Thursday, September 13, 2012

Inilah Kehidupan..

kehidupan. ya kehidupan! penuh dengan suka dan duka. makin banyak pengalaman, makin banyak jugak la perubahan yang akan berlaku pada diri kita. sedikit demi sedikit. sama ada dari segi kebaikan atau keburukan. itu semua penting. sehinggalah kita menjadi seorang yang matang membuat haluan sendiri dewasa kelak. tetapi terpulang pada tahap kematangan kita, halatuju yang mana kita patut ikut? takada siapa yang ingin ikut halatuju yang buruk. tetapi tanpa kita sedari, kita jugak akan terjebak dengan halatuju buruk itu. 

bukan mudah untuk menjadi seorang yang matang. segala yang kita hadapi, bukan sia-sia. Allah turunkan pelbagai ujian untuk kita bukan tanpa alasan. semua itu telah tertulis di atas sana. cuma kita sebagai hambaNya hanya ikut sahaja Qada' dan Qadar. bukan kita yang menentukan semua itu, kita hanyalah merancang. Allah telah kurniakan sebaik-baik manusia dengan sifat yang sempurna dan akal yang sihat. dengan akal itu lah kita gunakan untuk berfikir dengan rasional. Allah itu Maha Adil.

sebagai seorang hambaNya, air mata ini dah menjadi salah satu asam garam dalam kehidupan. bukan semuanya indah seperti zaman kanak-kanak kita dulu. itu semua dah menjadi mimpi buat kita. takkan dapat kita berpatah balik. apa yang kita perlu buat, sentiasa ikut jalan yang benar. selagi ada akal, di situ jugak kita hambaNya yang kuat! kita mampu berfikir sebaik-baiknya. jangan disebabkan hanya inginkan keseronokkan, kita alpa tentang semua ini.. jangan biarkan syaitan yang direjam mampu menghasut kita menjadi salah seorang daripada mereka.

hidup akan bermakna jika hati kita sentiasa tenang. tetapi, hati siapa yang sentiasa tenang..? sedangkan Rasulullah sendiri mengalirkan air mata dengan sifat segelintir hamba Allah yang berlaku keji terhadap Baginda. apatah lagi kita umatnya yang lemah. tak semulia Baginda, tak sekuat Baginda, tak sesuci Baginda. kita hamba Allah yang lemah. dan segelintir daripada kita lupa tentang Cinta dan Rindu terhadap Rasulullah yang sentiasa Rindukan umatnya.. sedihnya hati Baginda.....