Wednesday, October 11, 2017

Seminggu Tanpa Mu..

Ibu dan mira..
(15.05.1960 - 04.10.2017)

mira: takpelah ibu.. mira cuba pantang sendiri. ibu ajar dari jauh pun takpe..
ibu: ehhhh mana boleh... ibu ada ni biar ibu jaga sampai habis. nanti akan datang baru sendiri.
(rupanya ni lah pantang yang pertama dan terakhir bersama ibu)

ibu: ibu taktahu la.. ini bahagian mira. 3cm pun tak sakit apa. macam ibu nak bersalinkan mira, orang lain doa kurangkan sakit, tapi ibu doa cepatlah sakit sebab taknak induce. macam mira ni la..

mira: elehhh kata taknak buat kuih raya.. tengok tengok mira balik ni dah 3 jenis kuih dah ibu buat.
ibu: haaa yelaa.. mira semangat ibu pun semangat nak buat. hihihi
(mira yang dah hilang semangat sekarang ni ibu)

ibu: raya tahun ni aufa.. tahun depan aufi.. lepastu aufu, aufo..
mira: hahahahaa yolahhh..

ibu: nanti papa dapat pindah, tok ibu tok ayah mai ye..
mira: mai mana?
ibu: mai sarawak la.. bawak aufa balik sini. hihihiii

ibu: bestnya kalau aufa dapat pindah mrsm kkb. pagi je tok ibu p rumah aufa.. tok ayah cycling leeee ke rumah aufa..
mira: tu la.. dekat je hehehe.. hujung minggu boleh balik rumah tok ibu tok ayah.

mira: ibu tengah buat apa tuuuu?
ibu: tengah duk gulung kulit popia. nak buat popia nestum untuk aufa boleh makan nanti.
mira: hahahaa mama makankan la baru salurkan ke aufa.
ibu: yelaaa untuk mama aufa la ni.. hihihii
(sampai rumah ada sebalang popia nestum di kabinet dapur)

ibu: ibu tengah buat clear and sale tupperware ni. kawan kawan ibu mai beli banyak. ibu bagi harga gitu gitu je hehehe..
mira: hahaha dah kenapa tiba tiba?
ibu: nak clearkan rumah ni. nanti mak ayah syafiq datang mira konvo nanti boleh tidur sini.
mira: taktahu lagi datang ke tak..
ibu: takpelah.. lagipun ramai dah tanya bila nak buat homestay rumah ni..
mira: yang pink pink simpan ke mira tau ibu. nanti papa aufa bayo hehehee
ibu: aah ada dah asingkan untuk mira and kak farah. yang set oren semua ibu simpan ke abg ijan kawin nanti. complete ibu siapkan.
mira: hahahaa amboiii..
ibu: ada dua bekas pink ni ibu nak bagi ke mira and kak farah.. sebab dua dua suka pink kan. ambik sorang satu.
mira: yeyyyyy..
(sampai sekarang mira tak jumpa tupperware tu ibu)

ibu: nanti mai ajak mak ayah bergambar studio sekali masa mira konvo ok..
mira: haaa in shaa Allah.. sebab mak ayah baru je turun kl adik konvo.
ibu: takpe... ajak jela ye.. boleh bergambar sekali.

ibu: nanti mama papa p la konvo dulu, papa boleh masuk dewan rakamkan video mama naik stage. tok ibu tok ayah jaga aufa dulu di rumah nanti dah nak habis majlis baru tok ibu tok ayah datang.
(mira tak ada hati nak konvo dah ibu..)

mira: ibu kalau travel, aufa makan macamna ye?
ibu: beli biskut yang boleh jadi bubur tu. senang dia boleh hisap hisap je.
mira: maksud mira nanti balik ulu yam ke kelantan ke?
ibu: bubur lah.. takpe ambik je blander ibu dekat rumah, banyak ni.
(sampai rumah tengok ibu dah keluarkan semua blander ada di dapur)

mira: eeee tak sabarnya nak balik konvo ni.. lama tak jumpa ibu ayah..
ibu: ibu tak sabar nak gomol aufa.. hahahahaa
mira: k fineeeee..
ibu: hihihihiii

ibu: haaaa ibu ada beli ikan pari murah dekat sandakan haritu.
mira: ibu nak buat apa?
ibu: nak masak asam pedas ikan pari untuk mira la..
mira: yeyyyy..

ibu: aufa.. tok ibu bawak balik seluar kak aisya and kak airin untuk aufa. ada besar ada kecik.
mira: alhamdulillah.. lega papa hahahahaa

mira: ibu tengah buat apa tuuu?
ibu: ibu baru lepas p siram pokok dekat kebun. ibu ayah baru tanam benih rambutan. untuk aufa dan sepupu sepupu..
mira: wahhhh in shaa Allah untuk tok ibu dan tok ayah jugak..

