Sunday, November 27, 2022

Alkisah SnA: 7 Aktiviti Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-7

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah

“Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik dari padanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.” - (QS. Al-Qasas: 84)

27 November 2015 dan masih menghitung...

Selamat Hari Kita yang ke-7, Papa AufaAdibAura. Terima kasih bawa kami pergi lagi hotel kegemaran AufaAdibAura. Cukuplah ini yang terakhir. Kita tukar selera pulak lepas ni sebab AufaAdibAura pun dah besar kan. Boleh dah serbeyyy taman tema. 🤭♥️

Video kenangan tahun ke-7. Tanpa kita, mereka tiada. Tanpa mereka, tiadalah KITA. Alhamdulillah.. #alkisahSnA 

Saturday, November 19, 2022

Demi AufaAdibAura, Lembu Jadi Mangsa? #PRU15 #SelangorKelantan

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah

Pengalaman pertama kali mama mengundi. In shaa Allah ini juga kali terakhir mama mengundi di Selangor mungkin. Hahahahahaa

8pagi di Selangor, 4petang di Kelantan. Panas. Hujan. Mendung. Panas. Atas bawah kiri kanan. Lorong sempit, lorong luas. Semua kami tempuh. Sampai lorong lembu pun kami redah demi mengundi. Waze punya pasal.. hahaha aduhai.. Kenangan sungguh. Bila lagi nak merasa yedakkk..

Tobat kami takkan ulang dah. 5tahun akan datang kita tengok, di mana kita tinggal, di situ je kita mengundi. Tahun ni bolehlah buat rasa suasana tu. Orang kata selagi tak cuba, selagi tu tak tahu. Hahahaa..

Jemput menonton video kenangan kami dari Selangor ke Kelantan untuk mengundi demi AufaAdibAura♥️

Tuesday, October 25, 2022

Anakanda SnA: 5 hari 4 malam AufaAdibAura di Langkawi (Aktiviti & tempat makan best di Langkawi)

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah..

Baru sempat upload video kenangan selama 5 hari 4 malam AufaAdibAura bersama papamama di Langkawi. Kali ni papamama diizinkan Allah untuk bagi pengalaman baharu iaitu naik feri & bot. Aura pulak sangat teruja maklumlah kali ni baru boleh berjalan, tengok dan rasai sendiri. Sebelum ni pergi mana-mana pasti lenaaaa saja dibuai mimpi. Target papamama juga bila pindah di Kedah ni nak bawa AufaAdibAura pusing seluruh Utara Malaysia. Alhamdulillah.. Kira tenang hati dah lah kalau pindah negeri lain sebab habis pusing dah.

Mama sebenarnya ingat-ingat lupa saja di Langkawi ni. Padahal umur datang Langkawi ni ada la darjah 4 atau 5 macam tu. Langsung tiada dalam memori minda mama. Musykil juga.. Sebab mama paling suka ingat mengingati ni. Tapi bab di Langkawi ni, bagai novel yang hilang helaian. Mama cuma ingat bergambar di tempat Beras Terbakar. Itu saja. Itu pun sebab ada gambar. Yang lain, hilang. Jadi bertambah excited juga la mamanya pun. Hahahahaaa jenuh papa jadi tukang cerita itu ini. Maklumlah.. Papa pernah datang buat kajian. Jadi banyak lagi pengetahuan papa, luas juga pengetahuan mama yang dah makin lapuk ni.

Cuaca pula juga merisaukan papamama sebelum nak pergi. Tambah pula 2hari sebelum kami pergi, keluar berita Langkawi banjir teruk. Abang & kak ipar duduk sana pun kata hujan saja sepanjang hari. Mereka pun keluar Langkawi. Kami pula masuk Langkawi. Dan 2hari sebelum balik pula keluar berita feri terkandas tengah laut. Sampai Ayah call risau kami dalam feri tu. Tapi siapalah kita sebagai hamba kalau tak serah 100% pada Allah. Alhamdulillah... Sepanjang kami di sana cuaca sangat-sangat cantik. Ada saja hujan rintik-rintik lepas tu panas yang nyaman sepanjang hari. AufaAdibAura lagilah seronok. Betul-betul merasai alam sungguh. Langsung tak berpayung apa. Adib siap tutup kepala papanya bila papa dukung waktu hujan.

"Adib takpa.. Adib pakai topi."

