Wednesday, September 23, 2020

Anakanda SnA: Temujanji Speech Delay Aufa 2.0

Alhamdulillah.. First appointment & discharged juga di Klinik Pakar Pertuturan. Lepasni dah tak perlu datang dah hospital. Doktor kata Nurul Aufa sangat bijak. IQ tinggi sebab ada salah 1 aktiviti, Aufa dapat main dengan sangat baik walaupun belum diajar cara main. Masalah bahagian pergerakan lidah pun tiada. Alhamdulillah.. Nak menangis je mama sepanjang balik tadi. Punyalah risau taktahu nak kata sebelum ni.. Setiap kali tengok Aufa, mesti mama kesian & risau. Sekarang segalanya dah terlerai..

Doktor cuma pesan, kanak-kanak perlu banyak ransangan dalam semua aspek. Baik dari segi motor kasar & halus, pergaulan rakan sebaya juga sangat penting. Bercakap dengan kanak-kanak seumur Aufa perlu penuh dengan drama. Jangan bercakap macam dengan orang dewasa kerana akan menimbulkan kebosanan. Sorry lah Aufa.. Mama tak pandai berlakon.

Doktor juga kata, biar anak-anak belajar lebih dari 1 bahasa. Jika berlaku kecederaan di bahagian otak, anak-anak yang ada lebih dari 1 bahasa ini akan lebih cepat sembuh dari anak-anak yang hanya tahu 1 bahasa. In shaa Allah..