Wednesday, July 16, 2014

JPJ Test

salam semua. ok hari ni nak cerita pasal JPJ Test kereta motor tadi. bulan puasa ni? ye saya. masa bulan puasa ni aku ambik JPJ Test kedua-duanya. permulaan nya semangat jugak la. nasib kebetulan ada Haziq Munawar. sampai je PS Samy, menunggu punya lama.. sembang sembang sebab dah lama tak jumpa kan. last jumpa raya tahun lepas. then nampak Afiq Amsyar. eh ambik lesen jugak budak ni? hahahaha last last Afiq tumpangkan kami p PS Samy tempat yang JPJ Test tu. tadi tu dekat cawangan. bas lambat sangat.

sampai je sana. bapak ramai orang. segan eh. jumpa Kakak Diyana yang kenal masa ceramah ritu. then jumpa ramai abang abang senior. tak lupa juga junior junior member member adik aku. semua nak ambik lesen, termasuklah aku. hahahaa then sesi pagi aku motor. then petang kereta. haish.. dengan panas terik. k diam. tak terkata keletihan yang akan dihadapinya itu pun.. hahahahaa then redha jela. yela.. sampai bila taknak ada lesen. sampai bila nak bawak kereta secara haram. nampak polis je gabra. hahahaa tak best tak best! tak aman hati ni..

then pagi ialah motor. k macamana eh? berdebar weh... nak cakap.. emmmmm.. aku gagal bahagian 2. apa? titi? YA BETUL! TEPAT SEKALI! fobia jatuh tayar dekat titi punya pasai.. aku p tahan kaki. terus la abang JPJ tu kata.. "bahagian 3 bahagian 3" k fine. redho je muka. hahahaha then bahagian 3 aku ok. nampaknya kena ulangan lagi la weh.... huhuhu call Ibu nangis nangis. Ibu kata takpe... daripada patah tangan patah kaki. takpe la tu. Ibu pun dah redho je. hahaha Ibu macam dah agak la pulak. kuat betul chemistry kita kan Ibu. padahal Sabah Selangor kot.

sesi petang pulak kereta. masa latihan serious yakin gila. tetiba masa test. hancus! bukit dua kali. tiga penjuru aku terlebih. perghhh... ujian ujian. Alhamdulillah lulus bahagian 2. then bahagian 3 pulak kejap je. tak sampai 5 minit. abang jpj tu terus suruh patah balik. Alhamdulillah.. berkat ambik bulan puasa kot. hehehehee.. terus call ibu kata lulus. dapatlah pelekat kereta. motor kena ulangan lepas raya. k sekian terima kasih. mood sedih: ON

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...