Friday, October 18, 2013

Hukum Berpurdah

Ulama terdahulu dikalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Syafie dalam pendapat yang lemah disisi mereka telah berpendapat bahawa wanita boleh membuka muka dan tapak tangannya. Had muka adalah dari tempat tumbuh rambut (kebiasaannya) sehingga dibawah dagu dari segi panjang. Dari segi lebar adalah diantara dua cuping telinga. 

Ini juga pendapat sebahagian sahabat dikalangan Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan sebahagian tabi’ien seumpama Sa’id bin Jubair dan ‘Ata.Kata-kata ulama tafsir yang menyokong pendapat ini. Dalam mentafsirkan ayat 31 surah an-Nur, Imam at-Tobari telah berkata: “Pendapat yang paling benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai.

Imam al-Jassas dalam mazhab Hanafi telah berkata: Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, ‘Ata yang mengatakan maksud ayat tersebut (ayat 31 surah an-Nur) adalah sesungguhnya muka dan tapak tangan, inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.

Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:“Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas, celak dan inai.

Dalam ayat yang sama, ibnu kathir dari mazhab Syafie menyatakan:“Berkemungkinan Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yang masyhur menurut jumhur ulama.

Kata-kata ulama fekah yang menyokong pendapat ini.

Al-Qaduri dari mazhab Hanafi telah berkata: “Dan haram seorang lelaki memandang perempuan yang bukan mahram melainkan muka dan tapak tangan.”

Ad-Dirdiri dari mazhab Maliki dari mazhab Maliki telah berkata:“Aurat perempuan yang merdeka bersama lelaki yang bukan mahram adalah semua melainkan muka dan tapak tangan.”

Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata: “Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”

Syed Muhammad Zaki Ibrahim berkata: “Menutup muka dengan niqab yang menutup semua muka adalah perkara yang bukan wajib dan bukan sunat yang kuat tetapi ia adalah hanya perasaan dan emosi peribadi sahaja.”

Pendapat kedua:Haram mendedahkan muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian mazhab Syafie.

Syeikh Mansur bin Yunus al-Bahuti berkata: “Wanita yang merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat didalam solat sehinggalah kuku dan rambutnya. Ini berdasarkan sabda Nabi saw “Wanita adalah aurat” Hr Tirmizi.”

Syeikh Sulaiman al-Jamal dari mazhab syafie berkata: “Aurat wanita dihadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.”

Menutup muka kerana timbulnya fitnah.Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari ra berkata: “Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”

Kesimpulannya.. Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama.

8 comments:

  1. Assalamualaikum ukhti, apa pendapat ukhti jika ada seseotlrang yg ingin berpurdah tapi takut niatnya salah?? Mhon pendapat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ukhti.. mcm yg kita tau perasaan takut atau was was itu ialah dari syaitan. syaitan sentiasa inginkan anak Adam sesat dijalan Allah. kita kena lawan. jgn risau.. bersihkan jiwa.. tenangkan fikiran.. perbetulkan niat. insyaallah dipermudahkan. :)

      Delete
  2. nur ain fatehah ahmad sabri(nurafas)March 31, 2014 at 11:43 AM

    assalammualaikum ukhti...ingin ana bertanya disini..ana ada terdetik untuk berpurdah..tapi ana maseh bersekolah menengah..disekolah tidak dibenarkan berpurdah atau berniqab..jadi..jika saya memakai niqab atau purdah..beerti sy terpakse buka ketika hendak ke sekolah..bagaimana pula hukum nya..??kerana 'sekejap pakai sekejap buka'.. mohon penjelasan dan pendapat
    (nur ain fatehah -keratong 8-)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam ya ukhti.. terima kasih kerana sudi singgah ke blog serba kekurangan ni. pertama sekali ana minta maaf kerana ana bukanlah sesiapa yang tinggi ilmu agamanya. ana cuma seorang perempuan yang biasa dan masih tercari cari hidayah Allah. kedua, berkenaan soalan ukhti. maaflah terlepas pandang dengan soalan ini. ketiga, soalan ni sangat berat. ana cuma boleh bagi pendapat. cuma betul atau salah tu ukhti perlulah tanya pada yang lebih arif dalam bidang ni. pendapat ana. niqab ni bukan satu fasion. atau satu trend yang perlu kita ikut ikutkan. ia datang dari lubuk hati yang ikhlas dan tulus tanpa rasa yang negatif. bila kita ingin berniqab, boleh. bukan satu kewajiban. melainkan kalau kita tak berniqab, kita akan membawa keburukan lain, so kita kena berniqab. sebelum kita nak berniqab, adalah lebih baik kita sempurnakan mana yang tak sempurna lagi. kita kena betul betul bersedia untuk berhijrah. takut nanti terhenti di tengah jalan pulak. biarlah istiqomah. biarlah itu yang terakhir bila kita betul dah bersedia. kalau tentang sekolah, itu tak pasti. ada je sekolah yang boleh. dan cuba tanya dgn pihak sekolah. kemukakan kebaikan kita berniqab. mungkin boleh menarik orang lain untuk berhijrah jugak. tanya pada ustazah di sekolah. tanya pendapat mereka pulak. yang penting.. istiqomah lah bila kita dah berhijrah. mohon maaf jika ada yang salah. hanya mampu memberi pendapat :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak.. Err saya baru berumur 15 thun.., niat saya nak berpurdah nak sangat² , tapi tak tahu nak bermula macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam.. alhamdulillah.. niat yang mulia, dik. bagi pendapat akak, adalah lebih baik kita mulakan dengan perbetulkan mana yang tak betul lagi. contohnya solat kita.. dan seterusnya.... mental dan fizikal perlukan masa untuk diubah. jangan terlalu drastik hingga kita lupa siapa kita sebenarnya..

      Delete
  5. Assalamualaikum ukhti...ana ad bbrpe soalan nk tnya..
    1.boleh x kalau kita brpurdah tl msih upload gmbr dlm instagram dll?
    2.boleh x kalau kita brpurdah tp mmakai makeup dan lens?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam.. pada pendapat ana.... semuanya berbalik pada niat kita. hanya Allah dan kita sahaja yg tahu apa niat kita lakukan semua tu. jika baik niatnya, maka baiklah.. begitulah sebaliknya..

      Delete