Wednesday, September 23, 2020

Anakanda SnA: Temujanji Speech Delay Aufa 2.0

Alhamdulillah.. First appointment & discharged juga di Klinik Pakar Pertuturan. Lepasni dah tak perlu datang dah hospital. Doktor kata Nurul Aufa sangat bijak. IQ tinggi sebab ada salah 1 aktiviti, Aufa dapat main dengan sangat baik walaupun belum diajar cara main. Masalah bahagian pergerakan lidah pun tiada. Alhamdulillah.. Nak menangis je mama sepanjang balik tadi. Punyalah risau taktahu nak kata sebelum ni.. Setiap kali tengok Aufa, mesti mama kesian & risau. Sekarang segalanya dah terlerai..

Doktor cuma pesan, kanak-kanak perlu banyak ransangan dalam semua aspek. Baik dari segi motor kasar & halus, pergaulan rakan sebaya juga sangat penting. Bercakap dengan kanak-kanak seumur Aufa perlu penuh dengan drama. Jangan bercakap macam dengan orang dewasa kerana akan menimbulkan kebosanan. Sorry lah Aufa.. Mama tak pandai berlakon.

Doktor juga kata, biar anak-anak belajar lebih dari 1 bahasa. Jika berlaku kecederaan di bahagian otak, anak-anak yang ada lebih dari 1 bahasa ini akan lebih cepat sembuh dari anak-anak yang hanya tahu 1 bahasa. In shaa Allah..


Saturday, August 01, 2020

Anakanda SnA: Pengalaman mama bersama Muhammad Atif selama 5minggu ❤️ (kandungan luar rahim)

Alhamdulillah.. Seperti dalam perancangan untuk anak ketiga, Allah makbulkan doa mamapapa. Dijangka due akan sama bulan dengan kakak Aufa dan abang Adib. Bulan Mac 2021.

Tapi sejak dari awal mama dapat tahu pregnant, memang ada rasa tak sedap hati. Taktahu kenapa.. Mungkin naluri seorang ibu dah rasa masa tu. Jauh sekali mama mendoakan yang tak baik untuk anak mama. Cuma perasaan tu memang ada pelik dan risau..

Sabtu 25.7.2020 di Kelantan, Papa bawa pergi scan di klinik swasta. Memang tak nampak, dinding rahim menebal memang confirm pregnant kata doktor. Cuma yang merisaukan ada 1 ketulan air/darah yang doktor sendiri tak dapat nak sahkan. [refer gambar scan pertama] 

Doktor minta ambil darah untuk check beta hcg dalam badan. Hormon mengandung jika normal di dalam rahim, akan naik 2 kali ganda selepas 48 jam dari keputusan hari pertama. Dan sebaliknya.. Jadi mama perlu datang semula hari Isnin.

Hari Isnin mama datang semula. Result yang hari pertama memang pregnant. Cuma nak tengok naik double atau tak. Ambil darah lagi.. 

Esoknya, doktor bagitau result.. Hormon hcg mama tak naik double seperti yang sepatutnya. But doktor kata tak perlu risau maybe dalam 70% baby dalam rahim, 30% baby di luar rahim. Doktor kalau dapat taknak bagi mama balik Selangor takut jadi apa-apa dalam perjalanan. Tapi kena balik juga untuk appointment kakak Aufa yang dah tangguh banyak kali sebab pkp. Alhamdulillah sepanjang perjalanan mama baik-baik sahaja.

Mama pun selamat bawa kakak Aufa appointment hari Khamis 30.7.2020. Alhamdulillah keputusan kakak Aufa tak ada masalah. Mama lega.. Mama pun masih ok tak sakit, tak bleeding.

Bermulanya kisah mama sakit, semalam 31.7.2020, dari pagi mama rasa sakit. Tapi boleh tahan. Tak bleeding apa lagi.. Lepas beraya di rumah ayahlang maklang, mama cuci rumah tok ayah seperti biasa. Tugas mama sebulan sekali akan kemas rumah tok ayah. Kali ni papa tolong bahagian luar. Mama settle dalam. Sakit memang masih sakit..

Sampai settle semua, mama tertidur sambil papa urut belakang pinggang mama sikit... Terjaga bila rasa macam basah. Masuk tandas, tengok dah bleeding fresh blood. Mama tak senang duduk. Masa tu dalam jam 3.30 petang. Mama tanya papa kalau ada kawan boleh bawa pergi hospital, izinkan tak? Papa izinkan. Papa jaga AufaAdib di rumah. Raudhatul Jannah sudi tolong bawa mama. Terima kasih sahabat ❤️

Sampai hospital jam 5 petang. Check di kecemasan, biasalah masih tak nampak kalau scan dari perut. Terus refer ke pakar. Masa menunggu tu paling seksa mama pernah rasa. Dari sakit yang boleh tahan, sampailah mama sakit berpeluh walaupun dalam aircond. Mama dah mengerang sakit... Masih tak dipanggil nama. Mama terpaksa naik wheelchair sebab dah tak mampu nak gerak atau berjalan. Lagi sakittttttt dari contraction mama nak bersalinkan AufaAdib. Mama memang dah bersedia mental.. Dah redha... Jika ni takdirnya, mama terima sayang..

