Wednesday, December 31, 2014

Pengalaman Menjadi Sukarelawan

salam semua. alhamdulillah.. perjalanan event hari ni berjalan dengan lancar. pagi pagi ambik kereta pahtu p asrama ambik bujang bujangan aku. hahahaa agak segan juga mula mula tapi disebabkan dah contact malam tu dengan semua dalam group whatsapp, so tak berapa senyap sangat. apa apa pun dorang semua alhamdulillah senang nak bincang. senang nak kerjasama semua. kami gerak dua kereta hari ni.. hehehee

 Limin pak supir. hahahaha dan Mirul co pilot.

kami lah tiga gigirl yang join event ni heheh

pagi tu kami gerak ke Giant Batu Caves then start lah proses membeli barang. memang mewah sangatlah... bayangkan kami diperuntukkan satu mall tu 5k. disebabkan barang barang murah, tak sampai pun 5k nya. alhamdulillah... terima kasih kepada makcik pakcik yang sanggup tunggu kami dan menyumbangkan kepada mangsa banjir melalui program ni. happy sangat bila lalui sendiri..


lepas tu kami ke Tesco Ampang. dekat sini kami shopping jugak.. habis je shopping.. sempat juga pekena ais krim sebab Ari belanja. thankyou Ari. hehehee lega sikit. pahtu dorang nampak Tako. aku pun pergh..nak sangat ar.. Ari and Mirul blur je... hahaha teringin katanya. so aku sumbanglah sikit. bertiga kami makan.. hahahahhaa yang lain semua dah dekat depan. ngek je dorang ni tau.. ajar aku bukan bukan.. hahahah kali ni laaagi ramai yang sumbang... semua kaum bantu mangsa. alhamdulillah...


pahtu kami ke Mydin Subang Jaya. ni kami banyak masa free. so aku, Ari, Mirul, Ool, and Hazrul merayap satu Mydin. Limin tidur dekat food court. sempat lagiii... hahahahahaa penat wehhhh ikut 4 bujang aku ni... semua tempat nak tengok. hahahaha aku ikut jela... pahtu abg bal panggil makan kfc.. hehehe.. makan lah kami.. patutlah suruh makan.. lepas makan kami p shopping balikkkk... hehehe pahtu proses kemas barang dalam lori. alhamdulillah...penuh mampat satu lori hasil titik peluh kami semua. lepastu 2 orang wakil kami 9 orang yang ikut ke Jerantut, Limin dan Zimal. alhamdulillah..... tahniah korang.

ok ni Limin yang tidur hahahahaha...

kiri tu abang driver lori.. hehehehe yang belakang sengeh macam apa tu Ari, dan dalam troli macam kanak kanak cerita tu Ool.

terima kasih gang The Volunteers. walaupun baru kenal korang.. tapi alhamdulillah..... kita semua terus jadi rapat. seharian spend sama sama. terima kasih hantar aku and dua lagi gigirl balik.. terima kasih bagi sokongan padu dalam event ni.. The Volunteers kami tubuhkan semperna event first kami ni. in shaa Allah moga kekal lah dapat stay together susah senang.. kami bertujuh. 5 lelaki dan 2 perempuan. gigirlnya aku dan kak Anne. boboynya pulak Limin, Ari, Ool, Mirul dan Hazrul. masing masing ada karekter tersendiri. hahahaha.. moga selamanya. aamiin.. gambar satu gang takdak lagi. nanti lah kami fotoshoot. hahaha..


Tuesday, December 23, 2014

ILIYA PINDAH huhuhuuuuu

salam semua. haa.. tadi melawat kekasih hati jantung paru paru yang kami dah kenal since 2003. darjah 1 yaw. hahaha kenal dekat sekolah agama. sebab sekolah pagi lain. aku sekolah cina. dia sekolah melayu. so bila petang memang jumpa and sebab sekelas so sekepala.. sampailah masuk tingkatan 1. satu kelas jugak. sampailah tingkatan 3. sebab tingkatan 4 aku pindah sabah. balik sini sambung form 6 ajak dia jugak. seminggu je sekolah balik sekali then aku dapat UPSI. Isnin tu aku bla.. selasa tu dia ngurus pindah sekolah ke asrama dekat Seremban. Rabu dia pindah sekolah. hebat kan budak ni. hahahahaa sengai betul.

