Thursday, October 10, 2013

Tips SPM daripada Isamuddin Isa

Salam semua.. SPM  tinggal 27 hari lagi!!! bila kira kira hari... aku rasa gelisah gundah gulana.. bagaikan dunia akan menghimpap aku.. dan aku memerlukan hanya 27 hari lagi untuk menyiapkan kelengkapan aku untuk menyelamatkan diri untuk terus hidup di dunia serba indah ini. aku mesti berjaya! ye!!!! hahaha.. opsstt! maaf... teremosi lebih la pulak. ok ok... hari ni nak share post dari teman blogger aku... aku yang request suruh dia post pasal apa yang sepatutnya calon spm buat SPM tinggal kurang daripada sebulan ni.. sebab aku suka cara penulisan dia. sempoi tak baku sangat. bila baca rasa relax and tak macam so berat sangat nak terima apa yang dia post. so terima kasih kepada Isamuddin Isa kerana sudi berkongsi. juta juta ribu billion terima kasih ye. fyi blogger ni Pelajar Cemerlang 10A SPM dulu hokeyyyyyy.... so tak salah orang la nak minta pendapat dari dia.. hewhewhew nak minta 10A SPM boley dakkkk??? heheheee


1. Ingat-Ingat lah Allah

Kurang sebulan ni yang mana solat tunggang langgang tu sempurnakan lah.. Pedulilah orang kata "time senang tak ingat, time susah baru nak ingat Allah". Atleast awak ingat lagi kat Allah. Ada orang tengah susah pun masih tak ingat Allah. Dan kalau boleh lepas SPM pun teruskan lah jaga solat tu. Percayalah, kalau dalam 40 hari berturut turut korang jaga solat 5 waktu tu, mesti korang akan rasa tak sedap hati nk tinggal solat lepas tu. Oleh itu kurang sebulan sebelum SPM ni sempurnakanlah solat wajib anda, tambahkan dengan solat tahajud, solat sunnat dan minta hati tu diterangkan dan ditenangkan menjelang SPM..

2. Mak Bapak Jangan Lupa

Dulu sebulan sebelum SPM, aku selalu call mak aku, sebab aku duduk asrama. Call bukan apa, nak minta mak doakan. Kalau yang ada konflik dengan mak ayah tu selesai-selesaikan lah segera. Nanti takut time nak jawab exam teringat-ingat pula kisah-kisah durhaka mu.

3. Tak usah cari pasal dengan Kekawan

Sebagai budak asrama, aku tak terlepas dari program bermaaf-maafan sebeum SPM.. Yelah mana tahu ada yang terasa hati ke, ada yang terbuli ke.. Baik lah minta maaf segera. Nanti mereka yang teraniaya tu berdoa ditutupkan hati kau time nak jawab SPM, kan dah cari pasal namanya,

4. Khas kepada yang bercintan cintun

Aku ni dulu sebulan sebelum SPM, aku clash.. Eh salah bukan clash tapi kena reject.. Haha.. Tapi sebagai lelaki, kena reject tu ok je. Tak ada pulak nages 7 hari 7 malam. Kepada adik adik perempuan/lelaki kalau kena clash ke apa ke.. Awak buat rilex je. Kat Uni nanti, ada yang lebih molek untuk kalian. Part ni aku tak tipu. Serius korang boleh cari yang lebih baik kat uni. Masuk uni nanti cari lah usrah ye.. Lagi super duper molek boleh dapat.. Hehehe.. Oleh itu, kalau kena clash belajar lah sungguh sungguh biar dapat masuk Uni k.. Hehehe

5. Buat "Past Year" dan "Buat Rilex"

Dah hujung-hujung ni, tak ada maknanya korang nk baca satu buku tu. Tak kira lah buku sejarah pun. Buat je past year tu, Sejarah tak boleh lari punya, soalan dia sama je pusing pusing, Begitu juga dengan subjek lain. Selain buat Past year, buat rilex je. Sebulan sebelum SPM rasanya aktiviti tidur petang aku tak pernah pula aku ponteng. (AMARAN : Tidur petang tak elok bagi seseorang insan). Tapi time tu aku tak ada FB or Twitter lah macam korang sekarang. Sekarang time exam kat Uni pun aku tak boleh elak kan FB , Twitter, Blog dan Instagram ni. Keputusan kat uni sekarang pun tak secemerlang keputusan SPM dulu. Kalau mampu elak kan media sosial ni, cuba lah eh. Serius tak dinafi ianya mengacau pembelajaran.. 

Tips lain yang aku buat:

Makan Coklat --> LINK
Dalam Kereta Pun Boleh Belajar --> LINK 
Ke PetroSains untuk pemahaman sebenar --> LINK
Cara keakraban --> LINK

Alhamdulillah... serba serbi banyak yang aku tengah buat.. dan aku pun dah buang apa yang patut dibuang... macam couple couple tu... Alhamdulillah... dah nak dekat 2 tahun aku tinggalkan. ha... hari ni la.. 10.10.13 genap 1 tahun 11 bulan. bulan depan 2 tahun! gempak kan cinta aku dekat SPM. SPM sepatutnya berbangga dengan aku dan takkan sia sia kan cinta aku padamuuu wahai SPM. huhu.. and macam laman sosial tu.. Alhamdulillah... hanya Instagram and blog je aku ada sekarang. ada pun takde menda.. takde pun aku tak kisah. dan aku nak tekan kan... kalau boleh kan.. masa sebulan ni dah start puasa Isnin Khamis. kalau dah start dari awal laaaaagi superb bagus! dan pada hari SPM tu... berpuasa la.. kita pun tahu... perang Islam yang menang pun dorang tengah berpuasa tau. so apa salahnya kita ikut cara tu.. SPM ni kira berperang jugak.. untuk dapatkan kejayaan! so kepada semua member member SPM macam aku, Selamat Maju Jaya! All The Best! 

2 comments: