Monday, December 31, 2012

31.12.2012


salam semua. wahhh mesti malam ni ramai yang buat party hebat hebat kan. party boleh.. tak semestinya semua haram. eh kalau party dengan family, apa haram jadahnya? betul tak? bukan sebab nak sambut sangat tahun baru. menurut Islam, awal Muharram kita dah lama. cuma ni kita buat party kecil kecilan sebab satu family dapat berkumpul. yelahkan.. sekarang ni bukan senang nak dapat cuti yang semua sama cuti. kan kan kan? jangan fikirkan semuanya buruk.. tak baik taw! No.. No.. No.. 

malam ni terasa nak tulis blog sebab tah la.. maybe penghujung tahun 2012 kan? kan best kalau setiap apa yang kita alami, dapat dirakam. so bila habis setiap tahun je kita dapat tengok balik rakaman rakaman sepanjang tahun. so kita tahu mana silap dan salah kita terhadap orang lain, lagi lagi terhadap kedua ibu bapa kita. yang hari hari kita ngadap. yang duduk jauh tu, hari hari natap gambar.. yang dah kehilangan parent dia, hari hari kita lalui kehidupan kita dengan masih dibawah tanggungan dia. tak ke banyak dosa kita kalau kita tak bertaubat. Masyaallah.. masih belum terlambat....

apa apa pun.. banyak jugak la benda baru dalam kehidupan aku selama 2012. first sekali sebab pindah la kan. pindah jauh di bawah bayu.. siapa sangka?! tak pernah terdetik pun masa melancong ke Sabah, yang aku akan stay dekat sini. pehhhh! tak pernah rasa nak! sebab jauh kot.. jauh dari adik beradik. jauh dari kawan kawan.... if still dekat semenanjung tu takpe jugak. boleh naik bas balik rumah Selangor or naik KTM. ini tidak... kena naik flight. tiket pulak bukan macam bas or KTM. bapak mahal! haish... ujian betul... pape pun... 2012 ni memang banyak pengalaman baru la. then banyak gaduh jugak. kena fitnah la. sokey.... benda kalau tak betul, dia akan hilang bagai angin di bawa ribut je.. chill bebeh! tak gentar langsung. cehhhh.. hahahaa lepas ni ada la yang nak kata lagi kan kan? ngaku jela.. taubat la ye.. 

akhir kata, dengan kesempatan post blog tibatiba rajin malam ni.. aku nak mohon maaf jika ada salah dan silap yang sedar mahupun yang tak sedar.. moga kita sentiasa dirahmati Allah.. dan sentiasa dilindungi dari bala bencana yang boleh menyusahkan kita semua... doakan untuk pelajar SPM 2013 juga termasuk aku. moga moga kita dapat menjadi salah seorang daripada pelajar cemerlang SPM! doa buat saudara saudara yang sedang dalam kesusahan juga.. moga mereka diberi kekuatan dan ketabahan yang kuat! Amin... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...