Thursday, July 17, 2014

JPJ Test

salam semua. ok hari ni nak cerita pasal JPJ Test kereta motor tadi. bulan puasa ni? ye saya. masa bulan puasa ni aku ambik JPJ Test kedua-duanya. permulaan nya semangat jugak la. nasib kebetulan ada Haziq Munawar. sampai je PS Samy, menunggu punya lama.. sembang sembang sebab dah lama tak jumpa kan. last jumpa raya tahun lepas. then nampak Afiq Amsyar. eh ambik lesen jugak budak ni? hahahaha last last Afiq tumpangkan kami p PS Samy tempat yang JPJ Test tu. tadi tu dekat cawangan. bas lambat sangat.

sampai je sana. bapak ramai orang. segan eh. jumpa Kakak Diyana yang kenal masa ceramah ritu. then jumpa ramai abang abang senior. tak lupa juga junior junior member member adik aku. semua nak ambik lesen, termasuklah aku. hahahaa then sesi pagi aku motor. then petang kereta. haish.. dengan panas terik. k diam. tak terkata keletihan yang akan dihadapinya itu pun.. hahahahaa then redha jela. yela.. sampai bila taknak ada lesen. sampai bila nak bawak kereta secara haram. nampak polis je gabra. hahahaa tak best tak best! tak aman hati ni..

then pagi ialah motor. k macamana eh? berdebar weh... nak cakap.. emmmmm.. aku gagal bahagian 2. apa? titi? YA BETUL! TEPAT SEKALI! fobia jatuh tayar dekat titi punya pasai.. aku p tahan kaki. terus la abang JPJ tu kata.. "bahagian 3 bahagian 3" k fine. redho je muka. hahahaha then bahagian 3 aku ok. nampaknya kena ulangan lagi la weh.... huhuhu call Ibu nangis nangis. Ibu kata takpe... daripada patah tangan patah kaki. takpe la tu. Ibu pun dah redho je. hahaha Ibu macam dah agak la pulak. kuat betul chemistry kita kan Ibu. padahal Sabah Selangor kot.

sesi petang pulak kereta. masa latihan serious yakin gila. tetiba masa test. hancus! bukit dua kali. tiga penjuru aku terlebih. perghhh... ujian ujian. Alhamdulillah lulus bahagian 2. then bahagian 3 pulak kejap je. tak sampai 5 minit. abang jpj tu terus suruh patah balik. Alhamdulillah.. berkat ambik bulan puasa kot. hehehehee.. terus call ibu kata lulus. dapatlah pelekat kereta. motor kena ulangan lepas raya. k sekian terima kasih. mood sedih: ON

Wednesday, June 25, 2014

UPSI Aku Datang!

salam semua. Sabtu petang tengah syok syok tidur dengan Ali tibe tibe..... dapat mesej dari 15888 kata dapat tawaran sambung Diploma. memulanya tak baca pun dari mana sms tu. so niat nak mendelete sms tu sangat tebal dan maklumlah tengah mamai bangun tidur. lepas berapa minit dok tengok sms tuuuu.. baru perasan ada perkataan UPSI. mata terus celik! hahahahaa terkejut then terus menjerit panggil akak. bagitahu akak pe semua then akak suruh tanya Ayah Ibu dulu. aku terus terdiam sebab sebelum ni memang Ayah Ibu suruh stay form 6. soooooo... menggigil satu badan nak call Ibu. tibe tibe Ibu call. terus angkat and Ibu nak bagitahu yang dah sampai KK. aku pun kata la... "Ibu, Miya dapat UPSI....." sambilllll suara makin slow sebab takut. 

Ibu terus menjerit and kata "Pegi! Pegi! jangan tak pegi!" hahahaha k lega terus. so dengar la suara Ayah kata Tahniah pe semua. then lepas tutup call terus terdiam. semua kena urus sendiri la maknanya ni. alahaiiii..... then bermula lah Ahad tu satu hari urus borang and beli barang pe semua....tanpa Ibu...... huhuhuhuuuu... siap semua. siap bawak Ali sekali taw.. hehehee ya Allah rindu budak kecik sorang tu. takpe takpe dekat je.. boleh balik. then Isnin tu p sekolah sat and jumpa member member and cikgu cikgu...semuanya terkejut. sebab aku tetiba je kan. emmm maaflah weh..... huhu k taknak sedih dah. malas nak cte banyak sebab baru je seminggu kan... heheheheee kita post gambar je lah k... hehehe bye salam.

 kalian ialah kenangan abadi aku yang takkan pernah boleh digantikan.. goodluck STPM 2014/2015.

 ni dengan Guru Pengajian Am dan juga Guru Tingkatan kami. k sedih sangat sebab tak dapat meneruskan dengan diajar oleh Cikgu.. mohon doa dari mu. :')

ni dengan Iliya ku sayang. aku bla dekat je UPSI je pun. tapi hari ni dia terus bla Negeri Sembilan masuk form 6 sana. k fine...... T,T

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak 2014/2015

ni hari Isnin. p melawat fakulti sekali. hehehehee


ni bersama Coursemate also Housemate and also Roomate. ayat first dia dekat aku ialah "eh Izzian Amira kan?" hahahaha k baru nak jadi budak baik taw... hahahahaa kami banyak gile persamaan. thanks lah Jannah! sayang kau!

 ni teman serumah and sama course. hari first! excited kan... :p

ni pulak hari ni. kelas ada satu je... tapi 3jam! kahkahkahkah! :p

Wednesday, May 07, 2014

Siti Ani Alawiyah

salam semua. post kali ni nak cerita kelahiran anak buah aku yang ke 4. Alhamdulillah.. bersyukur sangat sangat. Anak ke 2 akak. adik kepada Ali. comey sangat.. hidung tetap sama macam tok ayah. tapi kali ni mata sama macam mama miya dia. hehehehee mama miya dia tu sapa eh? aku leeee... hahahaa sepet habis. tapi takleh lawan kesepetan mama miya dia. 3 hari selepas lahir baru buka mata. Ani ok lagi.. hari pertama dah buka. hehehee so kesimpulannya.. Ali akan main masak masak la lepas ni. adik perempuan.. cousin cousin dia pun perempuan. Athirah and Aisha. hahahahaa pape pun.. syukur.. tahniah akak and abang Imran. 




Tuesday, May 06, 2014

Pra-Universiti

salam semua. syukur dengan limpah kurniaNya.. dapat lagi aku membebel dalam blog tercinta ni. hehehe so hari ni nak story pasal aku masuk form 6. alhamdulillah dapat tawaran ni. sementara tunggu UPU. kalau tak dapat UPU.. mohon rayuan.. kalau tak jugak.. maknanya rezeki aku dekat form 6. memang best la.. mata pelajaran dia pun semua ok.. semua minat. aku ambik Pengajian Perniagaan, Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu and MUET. dapat kawan dari SMK Bandar Baru Batang Kali and SMK Serendah..k taknak cte banyak. kena jaga Ali. hahahahaa ok salam semua..