[04.10.2017, biasanya setiap pagi waktu macamni ibu akan whatsapp tanya aufa buat apa, tapi haritu ibu tak whatsapp apa pun.. mira whatsapp dulu]

mira: ibu dekat mana tuuu?
ibu: di rumah. ibu tak jadi naik ets, pakjang makjang nak hantar makcik, ibu balik dengan depa.
mira: burn la tiket?
ibu: hihihii burn lah rm 29.
mira: ibu yang nak ke depa yang pelawa?
ibu: makjang yang pelawa, ibu ok je..
mira: mira bukan kata ini selamat itu tak selamat. mira doakan semuanya selamat..
ibu: in shaa Allah.. aamiin..
(masa ni memang naluri seorang anak terdetik tidak sedap hati tapi hanya mampu doa ibu dan yang lain selamat sampai)

ibu: ibu dah dalam kereta dengan makjang pakjang ye..
mira: moga selamat sampai ye ibu..
ibu: aamiin.. [jam 3.15 petang]
(mesej terakhir dan mira orang terakhir yang ibu whatsapp)

jam 05.48 petang,
ibu tinggalkan dengan gurau senda, gelak tawa dan pengubat segala duka di hati mira, ibu sentiasa ada. ibu tahu segala rahsia mira. ibu tahu segala perit yang mira rasa. ibu tahu segala sakit yang mira alami. ibu sentiasa ada bersama mira tak kira dekat atau jauh. ibu selalu ada. ibu lah bidadari syurga mira..

mira beruntung, ibu selalu kata mira macam ibu. rambut sama pesen sama lebat. badan sama tinggi sama besar, mata jangan kata memang menurun dari ibu. size baju size seluar kasut semua sama. kita boleh tukar tukar baju kasut tudung semua la..

selalunya waktu gini ibu akan whatsapp tanya “aufa buat apa tuu”, mira terasa amat sunyi. dulu tak kisah dah syafiq sibuk siang malam tiada di rumah untuk tugasan sekolah, sebab ibu akan whatsapp mira teman sampai syafiq balik rumah walau selewat mana. kini tiada lagi... Allah sayangkan ibu.. 11 hari lagi mira, syafiq dan aufa balik lagi nanti kita dating ye...

mira rindu ibu sangat....

Thursday, October 05, 2017

Kau Pergi Selamanya..

HAJAH LATIFAH BINTI ABDULLAH

RABU
04 OKTOBER 2017
14 MUHARAM 1439H
05:48 PM

AL-FATIHAH..

Sunday, July 02, 2017

Anakanda SnA: Tindik Subang Baby

alhamdulillah.. lega hati mama tengok kamu dah bertindik. hahahahaa mudah mudahan lepas ni takada yang tanya lagi, "boy ke girl?" dah pakai baju pink pun masih tanya.. pakai baju hello kitty pun orang tanya.. ni kalau bertindik orang tanya jugak, mama give up la gini hahahahaa.. satu cara lagi tunggu rambut kamu panjang jela mama ikat toncet ok. hehehee alaaaa lek je aufa.. mama dulu pun masa baby, papa tengok gambar kata macam boy jugak... huhuhuuu memang muka boy la kalau dah ramai kata muka aufa ikut muka papa... makin besar makin ramai pulak kata gitu... takpe... nasib mata masih mata mama hehehehehee... 

