Sunday, September 30, 2012

Exam Time!

salam semua. ok harini last aku online. Insyaallah akan aku tahan nafsu aku ni online selama 2minggu exam akhir tahun ni. harap sangat boleh kawal nafsu. and harap sangat dapat keputusan yang baik. tak minta dapat keputusan cemerlang, dapat yang baik pun bersyukur sangat sangat.. Amin. kepada kepada mereka yang ada hal apa apa, sila contact melalui phone je ok. nak bagi soalan bocor ke kan.. mana la tahu. HAHA! and wish luck for you all too! dont forget to study. forget about Facebook and Twitter just a few days, watlek je.. ok.. apa apa pun, All The Best!

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pendidikan Islam
Matematik
Matematik Tambahan
Biologi
Kimia
Fizik
ICT

Thursday, September 13, 2012

Inilah Kehidupan..

kehidupan. ya kehidupan! penuh dengan suka dan duka. makin banyak pengalaman, makin banyak jugak la perubahan yang akan berlaku pada diri kita. sedikit demi sedikit. sama ada dari segi kebaikan atau keburukan. itu semua penting. sehinggalah kita menjadi seorang yang matang membuat haluan sendiri dewasa kelak. tetapi terpulang pada tahap kematangan kita, halatuju yang mana kita patut ikut? takada siapa yang ingin ikut halatuju yang buruk. tetapi tanpa kita sedari, kita jugak akan terjebak dengan halatuju buruk itu. 

bukan mudah untuk menjadi seorang yang matang. segala yang kita hadapi, bukan sia-sia. Allah turunkan pelbagai ujian untuk kita bukan tanpa alasan. semua itu telah tertulis di atas sana. cuma kita sebagai hambaNya hanya ikut sahaja Qada' dan Qadar. bukan kita yang menentukan semua itu, kita hanyalah merancang. Allah telah kurniakan sebaik-baik manusia dengan sifat yang sempurna dan akal yang sihat. dengan akal itu lah kita gunakan untuk berfikir dengan rasional. Allah itu Maha Adil.

sebagai seorang hambaNya, air mata ini dah menjadi salah satu asam garam dalam kehidupan. bukan semuanya indah seperti zaman kanak-kanak kita dulu. itu semua dah menjadi mimpi buat kita. takkan dapat kita berpatah balik. apa yang kita perlu buat, sentiasa ikut jalan yang benar. selagi ada akal, di situ jugak kita hambaNya yang kuat! kita mampu berfikir sebaik-baiknya. jangan disebabkan hanya inginkan keseronokkan, kita alpa tentang semua ini.. jangan biarkan syaitan yang direjam mampu menghasut kita menjadi salah seorang daripada mereka.

hidup akan bermakna jika hati kita sentiasa tenang. tetapi, hati siapa yang sentiasa tenang..? sedangkan Rasulullah sendiri mengalirkan air mata dengan sifat segelintir hamba Allah yang berlaku keji terhadap Baginda. apatah lagi kita umatnya yang lemah. tak semulia Baginda, tak sekuat Baginda, tak sesuci Baginda. kita hamba Allah yang lemah. dan segelintir daripada kita lupa tentang Cinta dan Rindu terhadap Rasulullah yang sentiasa Rindukan umatnya.. sedihnya hati Baginda.....

Sunday, September 09, 2012

Persahabatan itu INDAH

selamat pagi eh eh selamat subuh! hahaaaa now pukul 4.50am. kenapa tak tidur? actually bukan tak tidur, tapi terjaga. aku tidur dari pukul 9pm tadi. terjaga pukul 3am. memang akan terjaga masa masa macamni. tak seram k! cuma pagi pagi ni la kita akan terfikir semua yang berlaku semalam. apa aku buat.. apa aku nampak.. apa aku rasa.. dan apa aku fikir.. entah kenapa aku tibatiba rindu gang aku dekat Selangor dan sampaikan aku stalk dorang punya Twitter. HAHA! tak lawak mana la kan.. mesti la sentiasa ingat. kita kan jauh sekarang.. hmm.. aku akan cerita satu persatu tentang dorang yang paling aku rapat dekat Selangor selama 3tahun lepas..