tapi rumah dia still dekat dengan aku. balik cuti mesti jumpa. tak kejap tak lama.. mesti jumpa jugak. atau otp bla bla blaaaa semua cerita terutamanya ada problem hebat debabommmm... tak sah kalau tak habis semua kredit dalam phone ni. hahaha iliya ni aku kenal sampai ke family masing masing kenal. lagi lagi baba dia member pakcik aku pulak. satu tempat keje. so makin lah rapat seadanya. p rumah dia kira boleh lepak sekali dengan ummi and adik adik dia pun dah akrab dengan aku. padanlah aku tengok adik adik dia tu membesar. yang kecik tu dari baby sampailah now dah 6 tahun. lama kan.....

so esok dia nak pindah Seremban. dulu aku dapat tau dia dah nak pindah kira macam 2 3 tahun lagi. so tak kisah sangat. banyak masa lagi. but now... esok weh. k dah bergenang dah air mata ni. semalam pun p rumah dia. tapi dengan Syida je. hari ni p ramai jugak lah. dia macam terharu and pelik semua nak datang sebelum dia pindah. tu tak kisah lah.. so sembang sembang dengan dia. makan pe semua.. gelak gelak hahaha.. dan aku banyak tengok tv sebab masing masing dengan sembang masing masing. aku apa ada... hahaha senyap and tengok katun dengan adik adik dia ar apa lagi.

ni semalam dengan Syida

berjam jam jam jam dekat rumah dia.. sampailah Ibu datang nak suruh aku balik. hahahaha jangan gelak. ye memang aku dijaga rapi k. walaupun datang sendiri naik vrom vromm..Ibu tetap datang jengah aku suruh balik. yela memandangkan masa tu dah nak dekat pukul 6 petang. aku pun.....emmm ni part yang aku tak suka. peluk dengan dia... then erghhhhh.... sebaknyaa.... kenapa kau pindah Iliya.... habis lepas ni aku nak lepak dengan siapa lagi... apa ni.......... sapa nak jadi punching bag aku... hehehe apa apa pun... kau tau aku sayang kau sangat. ok lah tu semalam aku bawak sepotong kek feberet kau. and hari ni aku bawak memories board untuk kau simpan sampai bila bila. tunggu aku datang sana k. love you, sahabat.



Monday, December 22, 2014

Review: Minyak Gamat Asli

Bismillahhirohmannirohim.. Mari mari minyak gamat original dari Langkawi ada dijual di sini. Bukan jenis biasa je ada, panas pun ada! Jangan risau alahan sebab ni sesuai untuk setiap golongan muda tua atau baby pun boleh.  


HANYA DISEDIAKAN
12 botol minyak original: RM 10 satu botol
12 botol minyak panas: RM 10 satu botol

5 pelanggan pertama akan diberi FREE GIFT.

Beli lebih 4 botol FREE POSTAGE
POSTAGE: RM 6 (SM) RM 10 (SS)

COD: Area Ulu Yam dan Batang Kali

Cara Membeli
FACEBOOK: Izzian Amira
WECHAT: izzianamira

Friday, December 19, 2014

Review: Cathy Doll MURAH

salam semua. k malam ni kita ada berita baik hot hot hot gempak sebab member wa nak buat Y.E.S. CATHY DOLL MURAH GILA weh.... bapak rugi kalau siapa yang tak mau beli ni. wa pun nak oder lah.. aummm lagi pun produk ni ramai yang tau kepopularannya dengan kebauan nya yang aumm wangi kauuuuu... haa... member wa ni taknak kata apa.. dia kata rugi sangat sebab bukan selalu dapat yang murah murah ni. 

boleh percaya ke tak... hahaha ni member wa bukan online alam maya ke apa ke.. ni member lama kenal dah. so jangan risau. memang boleh dipercayai. sebabkan ramai dah kenal produk ni.. takmau la bagitahu macam macam.. lagipun aku tak lah guna semua so janganlah tanya soalan dia bau pekasam ke.. bau petai ke.. bau bacang ke... hahah sebab aku tak kayo nak rasa semua kehangatan produk ni tapi buat masa ni aku tau semua memang wangi wehh.. serious talk... hahaha dijamin. so taknak kata banyak... aku bgtau harga produk yang tengah hot murah melambung ni.. dan macamna nak beli ye. aummm lebiu semua.