berbalik pasal tindik, memang mama tawakal je selepas tanya doktor klinik ok ke tindik bawah 6 bulan, doktor kata takde masalah. orang dulu pun baby girl tindik lepas habis pantang oleh bidan kampung kan. so in shaa Allah mudah mudahan takde apa ok... aufa baru masuk 3 bulan.. takpe in shaa Allah.. baby mama kuat kan.. tindik awal bagi aku sebab senang jaga kot. pastikan tempat tindik tu sentiasa kering.. lepas mandi tu tekapkan dengan towel kejap.. then masa dia tidur, buh minyak mastika hujau tu sikit.. selalu kan pusing pusingkan subang tu supaya tak la terlekat ke apa kan.. sebab kalau dah besar takut rimas ke apa kan.. ramai tanya aufa menangis ke tak. menangis terkejut je. lepas tu ok balik sengeh sengeh hehehee.. buat ibu ibu yang nak tindik jugak, pastikan cari kedai emas yang tindik dua telinga sekali gus. kalau tembak sebelah sebelah, alamat dia takmau la lagi sebelah tu.. hehehe then papa beli subang aufa.... idok tahu la bilanya boleh pakai.. hahaha ok la.. sambung layan aufa.. tataaaaaa



Wednesday, June 28, 2017

Raya Aidilfitri Pertama Bersama

alhamdulillah syukur.. tahun ni turn belah siapa agak agak? hahahaa opkos la belah beta.. hehehee syafiq ambik dua hari awal cuti then jumaat mrsm dia memang dah cuti dari awal lagi.. so gerak la kami dari betong lepas keje hari selasa tu.. flight malam.. alhamdulillah.. aufa just terjaga masa nak turun tu sebab masa naik dia tidur kan.. alhamdulillah sampai je kl terus ke putrajaya tidur dekat rumah abang ipar.

esoknya lepas subuh terus gerak balik uluyam. hahahaa sampai sampai rumah ibu tengah buat kuih. cait! hahahahaa ye yeeee je taknak buat kuih tahun ni.. puas aku memujuk kata nak buat kuih jugak. tengok tengok dah tiga jenis. then esoknya aku buat lagi tiga jenis.. tambah kuih kuih yang lain beli bawak balik, penuh atas kabinet dapur tu.

tema tahun ni warna hijo hahahaa memang tak penah ada baju warna hijo, so aku terima cadangan syafiq tanpa berbalah.. baju asyik pink je kan hahahaaa.. aufa punya baju opkos tok ibu yang buat.. aku punya still cik ika yang buat and syafiq punya tempah butik dekat batang kali. so far memang situ yang berbaloi. dengan kemas and murah. so berayalah kami di ulu yam Ahad tu.. 

selasa bersamaan raya ketiga pulak kami fly ke kelantan pulak. hahahaa nasibbbbb aufa ok juga cuma dia buang hajat betul betul masa take off. ingat ok la.. alamak!!! lambat pulak nak keluar dari kabin. mengamuk teruk la aufa dalam kabin kegelian punggung. hahahahahaa pakat semua tengok.. saboooo jela.. habis je cuci terus tidur dalam kereta elok je atas riba omma.. ok fine aufaaaa hahahaa suka sangat pemeskan muka mama ni.. hahahaa ok selamat hari raya semuaaa..

Sunday, January 01, 2017

Dua Kosong Satu Enam

tahun selesaikan pengajian. sediakala sebagai anak dan pelajar ditambah pula sebagai isteri. belajar, mengajar dan diajar. habis musim kuliah, sambung musim praktikal. cuti jangan kira. jalankan pula tugas surirumah tangga.

kuliah memang tak pernah ada masalah. praktikal pula menjadi pengajaran. hospital dan klinik bagai rumah kedua. demi permata hati ayahanda bonda yang semakin hari semakin membesar. mama tak sendirian, ada tok ayah dan tok ibu bersama serta oppa dan omma yang sentiasa bertanya khabar turut risau.


kekasih hati yang jauh tapi sentiasa usaha untuk ada disisi. penat, mengantuk, dihabiskan di atas jalan dan awan. tak kira cerah dan gelap. setiap bulan pasti terbang, habis cuti dipohon, sebab mama. dialah papa kamu, nak.


tahun honeymoon. berkenalan, berkasih. videocall dan facetime tempat kita dating setiap malam. itu pun kalau line tak cemburu dengan kita. menangis melalak belakang cerita. asam garam gula cuka penambah perisa rumahtangga tingkat 4.

Alhamdulillah.. hadirnya mereka, pengukuh diri. syukur pada Ilahi tahun ini dapat diharungi dengan kental. moga tahun Dua Kosong Satu Tujuh, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..