Friday, November 02, 2012

TAMAT SEKOLAH 2012!!!

salam semua. harini ialah hari terakhir persekolahan untuk sesi 2012. macam baru semalam je aku daftar nama dekat SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.. cepat je masa berlalu. tahun depan dah SPM. kena study betul betul. tak boleh main main.. *5minit* ala.. enjoy sikit sikit, tak salah.. janji kena pandai atur masa. tapi serious la.. masa PMR, macam biasa je. takut tu memang takut, tak boleh nak tipu la kan. tapi banyak jugak khayalnye. tapi ni SPM. mak aiiii!!! *menggigil* macamana la tahun depan bergelar Calon SPM 2013. yang bestnya sebab senior dah.. ewahhh.. hahahaa.. sengal! takde menda pun jadi senior ni. setakat ramai kenal tu, lagi tak suka. baik macam first first aku dekat sekolah ni, semua tak kenal. aku anak siapa pun orang tak kenal. free je hidup. but now, pegi mana semua, cikgu cikgu kenal sebab dorang dah tahu siapa Ayah.. *sigh*

tadi tengok movie hantu je dalam kelas. movie One Misscall. memang terbaik la. hahahaa.. nak tahu cerita pasal apa? ala... tak suspen la. downloud la. baru best tengok bila tak tahu. hahaha.. takde la seram mana. tak boleh lawan Sinister lagi! peh! tu lagi gempak! siapa yang ada sakit jantung, aku rasa innalillah kot.. banyak terkejut terkejut kot... then sesiapa yang mengandung pun jangan la tengok. sebab dia banyak babak babak kekejaman. pembunuhan bersiri. fuhhhh.. *lap peluh* lepas tengok movie, pergi ambik buku latihan yang dah bayar dekat koperasi. so semua hal sekolah untuk tahun depan dah selesai. cuma buku teks je tak dapat lagi 20buah. gila ar! *hantuk kepala dekat dinding* banyak kot! satu buku teks pun aku tak selak lagi. macam berhantu je. bila aku tengok je buku teks, meremang bulu roma. nampak tak permainannya..

lepas selesai semua tu, apa lagi.. ambik gambar la. kali ni aku tak bawak Baby Canon aku sebab berat kot. dah la bawak laptop lagi. actually malas.. hahahaa selalunya ok je. tapi memang berat la. naik lenguh bahu. kami main webcam. snap snap muka muka comel comel kami. aku, Ekin, Amanda, Nadirah, dengan Cici. si Syar aku tak tahu dia pegi mana masa tu. tiba tiba hilang masa nak ambik gambar sama sama. masa aku balik pun aku tak sempat jumpa. dia tu suka menghilang sendiri. pastu bila masa dia muncul balik dekat kami pun kami tak tahu. hahahahaa... Syar Syar.. macam biskut. aku balik hari ni paling awal. pukul 11. gila kan?! macamna boleh terlepas dari Pakcik Jaga? kami buat muka comel la. hahahahaa.. then keluar! senyum senyum je.. Pakcik Jaga tu ok je dengan kami.. hahahaa... habis la sesi tahun ni. persekolahan di sekolah baru.. sangat indah! :)

HO HO HOOO HOTAK HANG! *jerit*

"hai.. uhuk uhuk.. kami cewek indon mali" tettt! tibatiba 'mali'. hahahaa keluar sleng cina.

aww.. comel tak arnab arnab ni.. puihhhh!

oh tidak! 

comel tak saye... XD

Ekin yang kepala bosar tu. aku yang mata bolat tu! huhuhuhuuu :D

HAPPY HOLIDAY, GUYS! Muahxxx! XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...