RM 30

RM 25

RM 30

RM 20

RM 25

RM 25

RM 34

RM 60

RM35 

To order/wholesale: 
Wechat: ifakumalasyari 

SEMUA HARGA DI ATAS TERMASUK POSTAGE 

Sunday, December 07, 2014

KENDURI AKU???

salam semua. hari ni nak story kenduri tadi. hahaha tajuk nak gempak je kan. padahal ni kenduri akikah, bacaan yassin dan tahlil, dan juga sambutan anibeseri ayah ibu yang ke 30. kami adik beradik ipar duai dan anak anak semua buat kejutan kecil kecilan namanya. senyap senyap beli hadiah and kek. hadiah tu idea akak.. so dia yang ngurus. lebihan aku pulak urus kek. and special nya kek dua tingkat. maklumlah orang dulu dulu mana rasa kek kek ni.. apa tah lagi kek dua tingkat. 

so memandangkan anak anak ibu ayah dah berduit sikit. kami belikan lah.. hehehee terharu tak terharu tak.. aummmm tu idea lil pwincess uolls k. hehehee yang nakal sikit ni.. emmm ekceli banyak nakalnya. hehehee takpelah.. kalau semua anak anak baik tak best jgak kan... mesti ada sorang yang otak mereng sikit baru advanture sikit jadi ibu ayah. silap silap ibu ayah baca ni.. aummmm habislah... hehehe hanya gurauan je. ayah ibu the best in my life..... serious k.


ok pagi pagi aku lah yang pertama kena bersiap sebab maklumlah anak buah ada empat dan bila aku siap.. aku yang akan jaga dorang untuk parents dorang bersiap pulak. k lumrah letewww.. so jangan tanya lah kena bila p kenduri mana aku memang agak serabai. sebab tu dah berjam jam siapnya.. hahahaha babysitter atau lebih mulia sikit bakal mama. aummm semangat sikit bila kata nak jadi mama ni.. ada anak sendiri. aduhhhhh.... lemahhhhh... tak kuat laaa.... excited tau... hahahaha.. 


kenduri mula dengan kedatangan makcik makcik kat taman perumahan ni. dorang marhaban semualah. aku tukang bawak gunting and bunga rampai untuk apa tu.. haaa cukur jambul. hahaha yang nak bercukur tu umur semua dah macam tak layak. ambik syarat je.. last last aku pulak kena campak bunga rampai tu.. aummm.. pahtu ramai tanya kenduri aku ke.. sebab ada pelamin bagai... hahahaha pengantin lelaki tah tak muncul muncul pun. cepatlah muncul.. hahahahaha kita tunggu jela..

then bacaan yassin dan tahlil oleh pakcik pakcik. lepas tu makangggg.. masa bacaan yassin tu aku vromm vrommm p ambik member dari Tanjung Malim datang naik ktm. how sweet.... memang terharu dorang sanggup datang.. then p ambik kek.. heheheheheee.. pahtu masuk ikut pintu belakang bagai.. memang macam macam betul idea aku ni.. hahaha lepas masuk ikut depan.. aku pun lari lah p bawak kek ke depan.......... ibu terkejut... ibu speechless k. masa tu first time tengok muka ibu yang gabra plus terkejut.. awww... masih terbayang lagi keadaan ibu masa tu.


ibu terus masuk bilik. tah la buat apa dalam bilik tu.. lap air mata mungkin. ayah pulak memang biasa jela.. buat buat relax. hahahaa masa tu ramai pulak... wahhh potong kek depan pelamin. masa tu bahagia di hati ni takdak siapa yang tau.. senyuman dorang... ALLAH.... alhamdulillah............... kenduri habis dalam pukul 5. then aku siap siap balik Tanjung Malim malam tu jugak...... sekian terima kasih...terima kasih jugak kepada semua tetamu. lebiu muahhhhhh