Friday, February 17, 2023

Anakanda SnA: AufaAdibAura ke Tanah Suci

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah..

10 Februari tiba di Malaysia

12 Februari pulang ke Kedah

13 Februari kehilangan seorang lagi insan bermakna dalam hidup

16 Februari kehilangan salah seorang mak saudara kesayangan kami (belah suami)

Jadi hari ni selepas seminggu yang penuh dengan sakit sedih perit pilu, dapat juga simpan video kenangan kami sekeluarga di Tanah Suci.

Sepanjang di sana, boleh dikatakan hari-hari arwah Abang Ijun akan bertanya khabar.. Minta gambar-gambar di sana untuk mengubat rindunya pada Tanah Suci Mekah Madinah. Sedih juga Abang Ijun tak sempat tengok video-video yang banyak Mira rakam ni. Abang Ijun antara yang paling support bab video di YouTube. Tiada lagi yang akan sembang-sembang pasal video YouTube dengan Mira. Tiada lagi yang akan puji melambung hasil video-video tak seberapa yang Mira buat. Allahhuakbar... Syurga buatmu, Abang Ijun in shaa Allah aamiin ♥️

Jemput menonton semua video kenangan AufaAdibAura di Tanah Suci 

Al-fatihah buat Mohd Izzul Imran bin Mohd Johari ♥️

Monday, February 13, 2023

Abang Ijun Pergi Selamanya..

MOHD IZZUL IMRAN BIN MOHD JOHARI

ISNIN
13 FEBRUARI 2023
22 REJAB 1444H

AL-FATIHAH..