Kemainnnnnn bestfriend betul diorang dua ni. Alhamdulillah.. Pengalaman manis buat AufaAdibAura. Balik sini pun Alhamdulillah takda demam takda selsema batuk apa. Bila duduk rumah saja mulalah macam-macam penyakit ada. Rupanya nak berjalan baru tak sakit ya.. 🤣

Video kali ni mama berjaya mampatkan 5 hari 4 malam kepada 13minit++. Bukan mudah ya.. Nak pendek & padat. Taknak terlalu pendek sampai hilang manisnya. In shaa Allah tempat-tempat di dalam video semua sesuai dari bayi 1tahun. Papamama sangat cerewat bab memilih tempat & aktiviti. Aktiviti lasak lain-lain tu, dah pesan siap-siap pada papa, tunggu setahun dua lagi ya mama nak buat. 🤭 jemput menonton video AufaAdibAura di Langkawi ❤️

Tuesday, October 04, 2022

Genap 5tahun Kita Berjauhan, Ibu.

[hari ke-1827] MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah.. Segalanya milik Allah.

Hari ni genap 5tahun kita berjauhan Ibu.. Ibu kata otw hari tu, tapi sampai ke saat ni, Ibu tak balik-balik. Malah Ibu pergi laaagi jauh.. Semoga Allah izinkan Mira akan bersama kembali dengan Ibu suatu hari nanti. In shaa Allah aamiin..

Rindu yang tak bernokhtah ♥️

Friday, September 30, 2022

Alkisah SnA: Selamat Hari Lahir yang ke-35, Kekasih Syurgaku.

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah 

Selamat Hari Lahir yang ke-35, Kekasih Syurgaku. Semoga dipanjangkan lagi umur, dimurahkan lagi rezeki & dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Semakin bertambah usia, semakin banyak kenangan kita yang tercipta bersama AufaAdibAura in shaa Allah aamiin.. ♥️

Tak jauh mana la boleh bawa birthday kali ni, mama bawa papa & AufaAdibAura sambut di Korea jela ya.. 🤭🤣

Thursday, September 15, 2022

Anakanda SnA: Pengalaman Pertama Kali Aufa Masuk Pertandingan

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah.. Simpan sini untuk kenangan pertama kali Aufa mamapapa masuk pertandingan dan menang tempat kedua! Alhamdulillah.. Niat mamapapa cuma nak ajar Aufa bina keyakinan melibatkan diri dan seronok ada kenangan semasa di sekolah. Pastinya kemenangan itu bonus dan kepuasan diri setelah berusaha. Syabas anakanda! Pertandingan pakaian beragam yang pastinya ramai tertanya-tanya disebabkan mama sediakan pakaian seakan baju kaum Iban sebab Aufa lahir di Sarawak, Aufa tak mendapat tempat di hati juri. Biasalah.. Kami memang tak berseni bab tu. Hehehee.. Cukuplah 1 pertandingan menang, banyak tahun lagi. Nanti kita cuba yang lain pulak..


hasil mewarna Aufa ft bebelan mama semestinya.. hahahahaa

Saturday, August 20, 2022

Anakanda SnA: Happy 1st Birthday, Nurul Aura!

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Selamat hari lahir yang pertama, Cahaya yang Sinar mama papa.

Aura yang bijak, yang kuat, yang sentiasa ceria. Semoga terus membesar dengan sihat dan ceria. Dah mula bertatih, memanjat paling pro. Pandai main sendiri. Dah pandai faham kata. Angguk angguk geleng geleng apa yang nak apa yang taknak. Panggil mama pun dah boleh. Satu-satunya juga menurun lesung pipit papa. Paling manja dengan papa. Papa seronok sangat Aura kali ni boleh tidur dengan papa.. Jadi berjayalah usaha papa kerap mandikan selalu dari baby tu. Aura takut kucing maka bolehlah jiejie Aufa lupakan niat nak bela kucing. Hahahahahaa pertama kali mama tahu ada baby takut kucing. Selalunya baby geram je dengan kucing. 

Mengandungkan Aura alahan mama sama macam jiejie Aufa. Sejak alahan tu mama dah agak ni memang geng jiejie. Kamu berdua punya alahan sampai mama kena masuk wad 5hari. Masuk air berbotol-botol. Huhuhuuu bersalinkan Aura pula mama berjuang seorang diri tanpa papa disisi sebabkan PKP. Tapi Aura lah paling desuppp nak keluar. Mujur sempat sampai LR. Alhamdulillah.. Setahun dah mama susu kan Aura. Moga berterusan rezeki ni untuk setahun lagi. In shaa Allah aamiin..

