Wednesday, January 23, 2013

#4 Resepi Cream Puff

salam semua. apa khabar? sihat? camna sekolah? hahahahaa.. mesti yang dah habis sekolah tu semua bajet jawab.. "a'alah.. aku dah habis sekolah lah.." hahahaa podahhh.. padahal sakit hati ni.. hahahaa.. banyak pulak gelak malam ni.. yelah... nak riangkan hati yang sedang sedikit lara ni.. cehh ayat.. ayat drama malam malam.. kan? ok lah.. by the way. esok cuti kan? semua kan? untunglah.. mesti ada yang plan nak keluar dengan yang tersayang or tercinta. ewahhh.. lagi untung! tak macam aku ni.. forever alone katanya.. hahahaa.. takdelah.. ada ayah ibu and adik yang sentiasa dengan aku. chill lah babe... 

ok.. hari ni nak buat rancangan masak masak lah.. hahaha.. actually penat gila hari ni.. balik sekolah, mandi and makan bla bla bla.. terus lepak depan tv sambil makan anggur. and tiba tiba rasa nak buat resepi baru. so.... ibu terus tak jadi tidur. sebab nak tengok aku buat. buat apa? korang tahu tak Cream Puff. semua yang penggemar manisan mesti tahu benda alah ni.. benda ni sejenis makanan yang selalunya menjadi pemanis mulut. yang selalu dijual. and harganya mahal lah jugak.. hmm.. so aku ni susah sikit nak beli makanan yang mahal mahal ni.. tengok kat kedai je.. nak telan pun rasa tak tertelan. macam telan duit. hahahaha.. sungguh kadakut! ok ni resepinya.. 

bahan-bahannya..

Puff
1/2 cawan buttercup
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Cream
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar gula

step 1..

Masukkan air dan buttercup ke dalam periuk. Dan masak di atas api sehingga betul betul larut dan mendidih. 


step 2..

Masukkan tepung gandum. AYAK DULU ye tepung tu. Then kacau kacau.. Kemudian tutup api dapur. Angkat dan letakkan ke dalam bekas lain. 


step 3..

Masukkan telur ke dalam sebatian tadi. Masuk sebiji sebiji. Maksud aku, masuk sebiji, kacau.. Then masuk lagi sebiji, kacau.. Sehingga telur yang keempat.

step 4..

Masukkan esen vanilla dan teruskan mengacau hingga sebati. 

step 5.. 

Dan bulat bulatkan doh tadi di atas dulang yang telah dipanas sekejap di dalam oven. Bulat tu tinggi and lebar taw. Sebab nanti dalam tu lembut bila dibakar.. Bakar dengan suhu 200C dalam 25minit.


step 6..

Campurkan semua bahan Cream tadi di dalam periuk dan masakkan di atas api yang sederhana besar.


step 7..

Akhir sekali, belah Puff tadi tu. Jangan sampai habis, agak boleh tutup, ok lah.. Then sumbat Cream yang sudah sejuk tadi. SIAP!!! Selamat Mencuba Semua.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...