Thursday, October 05, 2017

Kau Pergi Selamanya..

HAJAH LATIFAH BINTI ABDULLAH

RABU
04 OKTOBER 2017
14 MUHARAM 1439H
05:48 PM

AL-FATIHAH..

Sunday, July 02, 2017

Anakanda SnA: Tindik Subang Baby

alhamdulillah.. lega hati mama tengok kamu dah bertindik. hahahahaa mudah mudahan lepas ni takada yang tanya lagi, "boy ke girl?" dah pakai baju pink pun masih tanya.. pakai baju hello kitty pun orang tanya.. ni kalau bertindik orang tanya jugak, mama give up la gini hahahahaa.. satu cara lagi tunggu rambut kamu panjang jela mama ikat toncet ok. hehehee alaaaa lek je aufa.. mama dulu pun masa baby, papa tengok gambar kata macam boy jugak... huhuhuuu memang muka boy la kalau dah ramai kata muka aufa ikut muka papa... makin besar makin ramai pulak kata gitu... takpe... nasib mata masih mata mama hehehehehee... 

berbalik pasal tindik, memang mama tawakal je selepas tanya doktor klinik ok ke tindik bawah 6 bulan, doktor kata takde masalah. orang dulu pun baby girl tindik lepas habis pantang oleh bidan kampung kan. so in shaa Allah mudah mudahan takde apa ok... aufa baru masuk 3 bulan.. takpe in shaa Allah.. baby mama kuat kan.. tindik awal bagi aku sebab senang jaga kot. pastikan tempat tindik tu sentiasa kering.. lepas mandi tu tekapkan dengan towel kejap.. then masa dia tidur, buh minyak mastika hujau tu sikit.. selalu kan pusing pusingkan subang tu supaya tak la terlekat ke apa kan.. sebab kalau dah besar takut rimas ke apa kan.. ramai tanya aufa menangis ke tak. menangis terkejut je. lepas tu ok balik sengeh sengeh hehehee.. buat ibu ibu yang nak tindik jugak, pastikan cari kedai emas yang tindik dua telinga sekali gus. kalau tembak sebelah sebelah, alamat dia takmau la lagi sebelah tu.. hehehe then papa beli subang aufa.... idok tahu la bilanya boleh pakai.. hahaha ok la.. sambung layan aufa.. tataaaaaa



Wednesday, June 28, 2017

Raya Aidilfitri Pertama Bersama

alhamdulillah syukur.. tahun ni turn belah siapa agak agak? hahahaa opkos la belah beta.. hehehee syafiq ambik dua hari awal cuti then jumaat mrsm dia memang dah cuti dari awal lagi.. so gerak la kami dari betong lepas keje hari selasa tu.. flight malam.. alhamdulillah.. aufa just terjaga masa nak turun tu sebab masa naik dia tidur kan.. alhamdulillah sampai je kl terus ke putrajaya tidur dekat rumah abang ipar.

esoknya lepas subuh terus gerak balik uluyam. hahahaa sampai sampai rumah ibu tengah buat kuih. cait! hahahahaa ye yeeee je taknak buat kuih tahun ni.. puas aku memujuk kata nak buat kuih jugak. tengok tengok dah tiga jenis. then esoknya aku buat lagi tiga jenis.. tambah kuih kuih yang lain beli bawak balik, penuh atas kabinet dapur tu.

tema tahun ni warna hijo hahahaa memang tak penah ada baju warna hijo, so aku terima cadangan syafiq tanpa berbalah.. baju asyik pink je kan hahahaaa.. aufa punya baju opkos tok ibu yang buat.. aku punya still cik ika yang buat and syafiq punya tempah butik dekat batang kali. so far memang situ yang berbaloi. dengan kemas and murah. so berayalah kami di ulu yam Ahad tu.. 

selasa bersamaan raya ketiga pulak kami fly ke kelantan pulak. hahahaa nasibbbbb aufa ok juga cuma dia buang hajat betul betul masa take off. ingat ok la.. alamak!!! lambat pulak nak keluar dari kabin. mengamuk teruk la aufa dalam kabin kegelian punggung. hahahahahaa pakat semua tengok.. saboooo jela.. habis je cuci terus tidur dalam kereta elok je atas riba omma.. ok fine aufaaaa hahahaa suka sangat pemeskan muka mama ni.. hahahaa ok selamat hari raya semuaaa..

Sunday, January 01, 2017

Dua Kosong Satu Enam

tahun selesaikan pengajian. sediakala sebagai anak dan pelajar ditambah pula sebagai isteri. belajar, mengajar dan diajar. habis musim kuliah, sambung musim praktikal. cuti jangan kira. jalankan pula tugas surirumah tangga.

kuliah memang tak pernah ada masalah. praktikal pula menjadi pengajaran. hospital dan klinik bagai rumah kedua. demi permata hati ayahanda bonda yang semakin hari semakin membesar. mama tak sendirian, ada tok ayah dan tok ibu bersama serta oppa dan omma yang sentiasa bertanya khabar turut risau.


kekasih hati yang jauh tapi sentiasa usaha untuk ada disisi. penat, mengantuk, dihabiskan di atas jalan dan awan. tak kira cerah dan gelap. setiap bulan pasti terbang, habis cuti dipohon, sebab mama. dialah papa kamu, nak.


tahun honeymoon. berkenalan, berkasih. videocall dan facetime tempat kita dating setiap malam. itu pun kalau line tak cemburu dengan kita. menangis melalak belakang cerita. asam garam gula cuka penambah perisa rumahtangga tingkat 4.

Alhamdulillah.. hadirnya mereka, pengukuh diri. syukur pada Ilahi tahun ini dapat diharungi dengan kental. moga tahun Dua Kosong Satu Tujuh, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..