Alhamdulillah..  Kita repeat untuk sekali lagi bersama pertambahan ahli baharu. All time favourite gituwww.. Kali ni dapat view terbaik walaupun harga masih sama 3 tahun lepas.

Kita pergi selagi dekat, takut dah jauh nanti jadi teringat-ingat pulak..  🤭

Selamat menonton 😘


Anakanda SnA: Video & Gambar Perkembangan Nurul Aura

 

Sunday, August 07, 2022

Anakanda SnA: AufaAdibAura bawa AisyaAirinAaronAdam ke Gunung Jerai

Alhamdulillah.. Acara penutup menyantuni keluarga Abang Ijun kita ke Gunung Jerai. Setahun tinggal di Merbok, baru ada rezeki sampai. Kali ni meriah video AufaAdibAura sebab ada tetamu AisyaAirinAaronAdam. Selamat berpindah ke Kedah. In shaa Allah panjang umur berjodoh, kami pula ke Langkawi 😘❤️

Macam biasa, jemput menonton video AufaAdibAura bersama AisyaAirinAaronAdam ke Gunung Jerai. Sampai menangis Aufa tengok video ni. Rindu sepupu-sepupu dah balik... 😅

Saturday, July 30, 2022

Anakanda SnA: AufaAdibAura Berkhemah di Jalan Genting Highlands

Alhamdulillah.. Yaaaa... Selang seminggu AufaAdibAura dapat balik kampung mama. Kebetulan ada hal, jadi kita selit juga dengan pengalaman baharu lagi. Kali ni dapat berkhemah dalam hutan sambil menikmati kesejukan air sungai. Haaaa... Gitulah kalau mamanya dibesarkan di sekitar hulu. Terlampau banyak tempat mandi sungai sampai tak terpergi pun. Bila dah pindah jauh ni baru jadi teringat-ingat.. 🤭🤣

Alhamdulillah.. Ni lah hasil rakaman video mama untuk AufaAdibAura ❤️

Friday, July 22, 2022

Anakanda SnA: AufaAdibAura Naik Cable Car di Genting Highlands

Alhamdulillah.. Tempatnya belakang rumah family mama je dah boleh nampak tapi ini lah kali kedua Aufa & kali pertama untuk AdibAura sampai.

Hari ni papamama diizinkan Allah untuk bawa AufaAdibAura dapatkan pengalaman baharu, iaitu naik cable car di Genting Highlands. Sambil tu dapatlah merasa angin dingin sat. Nak pergi Cameron Highlands macam malas, kita pergi yang dekat dengan kampung mama jela ye.

Mama makin seronok pulak buat video post di YouTube, sebabnya AufaAdibAura suka ulang-ulang tengok di TV. Jadi bagus juga. Dapat diorang ingat sampai besar.. 🤭🤣 Cepatlah besarrrrr.. Mama nak main taman tema ni. Hahahahahahahaaa

Jemput menonton video hari ni

Saturday, July 02, 2022

Kenduri Jannah & Luqman di Gerik

Alhamdulillah.. Berjodoh juga hari ni kami sekeluarga meraikan pengantin baharu. Sepatutnya nak bersama masa hari nikah & kenduri belah perempuan di Batang Kali minggu lepas, tapi takdir Allah tidak mengizinkan kami.

Jadi belah lelaki di Gerik hari ni kami datang juga walau datang tu dewan dah kosong. Papa AufaAdibAura habis sekolah ganti tadi petang terus pecut ke Gerik. Mujurlah dekat juga. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Tahniah buat satu-satunya roomate tersayang ni di UPSI dulu. Welcome to the club, Luqman & Jannah. Berkasih sayang & bercintalah hingga ke Syurga in shaa Allah aamiin..
😘❤️





Friday, June 17, 2022

Selamat Hari Lahir Ayah yang ke-64

Alhamdulillah.. Selamat Hari Lahir buat Ayah mertua Mira yang paling best, paling kacak, paling baik hati, paling hebat dan sentiasa kuat. Terima kasih kerana sentiasa melayan Mira tak kurang tak lebih macam anak Ayah Mak sendiri. Mira tak pernah rasa asing walaupun Mira hanya seorang menantu yang penuh dengan kelemahan, malah sentiasa rasa rinduuuuuu nak jumpa Ayah Mak. Terima kasih untuk segalanya..

Ayah Mak sentiasa dalam doa kami sekeluarga 😘❤️