Sekiyma --> Suhaili Mustafa


dia! k dia! dia ialah budak paling ketod dalam gang kami. dia ada pau! pau? yang dekat pipi tu. but now dah hilang since puasa haritu. comel? ofcoz! manja? sangat! dan tersangat! bila kami berjalan sama sama, tangan dia akan peluk tangan aku dan kadang kadang aku peluk bahu dia. almaklum la dia ni ketod. kadang kalau makan, dia minta aku suap dia. tak kira la makan apa pun.. yang paling selalu dia minta, roti cheese yang jual kat kantin sekolah la.. HAHA! yang RM 1.20 tu. ingat kan? then dia ni suka tidur dalam kelas. k tak la selalu. tapi boleh perasan jugak la.. bila aku dah start mengantuk, aku alih pandangan dari cikgu ke tempat dia, muka dia dah tutup dengan buku, kepala dah lentok ke tepi. nampak kan permainan dia? HAHA! dia ni kadang kadang suka pendam, kadang kadang suka lepas main lepas je tak kira dekat mana dan bila. bila dia jujur tu, dengan muka toya minta penamparnya.. semua orang tengah marah masa tu akan urut dada la gamaknya. tahan! kalau tak si ketod ni dah makan penyepak rasanya. kami kenal dari darjah1. sekolah rendah agama dulu sama sama. satu kelas. tapi dia lagi rapat dengan Huda. sebab aku ni budak sekolah cina. datang dah la lambat, datang datang terus rehat. heyhey! saya ada tution dekat sekolah la. bukan sengaja datang lambat. dan dia ni pernah jujur dengan aku dia nak sangat kawan dengan aku dulu. HAHA! dia kata aku ni tak layan dia la.. padahal dia yang tak layan aku. pehh! then dia kata dia main kejar kejar dengan aku la. ikut je mana aku pegi. heyhey! now saya yang kejar awak taw! awak sedar? tak kan.. semua benda saya nak tahu pasal awak taw. 

sEkiyma --> Affifah Zaini


ok epah for the shortname. epah ni kecik badan dia. dan dia tinggi sikit dari Sue. dia ni cantik. mata bolat! bulu mata lentik! saya adore dengan bulu mata tu. rasa nak culik and tarik bulu mata tu. tapi saya sayang dia. takkan la saya nak buat benda semanja tu pulak. manja la sangat.. HAHA! epah ni garang. aku takut. lagi lagi bila dia tengah marah and serious. satu gang kami takut. dia ni kecik kecik cili padi. kecik tapi berapi! pandai gile.. target aku masa form1 sampai form3 nak kalahkan dia je. sampai PMR, aku kalah 1A dengan dia. dia 7A. aku 6A. oke ar tu kan dari sebelum sebelum. jauh gila dia tinggal. dapat nombor dalam kelas selalu 3, 4, 5, 6, 7. aku? takyah tanya la.. tapi tak lebih 20 la k.  HAHA! dia ni pandai sains dulu. asal sains je jeling jeling dia tengok jawapan dalam buku dia. bila cikgu tanya je mesti tendang kaki dia suruh bagi jawapan. dia ni tak pandai nak menipu or dalam kata yang lain kelentong. asal nak kelentong je mesti dia tergelak tibatiba! nampak kan permainan dia. HAHA! dia ni rajin. sangat rajin. dan dia role model aku dalam diam dulu.. semua kerja dia buat. aku? kalau dia buat, aku buat. kadang dia ignore la kerja sekolah yang tergantung, kadang k! aku ikut jugak tergantung. dia suka tolong mak dia. and aku kenal dia dari darjah1 jugak. macam sue. tapi dia ada gang lain dan kelas lain. aku tengok dia ni bapak ar sombong! sekali form1 terus kamcing! satu gang! gempak kan?

