Friday, February 08, 2013

I'm ready for my holiday!!!

salam semua. baru baru ni ayah and ibu dah ambik keputusan tepat untuk sokong aku drop subjek Fizik. dan tambah subjek Seni and Tasawwur Islam. so kalau tambah tambah tolak semua total yang aku ambik untuk SPM tahun ni ialah 11subjek. naaaa.. hambek! takpe... nak berjaya. bukan tamak. tapi susah susah dahulu, senang senang kemudian.. Insyaallah. apa apa pun.. dah solat Istikharah minta petunjuk semua.. sekarang tawakal saje la.. apa apa yang akan aku hadapi, semua ni ada baik dan buruknya.. yang penting hati tenang dan bukan kes ikut kawan. ramai jugak orang nak perli perli kata rugi pe semua.. bagi aku semua ni hak aku. sebab bukan dorang yang nak duduk dalam dewan jawab SPM nanti untuk aku. so masing masing jaga hal masing masing...

so haritu sambutan Maulud Nabi dekat sekolah.. tahun ni aku hanya bertugas masa perarakan di sekolah sahaja. sebab apa? sebab kami budak kelas sains tulen kena pegi Karnival Jom Masuk U. hahahaa.. first time k pegi karnival ni. dulu bila dengar orang pergi je rasa macam aku ni tak perlu pergi lagi.. lambat lagi nak SPM. tapi bila tahun ni kena pergi.. ya Allah! SPM nak dekat dah.. kurang daripada 365 hari lagi.. pehhhhhh seram sejuk terus bila tengok orang orang tu dok terang terangkan bidang yang ada.. macam tak percaya pun ada jugak.. tapi itulah hakikatnya.. tak sangka dah jadi anak dara dah aku ni.. dulu kanak kanak ribena lagi.. kihkihkih..


wahhh next week cuti kan kan.. ada sekolah yang hanya cuti dua hari dan ada yang cuti berganti selama seminggu. wohooo!!! SEMINGGU tu.. termasuk lah sekolah aku sendiri. untung betul aku sebab dari sekolah rendah kalau tahun baru cina je mesti cuti seminggu. sebab sekolah cina kan.. tapi form1 sampai form3 cuti 2hari je macam sekolah lain.. rasanya la kalau tak silap. then masuk form4 and form5 ni cuti seminggu balik. sebab apa? bukan sebab aku masuk sekolah menengah cina taw.. jangan harap! hahaha.. sebab pengetua sekolah kami berbangsa cina. so untung kan.. weee... so korang apa plan? jalan mana.. aku? lalalala... hahahaa dah buat passport semua haritu.. rasa rasanya pergi mana? teka la cepat! nak bagi choki choki ni.. hehehehe..


naaa... ada yang tahu tak? hehehee dah kalau duduk Sabah ni.. paling dekat ialah Brunei. heheheheee.. iye... aku pergi Brunei untuk 3hari 2malam. rasa rasanya best tak? eh melancong.. jalan jalan.. negara orang pulak tu.. pengalaman baru.. tempat baru.. suasana baru.. mestilah best! eh tiba tiba rindu Singapore. takpe takpe.. passport untuk 3tahun. habis SPM boleh pergi rumah makcik dekat sana. berapa lama pun boleh.. lalalaa.. baru rancangan.. eh apa fikir cuti je ni.. SPM LA WEH! hahahaa takpe.. cuti masa untuk fikir rehat.. sekolah fikir sekolah la! jangan dok gatai nak fikir benda lain.. cewahhhh... hahahahaa.. ok la.. SELAMAT BERCUTI SEMUA!!! salam.. 

Brunei!!! Please be nice with me.. :3

No comments:

Post a Comment