. hahahaa.. dapat comment yang baik dari Ayah and Ibu. Ibu la paling excited sebab kek favourite dia.. Ibu suka coklat. Alhamdulillah menjadi.. ni resepinya. Try la! 

Bahan-bahannya..
KEK
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan serbuk koko (diayak)
1 sudu kecil baking powder (diayak)
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size A)
1 cawan gula halus
1 biji butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak
 1 sudu kecil esen vanila

TOPPING
4 sudu besar susu pekat
3 cawan serbuk koko/milo
1/4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu segar

step 1..

Pukul telur, gula dan butter sampai kembang. Kemudian titiskan esen vanila dan pukul..


step 2..

Masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko dan baking powder sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Kaup balikkan sehingga sebati.

step 3..

Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati.

step 4..

Masukkan dlm loyang yang telah dilengser minyak/marjerin. Then kukus 45min.


step 5..

biar sejuk selepas dikukus.


step 6..

masukkan serbuk koko/milo.


step 7..

masukkan minyak, susu pekat dan susu segar. kacau hingga sebati. dan tuangkan diatas kek yang telah dikukus tadi. SIAPPP!!!


SELAMAT MENCUBA!!!