Tuesday, July 02, 2013

"Berkhidmat Untuk Negara" - PLKN

salam semua.. hari ni tergerak hati nak call orang PLKN. lagipun dengar kata boleh check nama kita dapat PLKN ke tidak hujung bulan Julai. so hati ni tak tenang gelisah gundah gulana semua la kan. masa try check, still tak boleh. then masa tengok laman utama PLKN tu ternampak number contact untuk tanya soalan pe semua. so aku pun cepat cepat ambik sebab niat nak call la. why the because banyak sangat khabar angin kalau PLKN. maklum la ramai yang nak takut takutkan kami.

Soalan soalan yang aku tanya:

1. betul ke semak PLKN hujung bulan Julai?
2. betul ke 6 bulan untuk batch 1996?
3. betul ke wajib semua pergi PLKN untuk batch 1996?

JAWAPANYA:

1. bulan November baru boleh check.
2. TAK BETUL. hanya 3 bulan.
3. TAK BETUL. belum lagi untuk batch 1996.

so dah dapatkan semua jawapan. yang semak PLKN tu try jela follow up. rajin rajin buka and try check. mana tahu betul hujung bulan ni dapat check ke kan. hahahahaa.. kalau ada yang tak percaya, p call sendiri dan dengar sendiri jawapannya ok sebab malas nak bising mulut tapi sendiri tak cari keputusan yang sebenar, 03-4027 4747 (Urusan Pelatih PLKN). dah dah! yang batch yang nak takut takutkan kami tu diam diri sekarang! actually korang pun tak tahu pape pun kan........ ok tata! salam..

Untuk Semak:

1. Melalui laman sesawang: URL http://apps1.khidmatnegara.gov.my
2. Melalui SMS: Taip: PLKN semak <No KP anda> hantar ke 15888

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...