Tuesday, June 13, 2023

Tak Sempat Sepuluh Tahun Gambar Kita, Abang Ijun.

[hari ke-121] 

Bila terjumpa gambar ni semula dalam blog, terpaku kejap tengok tarikh tu.. Sekejap je masa berlalu. Rupanya tak sempat 10tahun gambar ni, Allah dah jemput Abang Ijun jauh daripada kami..

Masa ni Mira tingkatan 5 di Sabah. Turun Melaka wakil negeri Sabah untuk pertandingan ni. Abang Ijun pula masa tu mengajar di Klang, semata turun Melaka untuk jumpa Mira pakej siap belanja makan Mekdi. Abang Ijun kata bangga Abang Ijun Mira dapat wakil negeri siap masuk tv. Hahahahahaaa

Allah jemput Abang Ijun 13 Februari 2023 lepas, 4bulan genap hari ni. Dalam masa 4bulan ni pun, macam-macam terjadi. Kekoknya kami menghadap kehilangan lagi sekali ni. Entahlah Abang Ijun... Sampai bila kami akan terkenang-kenang tanpanya Abang Ijun dalam hari-hari kami. 

Serupa macam Ibu dulu, duk kenang-kenang... Tahu-tahu tahun ni dah 6tahun Allah jemput Ibu. Ni Abang Ijun pula... Kadang kuat, kadang tersungkur juga kami menanggung rindu. Berat.

Takpalah Abang Ijun...

Semua pasti merasainya.

Tak cepat atau lambat...

Masanya akan tiba.

Al-Fatihah buat Mohd Izzul Imran bin Mohd Johari ♥️

Tuesday, May 23, 2023

Cekedik Konvo Degree

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah

Beribu-ribu TAHNIAH buat kesayangan Keknga dunia akhirat ni! Tahniah kerana berjaya hingga ke tahap ni dengan jayanya. In shaa Allah otw nak galas tanggungjawab yang lebih besar & mencabar lagi selepas ni, in shaa Allah Afi boleh!

Minta maaf sangat Keknga sekeluarga masih tak dapat untuk bersama meraikan hari kejayaan ni. In shaa Allah nanti kita celebrate lain hari ♥️

2015 vs 2019 vs 2023

Tuesday, April 25, 2023

Hari Raya Aidilfitri 2023

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah

Diberi peluang istimewa dariNya sekali lagi menyambut Syawal bersama keluarga mentua tersayang. Kali ni tak kalut ya macam tahun lepas. Legaaa sang menantu hahahahaaaa 

Semoga Allah pertemukan lagi kita dengan Ramadhan tahun-tahun seterusnya in shaa Allah aamiin ♥️






Thursday, March 16, 2023

Anakanda SnA: Mohon Prasekolah Adib

MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah

Mac 2023 mohon prasekolah untuk Adib pula.

Bergambar kenangan di dinding luar kelas macam Aufa dalam gambar akhir. 

Ogos ni keluar result dapat atau tak. Moga Allah beri keputusan pilihan yang terbaik dalam permulaan pembelajaran Adib. In shaa Allah.. Aamiin. Ada rezeki di sini, dapatlah satu sekolah dengan Aufa tahun hadapan. 

Kalau tak ada, adakah mungkin rezeki prasekolah di tempat lain? 🤣



Mac 2021 mohon prasekolah untuk Aufa