Jam 8 malam baru mama di panggil ke pakar tingkat 11. Tunggu punya tunggu... Sakit makin kuattt.... Tapi doktor pakar ada kes kecemasan di ICU. Lebih kurang jam 10 malam baru doktor pakar sampai dan check. Bila masuk kamera dari bawah, jelas anak mama di tiub ovari belah kanan. Tepat memang belah kanan yang mama sakit sangat. Doktor terus suruh siap sedia masuk dewan bedah.

Mama dipakaikan baju dan topi bedah. Buka segala barang kemas. Dan mama minta Jannah balik memandangkan dah lewat sangat. Mama perlu operation dan kena tahan wad.

Jam 1 pagi mama ditolak ke dewan bedah. Setengah jam diterangkan SOP pembedahan. Mama akan ditebuk 3 lubang di perut. Kiri kanan dan di pusat. Mama masuk dewan bedah. Di beri oksigen, dan termasuk ubat tidur. Ditangan pulak cucuk ubat bius full badan. Entah bila masa mama terus hilang..

Bangun-bangun mama dikejut, mama meronta, rupanya mama mimpi abang Adib nak jatuh. Mama nak sambut. Habis riuh 1 dewan bedah nak kejut sedarkan mama. Sebab mama berkeras nak bangun turun katil. Semua pegang kaki tangan mama. Bila dah tenang, doktor gelak.. Kenapa mama... Mama pun cakap mama ingat mimpi.. Hahahaa tergelak semua doktor. Buat suspen je..

Mama ditolak ke icu lebih kurang setengah jam untuk tengok kondisi mama. Tekak perit dan suara masih tak keluar. Doktor kata mama dipakaikan oksigen mulut yang cucuk di tekak. Tengok jam masa tu 4.10 pagi. Lama juga mama di dalam..

Lepas mama stabil, terus masuk wad. Doktor kata baby mama di saluran tiub belah kanan. Dah bocor sebab anak mama dah 5minggu besarnya. Baby masih hidup...... 😢 Terpaksa keluarkan dan potong tiub kanan terus. Lebih kurang 300ml darah dan darah beku ada di luar rahim sebab bocor tu. Alhamdulillah.. Doktor kata elok sebelum dah pecah lagi bertambah teruk. Boleh kehilangan darah yang banyak dan effect pada rahim. Tapi dalam kes mama tak perlu tambah darah. Dan rahim mama tak terganggu langsung.. Alhamdulillah... Syukur ya Allah.. ❤️

Terima kasih semua yang mendoakan.. Terima kasih tak terhingga. Mama redha sayang.. Sekarang mamapapa ada dua orang permata hati tunggu di Syurga. Dan dua orang permata hati di dunia untuk mamapapa menumpang kasih.. Bermainlah kamu dua beradik dekat sana, tunggu mamapapa ye..

Al-Fatihah buat anakanda mamapapa, 
Muhammad Adam bin Syafiq Atsari (1 Februari 2016, 6 minggu)
Muhammad Atif bin Syafiq Atsari (1 Ogos 2020, 5 minggu)

#anakandaSnA

Monday, January 06, 2020

Alkisah SnA: Honeymoon 4.0 & Birthday Vacation

assalammualaikum.. 

alhamdulillah.. terima kasih suami bawa jalan-jalan semperna birthday hehehee.. semoga dimurahkan lagi rezeki. so taknak sembang panjang.. tempat-tempat ni mira listkan buat sesiapa yang sama blur macam kami nak ke Cameron Highlands. mira pernah pergi dulu tapi masa zaman kecik la. memang tak ingat apa.. 

so nak pergi kali ni study habis la sebab taknak blur dekat atas sana. dan standby tanya kawan. then masuk group fb bagai hahahaha.. alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. selamat mencuci mata ❤️

Sabtu 4.1.2020 - 4pagi

naik ikut Tapah
kutip strawberry - Abang Strawberry (TR) 
ladang teh - BOH Tea Sungai Palas (B) 
kaktus - Cactus Valley (B) 
makan ringan - KHM Taman Sedia (TR)
hotel - Hotel Double Star (B)

Ahad 5.1.2020 - 7pagi

sarapan - Hotel Double Star (B) 
pasar - Pasar KEA Farm (B)
sayur murah - cafe lorong (B)  
kek paktam - depan petronas (B)
turun ikut Tapah

yang tak dapat pergi sebab Adib tak berapa sihat hahahaa in shaa Allah next time memang nak pergi. 

pasar - Pasar Malam Golden Hills (B) 
steamboat - Cafe Sinar Hijaz (B) 


















Happy 24th Birthday, Kekuatan Puteri!

Assalammualaikum..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. 24 tahun dah Allah pinjamkan nyawa dan segala nikmat. tahun ni jugak bersyukur sangat Allah hadiahkan lagi seorang permata hati mama, Muhammad Adib. 

entahlah...

sejak ibu pergi. bagai separuh semangat ikut pergi. kadang-kadang rasa diri ni seorang yang hipokrit. dalam hati sedih tapi sedaya upaya untuk nampak relax.

ibu... 

rindu ni taktahu sampai bila akan menebal macamni. rindu tak dapat berjumpa.. tatap muka ibu.. rindu nak bersembang.. nak meluah.. nak gelak sama-sama.. rindu... 

terima kasih, ibu.... 

terima kasih untuk segala pengorbanan ibu untuk mira happy dan bahagia... tapi sungguh.. kehilangan ibu merapuhkan sebahagian kegembiraan tu. entahlah sampai bila...

Al-Fatihah..