alhamdulillah syukur.. tahun ni turn belah siapa agak agak? hahahaa opkos la belah beta.. hehehee syafiq ambik dua hari awal cuti then jumaat mrsm dia memang dah cuti dari awal lagi.. so gerak la kami dari betong lepas keje hari selasa tu.. flight malam.. alhamdulillah.. aufa just terjaga masa nak turun tu sebab masa naik dia tidur kan.. alhamdulillah sampai je kl terus ke putrajaya tidur dekat rumah abang ipar.
esoknya lepas subuh terus gerak balik uluyam. hahahaa sampai sampai rumah ibu tengah buat kuih. cait! hahahahaa ye yeeee je taknak buat kuih tahun ni.. puas aku memujuk kata nak buat kuih jugak. tengok tengok dah tiga jenis. then esoknya aku buat lagi tiga jenis.. tambah kuih kuih yang lain beli bawak balik, penuh atas kabinet dapur tu.
tema tahun ni warna hijo hahahaa memang tak penah ada baju warna hijo, so aku terima cadangan syafiq tanpa berbalah.. baju asyik pink je kan hahahaaa.. aufa punya baju opkos tok ibu yang buat.. aku punya still cik ika yang buat and syafiq punya tempah butik dekat batang kali. so far memang situ yang berbaloi. dengan kemas and murah. so berayalah kami di ulu yam Ahad tu..
selasa bersamaan raya ketiga pulak kami fly ke kelantan pulak. hahahaa nasibbbbb aufa ok juga cuma dia buang hajat betul betul masa take off. ingat ok la.. alamak!!! lambat pulak nak keluar dari kabin. mengamuk teruk la aufa dalam kabin kegelian punggung. hahahahahaa pakat semua tengok.. saboooo jela.. habis je cuci terus tidur dalam kereta elok je atas riba omma.. ok fine aufaaaa hahahaa suka sangat pemeskan muka mama ni.. hahahaa ok selamat hari raya semuaaa..