Sunday, August 20, 2023

Anakanda SnA: Selamat Hari Lahir ke-2, Cahaya Sinar!

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah..

Rezeki kali kedua ya birthday anak dara papamama ni sambut di hotel. Yang pertama biasanya papamama akan buat makan-makan di kampung Kelantan, tapi memandangkan masa tu tak cuti sekolah so kami sambut di Lexis Pulau Pinang. Ni post Sambutan Hari Lahir Pertama Nurul Aura. Kali ni birthday kedua tahun pun masih bukan cuti sekolah, plan asal nak buat makan-makan di rumah, tapi mama pula tak berapa sihat. Jadi papa bawa ke hotel juga memandangkan dah lama sangat AufaAdibAura tak ke pantai termasuk papamama juga hahahahaa..

So papa pun apa lagi serbey punya serbey, kami terus tertarik dengan Hotel Hompton by The Beach Penang. Salah satu sebabnya ialah hotel ni terus boleh link dengan pantai. Kira pantai pun tak boleh orang awam masuklah, tak berapa ramailah harapan kami. Dekat pun dekat nak balik terus ke hotel. Kolam pun adoooo.. Tahu jelah ketulunan itik ni mana boleh takda kolam. hahahahaa.. Mama take part melayan AufaAdibAura di pantai, papa pulak masa mandi kolam. Adil dan saksama gituww...

Yang best pasal hotel ni juga sebab papa kata antara hotel yang baru dan dalam kami terbaca review customer pernah datang, ada yang pernah request sepotong kek untuk surprise apa tak ingatlah. Tapi rezeki diorang dapat sebiji terus kek hotel bagi free. Wuuuuuu.. Menarik untuk dicubakan. So kami pun request alang-alang birthday anak dara ni kan. Kami pun tak berharap apa pun. Sebab kadang ada hotel yang call semula tanya. Biasa je kami cuba minta deko apa semua di hotel, kebanyakkan akan kata ada bayaran tambahan, cuma kali ni takda yang call. So memang tak ingat pun pasal request kek tu.

Jadinya papa tetap belikan kek Aura memandangkan mama pun dah lama tak makan kek. Dah alang-alang birthday anakkan, jadi mama pun mestilah dapat habuan hahahahaa.. Belilah sebiji kek strawberry sebab Aura suka sangat strawberry. Masuk je bilik hotel, terus perasan deko itik bercium tu omeyyy je hahahaa then terrrrrrrpandang dekat dalam peti mini, MasyaAllah... Ada sebiji kek tertulis "Happy Birthday, Daughter." Alhamdulillah.. Rezeki mama ehhhh Aura sebab dapat kek sampai dua biji. hehehee.. Apa pun overall kami sangat berpuas hati dengan hotel ni. Tak menyesal mencuba. AufaAdibAura pun dah sebut banyak kali nak pergi lagi... hahahahaa in shaa Allah... Macam biasa ada video daripada mama untuk simpan kenangan indah kami. Selamat Menonton!

Saturday, July 08, 2023

Anakanda SnA: AufaAdibAura bawa Opa Oma naik Gunung Jerai

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah..

Walau 1 malam sahaja, tapi betul-betul dapat bagi keceriaan & kemeriahan seisi rumah kami yang jarang sangat terima tetamu apatah lagi bermalam. Hahahahaaa 

Terima kasih Opa Oma sudi datang ke teratak sementara kami kali kedua ni. Moga lepas ni datang teratak kami di negeri lain pulak la kan... 🤭🤣

Syukur Allah bagi peluang AufaAdibAura bawa Opa Oma naik Gunung Jerai. Aufa siap-siap kata "Mama buat video tau.." hahahahaa baikkkkkk... Seronok AufaAdibAura. Tak henti kata "bestnya.." Kenangan manis mereka. Ni hasil rakaman...

 

Sampai je di kaki gunung, terus AufaAdib kata "yeyyyy pergi sini.. Kita pernah pergi dengan AisyaAirinAaronAdam sekali Makder Ayahder." Sepanjang naik Gunung Jerai kali ni terbayang tahun lepas AufaAdibAura bawa AisyaAirinAaronAdam bersama arwah Ayahder & Makder. Setiap sudut terbayang kenangan & bayangan mereka... Allahhuakbar... Siapa sangka itulah kali terakhir kami berjalan dua family. Rupanya Allah nak bagi kenangan manis pada kami. Mujurlah ada video buat pengubat rindu kami.. Ni post AufaAdibAura bawa AisyaAirinAaronAdam ke Gunung Jerai.

Tuesday, June 13, 2023

Tak Sempat Sepuluh Tahun Gambar Kita, Abang Ijun.

[hari ke-121] 

Bila terjumpa gambar ni semula dalam blog, terpaku kejap tengok tarikh tu.. Sekejap je masa berlalu. Rupanya tak sempat 10tahun gambar ni, Allah dah jemput Abang Ijun jauh daripada kami..

Masa ni Mira tingkatan 5 di Sabah. Turun Melaka wakil negeri Sabah untuk pertandingan ni. Abang Ijun pula masa tu mengajar di Klang, semata turun Melaka untuk jumpa Mira pakej siap belanja makan Mekdi. Abang Ijun kata bangga Abang Ijun Mira dapat wakil negeri siap masuk tv. Hahahahahaaa

Allah jemput Abang Ijun 13 Februari 2023 lepas, 4bulan genap hari ni. Dalam masa 4bulan ni pun, macam-macam terjadi. Kekoknya kami menghadap kehilangan lagi sekali ni. Entahlah Abang Ijun... Sampai bila kami akan terkenang-kenang tanpanya Abang Ijun dalam hari-hari kami. 

Serupa macam Ibu dulu, duk kenang-kenang... Tahu-tahu tahun ni dah 6tahun Allah jemput Ibu. Ni Abang Ijun pula... Kadang kuat, kadang tersungkur juga kami menanggung rindu. Berat.

Takpalah Abang Ijun...

Semua pasti merasainya.

Tak cepat atau lambat...

Masanya akan tiba.

Al-Fatihah buat Mohd Izzul Imran bin Mohd Johari ♥️

Tuesday, May 23, 2023

Cekedik Konvo Degree

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah

Beribu-ribu TAHNIAH buat kesayangan Keknga dunia akhirat ni! Tahniah kerana berjaya hingga ke tahap ni dengan jayanya. In shaa Allah otw nak galas tanggungjawab yang lebih besar & mencabar lagi selepas ni, in shaa Allah Afi boleh!

Minta maaf sangat Keknga sekeluarga masih tak dapat untuk bersama meraikan hari kejayaan ni. In shaa Allah nanti kita celebrate lain hari ♥️

2015 vs 2019 vs 2023