Beribu-ribu TAHNIAH buat kesayangan Keknga dunia akhirat ni! Tahniah kerana berjaya hingga ke tahap ni dengan jayanya. In shaa Allah otw nak galas tanggungjawab yang lebih besar & mencabar lagi selepas ni, in shaa Allah Afi boleh!
Minta maaf sangat Keknga sekeluarga masih tak dapat untuk bersama meraikan hari kejayaan ni. In shaa Allah nanti kita celebrate lain hari ♥️
Diberi peluang istimewa dariNya sekali lagi menyambut Syawal bersama keluarga mentua tersayang. Kali ni tak kalut ya macam tahun lepas. Legaaa sang menantu hahahahaaaa
Semoga Allah pertemukan lagi kita dengan Ramadhan tahun-tahun seterusnya in shaa Allah aamiin ♥️
Bergambar kenangan di dinding luar kelas macam Aufa dalam gambar akhir.
Ogos ni keluar result dapat atau tak. Moga Allah beri keputusan pilihan yang terbaik dalam permulaan pembelajaran Adib. In shaa Allah.. Aamiin. Ada rezeki di sini, dapatlah satu sekolah dengan Aufa tahun hadapan.
Kalau tak ada, adakah mungkin rezeki prasekolah di tempat lain? 🤣
13 Februari kehilangan seorang lagi insan bermakna dalam hidup
16 Februari kehilangan salah seorang mak saudara kesayangan kami (belah suami)
Jadi hari ni selepas seminggu yang penuh dengan sakit sedih perit pilu, dapat juga simpan video kenangan kami sekeluarga di Tanah Suci.
Sepanjang di sana, boleh dikatakan hari-hari arwah Abang Ijun akan bertanya khabar.. Minta gambar-gambar di sana untuk mengubat rindunya pada Tanah Suci Mekah Madinah. Sedih juga Abang Ijun tak sempat tengok video-video yang banyak Mira rakam ni. Abang Ijun antara yang paling support bab video di YouTube. Tiada lagi yang akan sembang-sembang pasal video YouTube dengan Mira. Tiada lagi yang akan puji melambung hasil video-video tak seberapa yang Mira buat. Allahhuakbar... Syurga buatmu, Abang Ijun in shaa Allah aamiin ♥️
Jemput menonton semua video kenangan AufaAdibAura di Tanah Suci
Al-fatihah buat Mohd Izzul Imran bin Mohd Johari ♥️