seKiyma --> Khalida Aziz


dia ni. dia ni rock! bukan minat rock tu. dia ni kasar! bila ajak gaduh, dengan dia paling best! yang lain lembut. dia ni bising. bukan bising apa, bila kami dah penat bercakap, dia akan terus bercakap. lagi lagi kalau dia malu. dia akan bising je.. dan kami gang la tukang sabarkan dia. comel kan? HAHA! dia ni pantang orang cari gaduh, pasti terus bangun and tanya "kau pahal..?" ganas kan? dia suka gaduh dengan budak laki kelas kami. dia ni jiwang? NO! dia tak suka jiwang jiwang. dia geli. dia pernah bercinta? ofcoz pernah! tapi dia still tak bersedia secukupnya. dia ni kuat simpan rahsia. susah nak suruh dia bongkar rahsia. tapi senang kita nak tahu dia tengah simpan rahsia. macam tibatiba dia gelabah tak tenang, haaa.. ada la tu rahsia negara orang dia simpan! HAHA! dia ni tinggi. rendah sikit je dari aku. tapi dia pandai pakai heels. dia menang la kiranya kalau dia guna benda alah tu. aku? heels yang setengah inci pun aku kekok. ni kan pulak heels tinggi yang selalu dia pakai. lama lama jatuh masuk longkang. masa form3, kami rumah tangga! best gila dok dengan dia. bila dua mulut paling bising dalam kelas bergabung, tak heran la kelas kami di label kelas paling bising. HAHA! dulu aku susah sikit nak kamcing dengan dia, tapi since kami duduk bersama, berkongsi suka dan duka.. tak boleh belah ayat! hmm sebenarnya dia ni ganas luar je, dalam hati ada taman. sweet right? dia ni suka makan pedas pedas. dia suka letak cili banyak banyak dalam bihun sup yang acik kantin buat. dengar kata acik kantin dah tukar, so dah tak sesedap yang dulu. eh eh.. now dia dah masuk teknik la. dekat Perak. 


sekIyma --> Iliya Anuar


dia! dia ni keras! cam batu. degil nak mampos! HAHA!  tu cerita lama.. now dah ok dah. boleh makan nasihat dah. manja? boleh la.. selalu menangis? dulu? gila! paling susah nak keluar air mata! but since dia start bercinta, air mata tu asam garam dalam kehidupan dia. dah pandai berindu rinduan. berjiwang jiwangan. dulu? JANGAN HARAP! bila cerita pasal couple je, dia la orang pertama yang tukar topik. dia ni setia! bila dia dah sayang sorang ni, sorang ni jela jantung hati intan payung mangkuk sudu pe semua la. dia ni paling kuat gelak! kalau gelak tu, tak ingat dunia. hilang terus duka dan lara. terbang semua ilmu yang baru belajar. orang yang tengah nangis pun boleh stop and gelak kalau dia gelak. merajuk? paling kuat merajuk! tapi paling senang aku pujuk. sekali buat lawak, terus gelak and pukul tepi aku banyak kali. ala ala manja gitu! HAHA! dia ni suka makan. makan makan dan makan. tapi dia ni agak cerewet! sekali dia tak suka, sampai bila bila dia tak suka. dia ni tak suka orang paksa paksa dia, kalau orang paksa jugak, dia akan nangis! manja tani kacip fatimah kan! HAHA! dia ni susah nak marah. tapi dah marah, mesti ada merajuk sekali. tu yang tak suka tu. tapi dengan aku ok je kan, iliya? dia ni paling muda dalam gang! asal befday dia je, mesti dah cuti sekolah. tapi kami satu gang tak pernah nak lupa wish dia k. kami kan sweet! 

sekiYma --> Yushanani Yusup



dia ni.. dia ni dia ni dia ni.. manja! lembut! tak pandai nak gaduh! kalau nak gaduh je, tibatiba orang berbincang elok elok dengan gang yang cari gaduh, dia boleh tibatiba celah and kata.. "eh eh kau ni memang ar!" semua akan stop and tengok dia. pastu dia pun gelak la cara manja dia tu. heyhey budak comel ni! aku cubit pipi kau tu kang! HAHA!  dia ni ada bentuk muka macam kacang! lawa orangnya! sedap dipeluk bila tengah sedih! dia pernah cakap dengan aku dia nak kurus macam aku. kau sanggup ke orang panggil kau keding weh? sudah la.. badan kau dah ngam! kurus sikit je lagi. dengar kata kau aktif main futsal sekarang dekat tempat baru kau. ngam la tu! kau pun pernah cakap dengan aku.. "mira kau ni cantik! tapi badan kau tu.. kurus sangat! bila aku peluk kau je rasa macam peluk tiang je!" nampak kan permainan dia! HAHA!  kuang ajak! kuang ajak! lebih ar tu.. dia ni suka betulkan tudung dia. dah elok dah, tapi still lagi godeh tudung dia. pastu buat mata pandang atas and tiup tiup tu! dia la paling jaga keterampilan. itu penting untuk menambahkan keyakinan! dia kata la.. dia ni suka gelak. gelak pulak suka lambat dari orang lain. bila orang gelak, dia blur kejap. bila orang dah habis gelak, baru dia nak start! apa benda la kau ni yus. HAHA! dia ni manja jugak la. dan tak pandai nak korek rahsia. bila orang suruh korek, datang balik dekat kami, kami tanya apa yang dia dapat, dia kata lupa nak tanya. aduyai.. dia ni suka padam balik apa yang dia tulis. kalau guna pen tu, kami dah 3perenggan, dia baru satu ayat. mana taknya.. dok liquid je balik! dah liquid, pastu terus lap. benda tak kering lagi dah lap. haaa.. habis la satu tangan dia penuh dengan putih putih. sampaikan kami pernah sorok liquid dia. sekali menggelabah dia tak boleh buat kerja! esok tengok dah beli baru. hampeh...

