Monday, May 16, 2016

Review: Natural Clenx Tea Penyelesaian Sembelit

assalammualaikum.. ok hari ni nak ceritakan hal yang malu jugak la tapi sebenarnya kan ramai je ada masalah sama macam aku ni just malu nak tanya kan... ok ceritanya ni first time kena s-mb-l-t, so memang tak tau laaaa nak buat apa... kalau benda tu nak keluar takpa.. ni langsung tak rasa nak keluar.. dah sampai 4 hari, kepala pun dah tingtong perut dah besar ala ala pregnant pulak padahal dalam tu dah 4 hari punya penyimpanan. huhuuuuu... so pegilah klinik.... doktor bagi ubat air. dia kata makan 3 hari je... tak boleh lebih.. macam seram jugak kan warning dia tu.. so balik tu malam terus minum.... esoknya alhamdulillah... akhirnyaa.......

aku pun terus kan lah makan ubat tuuu.. manis macam lori gula tombang dalam air ja. tapi pelik tak elok jugak.... sampailah habis satu botol ubat tu aku minum selama 3 hari... tak boleh jadi..... search internet tengok cari teh detox.. memandangkan first time nak berdetox detox ni jumpa la teh ni... tanya tanya tanya.. memang orang kata menjadi. kiranya kalau minum malam, esok pagi confirm. confirmmmmmm.. confirm berkampung dalam tandas. so siapa tak tergugatkan... aku pun minta la abee belikan.. abee pun dah kesian tengok aku dengan sakit kepalanya... dengan peningnya.... banyak toxic kan hahahaha...

so belilah teh tu.... malam tu start minum.. dalam kotak tu ada 20 uncang. dan satu uncang tu boleh guna dua kali. nampak tak pekat dia macamna.. hahahaha minum malam tu esok pagi terussssssssssssssss lancar perjalanan...... dan hati pun manyak suka.. and teruskan minum... sampaikan abee pun tertarik nak minum jugak... jangan bubuh gula la ini air untuk detox kalau nak sedap minum teh lain la hahahaha.. memang banyak kali masuk tandas. berkampung la...badan rasa ringannnn je... memang detox la kan. berat turun ke tak tu aku tak tau sebab niat aku bukan nak kurus.. tapi ramai kata berat turun bila minum... so ok la untuk slim melim kan..  nak lancarkan perjalanan ke kan.. hahahaha so kalau korang nak minum pastikan masa tu cuti dan esoknya pun cuti. sebab effect teh ni kira kira 8 jam lepas tu baru dia melaburkan saham... heheheeee....so kepada korang yang ada masalah sembelit, ni la ubatnya. hahahahaha.. but aku tak pasti orang pregnant boleh ke tak ok.. kalau nak tau better tanya doktor tau. selamat mencubaaaa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...