Wednesday, August 07, 2013

Esok nak RAYA!!!

Assalammualaikum semua.. Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan seperjuangan, kakak kakak, abang abang, pakcik pakcik, makcik makcik, atok atok, dan nenek nenek. Saya menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon seribu kemaafan yang tak terhingga jika ada tersalah kata, tersilap bicara, terkasar perbuatan, dan ter ter sewaktu dengannya. Kepada rakan-rakan yang tahu rumah tu, jangan malu jangan segan, jemputlah datang ke rumah. Tapi yang di Selangor, Insyaallah saya akan ada cuma pada minggu depan sampai 18 haribulan dan selepas itu saya takkan balik lagi ke Selangor sehingga bulan 1 tahun depan. Kerana ingin menduduki peperiksaan SPM pada November ini. Doakan yang terbaik buat saya. Kepada rakan di Sabah pula, selepas 19 haribulan tu, datang je bila-bila masa. Yang penting bagitahu dulu ya.. Dan GOOD LUCK kepada rakan-rakan sebatch yang akan Trial lepas cuti raya ini dan buatlah yang terbaik. Salam sayang dari saya.. 


Thursday, August 01, 2013

Bakal Wirawati Negara


Lirik Lagu Rasmi PLKN - Khidmat Negara 

Wira wirawati harapan bangsa

Tiba masa kita berjasa

Kita sahut cabaran bederas seiringan

Demi mencapai wawasan.


Kenali rakan pelbagai budaya

Selami warisan kita yang kaya

Bersama bergandingan tiada perbezaan

Kita Warga Malaysia.


Berkhidmat untuk negara

Berbakti penuh setia

Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama.

Kami wira wirawati negara

Kini masa kami berjaya

Kami sahut cabaran berderas seiringan

Kami pasti mencapai wawasan.


Kita sahut cabaran bersama bergandingan

Berkhimat untuk negara

MALAYSIA!!!

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan Ya Muslimin wa Muslimat

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan rukun Islam yang ketiga buat Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah.. Bertemu kita kembali Ramadhan tahun ini dalam usia yang semakin dewasa. Sebak juga sebab tahun ni tahun terakhir berpuasa di negeri orang.. Semoga sepanjang bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini, kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang lebih dan kehidupan yang ceria. Amin.. Sama-sama kita menujuk ke Syurga Allah dengan membersihkan hati dan membuat seberapa banyak amalan baik. Insyaallah..

Wednesday, July 03, 2013

"Berkhidmat Untuk Negara" - PLKN

salam semua.. hari ni tergerak hati nak call orang PLKN. lagipun dengar kata boleh check nama kita dapat PLKN ke tidak hujung bulan Julai. so hati ni tak tenang gelisah gundah gulana semua la kan. masa try check, still tak boleh. then masa tengok laman utama PLKN tu ternampak number contact untuk tanya soalan pe semua. so aku pun cepat cepat ambik sebab niat nak call la. why the because banyak sangat khabar angin kalau PLKN. maklum la ramai yang nak takut takutkan kami.

Soalan soalan yang aku tanya:

1. betul ke semak PLKN hujung bulan Julai?
2. betul ke 6 bulan untuk batch 1996?
3. betul ke wajib semua pergi PLKN untuk batch 1996?

JAWAPANYA:

1. bulan November baru boleh check.
2. TAK BETUL. hanya 3 bulan.
3. TAK BETUL. belum lagi untuk batch 1996.

so dah dapatkan semua jawapan. yang semak PLKN tu try jela follow up. rajin rajin buka and try check. mana tahu betul hujung bulan ni dapat check ke kan. hahahahaa.. kalau ada yang tak percaya, p call sendiri dan dengar sendiri jawapannya ok sebab malas nak bising mulut tapi sendiri tak cari keputusan yang sebenar, 03-4027 4747 (Urusan Pelatih PLKN). dah dah! yang batch yang nak takut takutkan kami tu diam diri sekarang! actually korang pun tak tahu pape pun kan........ ok tata! salam..

Untuk Semak:

1. Melalui laman sesawang: URL http://apps1.khidmatnegara.gov.my
2. Melalui SMS: Taip: PLKN semak <No KP anda> hantar ke 15888