sekiymA --> Hanim Karim


dia ni. dia ni putih. lawa. mata bolat. tapi bulu mata dia tu kami pelik. semua kebawah! macam unta. tett! HAHA! dia kalau sekali jumpa kami, kami dah boleh nampak dia lari 100meter tu! sambil menjerit pulak tu! tak ke tunduk muka kami semua. dia ni paling riuh sekampung kalau cerita benda baru. kabut tu yang lebih! benda kecik je. dia ni manja dengan mak dia. anak last kan. dia sorang je perempuan. dengan kami ganas! badan dia mantop! mampat! dan sewaktu dengannya.. bila kami pegang lengan dia, pehhh ketat! tak tahu la apa yang dia makan. dia ni pun lagi sorang yang kalau nangis je mesti tak tahan gelak kalau orang buat lawak. boleh pulak tengah feeling feeling nangis, dia boleh tibatiba gelak! potong stim betul. aku pang kang baru tahu.. dia ni paling suka panggil aku kaklong. maklum la bajet kecik kan! padahal lahir bulan1 jugak. HAHA! tak sedar diri tu dah tua.. kau sama je dengan aku! cuma lambat bape hari je.. dia ni aku boleh tahu, kalau dia ada something tak kena je.. kami buat lawak, dia akan gelak terpaksa. then muka dia ni lain sikit. ada la dia buat muka fake dia tu. then masa tu aku akan tahu dia ada something yang menganggu pale hotak dia. sebab dia ni susah nak dapat masalah. kepala dia tu free je. yang dia tahu, suka merayau masa belajar! nasib la kita tak sekelas, kalau tak aku gari kaki kau tu nim. HAHA!

Azmira Azmi


dia ni.. dia ni bukan se gang dengan kami atas nama. tapi gang kami paling rapat dengan dia. masa form1 tak sangat sebab dia dengan partner farah masa tu. then start form2, farah tu tukar kelas. and sekali dengan hanim. so tinggal kami berenam dan si asz ni. dia ni sekepala dengan kami kalau buat benda gila gila. paling best kalau bergosip! lagi lagi kalau tambah dengan iliya, bestie jantung hati intan periuk sudu garfu dia sekarang ni. riuh woi.. HAHA! sebelum aku pindah ni, kami bertiga agak rapat sangat! balik sekolah je terus gi rumah asz. buat apa? lepak ar apa lagi. sebab dekat dengan sekolah. datang rumah dia benda wajib ialah makan! macam biasa aku la jadi chef tak berbayar dorang tu. menu sentiasa sama. Nasi Goreng Bawang Ajaib. kenapa nama pelik macam tu? sebab kan.. nasi goreng kan ada potong bawak kecik kecik kan..? tapi bila aku masuk kan dalam kuali masa masak. masa makan mesti takada semua bawang tu. dorang berdua ni pelik benor la. aku je bajet tahu sebab dia.. padahal aku pun pelik. HAHA! dia ni kalau makan paling bising, dengan tangan laju masuk kan makanan dalam mulut, then teraburnya.. siapa marah? iliya la tukang marah dia. pastu dia pun cepat cepat bersih kan. dia ni cepat hafal lagu. dan cepat jugak hafal ayat hafazan or bahasa arab. tah apa yang dia makan. kami pun pelik. kalau lagu tu, sekejap je dia dapat hafal. sekali dua je dia dengar, besok aku dah dengar dia nyanyi lagu tu full dalam kelas. dia ni lawo. tapi dekat sekolah la tempat dia free! dia tak fikir tudung dia senget ke apa ke. kadang kadang bila suruh dia buat cara perempuan indon punya style tudung pun dia buat! HAHA! k sengal..

last, I Love You All So Much..