Saturday, July 09, 2016

Hari Raya 2016 JoeLati's Family

assalammualaikum.. alhamdulillah... hari yang dinanti selama ni berkumpul satu family besar ni maklumlah satu family di sabah, sarawak, pahang, kedah semuaaa ada... hahahaha taknak cakap banyak sebab happy sangat harini dapat bergambar family besar gelak ketawa semua.. alhamdulillah.. syukur ya Allah..... moga tahun akan datang dan seterusnya, kekalkan kebahagiaan ini hingga ke Jannah. Aamiin...




mudah mudahan tahun depan dukung anak sendiri.. Aamiin... heheheee

Wednesday, July 06, 2016

Alkisah SnA: Raya Pertama sebagai Isteri

alhamdulillah.. syukur.. Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua pembaca blog yang serba serbi bersawang dah jarang sangat nak mengadap lagi lagi tengah praktikal ni.. hahahaha memang masa tu agak limit. so taknak cakap banyak.. tahun ni raya pertama sebagai isteri dan tahun ni juga pertama kali beraya di negeri lain iaitu Kelantan, kampung suami. alhamdulillah.. dapat family mertua yang sporting dan sangat sangat meriah so tak terasa sangat sedih tu walaupun pagi pagi call ibu sebab nak dengar suara ibu... alhamdulillah.. raya tahun ni family JoeLati tambah dua orang baru.. moga tahun depan terus bertambah.... aamiin... jumaat ni kita balik Selangor beraya pulak ok... hehehee now beraya kelantan dulu... tataaaaa


Monday, June 06, 2016

Alkisah SnA: Setahun Perkenalan Kita

assalammualaikum.. harini start bulan Ramadhan. alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan bersama ibu ayah dan keluarga tambah pulak tahun ni dah bersuami.. syukur.... harini jugak genap setahun kita kenal yeeeeeeeeeeeeeeee... 06/06 alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. tak sangka awak yang dulu tuuuuuuuu dah jadi suami saya harini. alhamdulillah.. 

harini juga bermulanya kisah berpraktikal aku. hahaha macam tak sangka dah tinggal langkah terakhir sebelum konvo tamat diploma. alhamdulillah... syukur tak terhingga... kali ni semester yang terakhir ni kita berpraktikal segala yang dah belajar selama 5 semester. moga dipermudahkan segala urusan praktikal selama 4 bulan ni sebelum dan selepas.. aamiin... good luck untuk semua yang start praktikal harini.

haiii cikgu syafiq.. boleh sajaa... hihihiiii

Tuesday, May 17, 2016

Review: Natural Clenx Tea Penyelesaian Sembelit

assalammualaikum.. ok hari ni nak ceritakan hal yang malu jugak la tapi sebenarnya kan ramai je ada masalah sama macam aku ni just malu nak tanya kan... ok ceritanya ni first time kena s-mb-l-t, so memang tak tau laaaa nak buat apa... kalau benda tu nak keluar takpa.. ni langsung tak rasa nak keluar.. dah sampai 4 hari, kepala pun dah tingtong perut dah besar ala ala pregnant pulak padahal dalam tu dah 4 hari punya penyimpanan. huhuuuuu... so pegilah klinik.... doktor bagi ubat air. dia kata makan 3 hari je... tak boleh lebih.. macam seram jugak kan warning dia tu.. so balik tu malam terus minum.... esoknya alhamdulillah... akhirnyaa.......

aku pun terus kan lah makan ubat tuuu.. manis macam lori gula tombang dalam air ja. tapi pelik tak elok jugak.... sampailah habis satu botol ubat tu aku minum selama 3 hari... tak boleh jadi..... search internet tengok cari teh detox.. memandangkan first time nak berdetox detox ni jumpa la teh ni... tanya tanya tanya.. memang orang kata menjadi. kiranya kalau minum malam, esok pagi confirm. confirmmmmmm.. confirm berkampung dalam tandas. so siapa tak tergugatkan... aku pun minta la abee belikan.. abee pun dah kesian tengok aku dengan sakit kepalanya... dengan peningnya.... banyak toxic kan hahahaha...

so belilah teh tu.... malam tu start minum.. dalam kotak tu ada 20 uncang. dan satu uncang tu boleh guna dua kali. nampak tak pekat dia macamna.. hahahaha minum malam tu esok pagi terussssssssssssssss lancar perjalanan...... dan hati pun manyak suka.. and teruskan minum... sampaikan abee pun tertarik nak minum jugak... jangan bubuh gula la ini air untuk detox kalau nak sedap minum teh lain la hahahaha.. memang banyak kali masuk tandas. berkampung la...badan rasa ringannnn je... memang detox la kan. berat turun ke tak tu aku tak tau sebab niat aku bukan nak kurus.. tapi ramai kata berat turun bila minum... so ok la untuk slim melim kan..  nak lancarkan perjalanan ke kan.. hahahaha so kalau korang nak minum pastikan masa tu cuti dan esoknya pun cuti. sebab effect teh ni kira kira 8 jam lepas tu baru dia melaburkan saham... heheheeee....so kepada korang yang ada masalah sembelit, ni la ubatnya. hahahahaha.. but aku tak pasti orang pregnant boleh ke tak ok.. kalau nak tau better tanya doktor tau. selamat mencubaaaa...