Monday, November 17, 2014

Semester 2 sudah...

salam semua. nak habaq ni... alhamdulillah.. dah masuk sem 2 menjadi anak suluh budiman ni. hehehe macam excited and seram pun ada. maklumlah nanti jumpa lecturer baru tah ok ke tah.. garang ke biasa je.. adoiiii.. berdebar pulak deh. apa apa pun memang semangat nak lagi yang terbaik tu memang lah sangat berkobar kobar. result pun macam emmm emmm biasa je...... tah la.. tak tau nak kata macamna.. my bad.... huhuhu takpelah redha jelah kan. k lah nak tidur. esok kelas lagi... hehehee selamat kembali semua rakan seperjuangan. aumm lebiu muah muah.

 ekceli nak flip skirt tu.. tapi tak jadi....... T,T

Sunday, November 09, 2014

Nukilan Hati: Hati

Hati,
cuma indah khabar dari rupa,
rupa selalunya permulaan penipuan,
penipuan cerita itu ini siapa pun takkan tahu,
tahu heboh sana sini kata bahagia,
bahagia betul ke tidak pun tak tahu ceritanya.

Hati,
lumrah kalau pedih,
pedih akibat rasa yang pelik,
pelik yang berdarah akibat dia,
dia yang kejam sumpah jahanam dunia akhirat.

Hati,
mereka berani kata,
kata yang penuh propa,
propa bulan bintang entah mana indah mana palsu,
palsu disebabkan hati yang dah lama mati dunia.

Hati,
bahagia sedih tak perlu uji atau kaji,
kaji itu ini hati sendiri yang mati,
mati hati dunia pun gelita gelap,
gelap hati apa pun tak boleh nak buat akhirnya.


Friday's sunnah

Saturday, October 04, 2014

Cuti Semester 1

assalammualaikum semua.. nampaknya berabad jugak lah tak post blog. jengah tu ada, tapi nak dapat mood post blog tu memang dah lama tak datang. satu hai nya sebab tengah sambung study. first semester kan.. agak macam menakutkan. mendebarkan. maklumlah sebelum ni stay rumah.. balik sekolah je lepak rumah ada ibu ayah and adik. ni tak.. p balik p balik kampus sebab masa kuliah lain lain. so kadang kelas sampai pukul 12. dan ada yang sampai pukul 6.30 petang. malam sibuk dengan assignment. memang tak la ceritanya nak post post blog macam dulu.. kalau buka laptop pun mengadap assignment je la. hahahaa.. mood dengan kesayangan blog ni tak sampai sampai..

so hari ni berakhirnya pengajian semester 1. dan bermulalah cuti selama sebulan. kenapa sebulan.. sebab untuk pengatahuan anda semua.. UPSI punya diploma semuanya short course. sepatutnya diploma u biasa 3 tahun kan... kan... tapi UPSI hanya 2 bulan. so jangan tanya bila cuti 3 bulan kami ye. memang takdak. bagus jugak sebab tak la lama sangat. in shaa Allah habis dip terus sambung degree in shaa Allah.....moga moga segalanya dipermudahkan.. nak cerita cuti nak buat apa ye.. hahaha entah tahu lah.. nampaknya akan jadi driver ibu.. jadi babysitter anak anak buah.. dan tukang segala tukang dekat rumah. ok tu sahaja lah buat masa ni.. kalau ada cerita best lagi aku post lagi ye.. salam cuti semester kepada semua yang cuti jugak.

Wednesday, August 06, 2014

'Selamat Pagi, Cikgu Mira'

assalammualaikum.. hari ni nak story pengalaman pertama dipanggil Cikgu. ini lah saat saat yang dah lama dinanti nantikan dan diimpi impikan dari kecik. maklumlah darah pendidik tu menggelegak suka sangat tengok Cikgu Cikgu mengajar. kami satu group diberi tugasan untuk buat satu jadual yang dipanggil Carta Ganjaran. lebih kepada kalau budak tu berperangai positif akan diberi ganjaran contohnya pelekat katun katun dekat carta tu. 

hari first, 21.7.2014 pegi dengan first time jugak drive kereta sendiri. manual pulak tu. memang hahahahahahaa macam mayat hidup je groupmate lain. diammmm terkaku..memang lemah ar bawak manual ni. syukurlah lulus masa jpj. tapi kali ni bawak macam hape je.. hahahaa sampai Kak Anne kata 'hang ni mira..pandai bawak ke tak.. akak nak balik raya ni..' hahahaa masa tu tergelak tak tahan weh...

termati enjin tu jangan tanya lah berapa kali. tak terkira. hahaha sampai kena hon tau tak. bapak malu.. hahaha pahtu termati dekat pintu timur UPSI. pahtu bas pulak baru sampai.. memang ramai ar time tu. adoiiiii malu ni sampai Jannah tunduk bawah dashboard ar citernya. hahahaa memang serious malu gila masa tu.. nak cerita lawak ke tak tu sampai sekarang tengah menaip pun tergelak lagi. hahahahahaa


banyak tadika jugak kami p.. ada yang ada cikgu pratikum la.. so kami p sampai ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. 8km dari Tanjung Malim. kalau cerita memang kami jela paling jauh. hahahahaa Alhamdulillah kami dilayan baik oleh pihak tadika. terima kasih banyak banyak. maklumlah first time weh.. muka semua blur blur gabra.. hahaha then kami ambik 10orang pelajar je. semuanya 5 tahun. dan start lah sesi perkenalan. malu malu je dorang. yang lelaki jangan cakap.. tunduk malu je.. adoiiii comey la korang ni..


then habislah satu hari bersama dorang. kami kena datang kali kedua memandangkan nak raya dorang ada aktiviti lain. so kami decided datang lepas cuti raya. alahaiiii lama gila bila tunggu. sebab dorang best sangat. lama lama boleh bagi kerjasama. macamni hari hari rasa nak datang. so bercutilah kami semua...

4.8.2014 kami datang balik dengan happynya, then budak budak yang agak malu masa hari pertama tu hari ni jadi aktif. mungkin sebab berkobar kobar nak kumpul bunga atau dalam erti kata lain ialah ganjaran. hehehe sebab.....Cikgu Mira dah banyak kali kata siapa bunga paling banyak nanti akan dapat hadiah lain dari yang lain. 


hadiah... duit raya... semua kami sediakan untuk kesemuanya. tapi yang dapat nombor 1, 2, and 3 je hadiah lain dari yang lain. tapi duit raya semua sama. maaflah.. cikgu cikgu ni pun masih mengharap duit raya dari orang lain.. hahaha walaupun hakikatnya tak dapat pun. dan akhir akhir sesi bergambar lah paling best.. semua happy sangat. then ada yang tanya bila nak datang lagi.. adoiii lemah tau cikgu dengar. in shaa Allah ada masa lagi kami datang lagi ye..