Sunday, February 17, 2013

Seminar Bahagia Menjadi Gadis

salam semua. aku baru balik dari hadir seminar Bahagia Menjadi Gadis dekat Yayasan Sabah. banyak sangat maklumat yang kami dapat. pasal haid yang sebenar, then pasal istilah couple Islam, and and pasal kahwin awal. ok tu soalan dari budak sekolah agama ok. kami yang sekolah biasa ni macam pehhhhh menggatai noooo.. hahaha! sumpah lawak! suasana dalam dewan tu paling bising la kan yang kami nampak, sebab kami duduk belakang, so kami nampak semua. sekolah agama la yang paling hyper.. sumpah gua tak tipu. gelak kuat. pe semua la.. hahaha kami yang sekolah biasa ni, bila gelak sikit sikit then tetiba yang sekolah agama gelak kuat, kami terus terdiam and pandang antara satu sama lain. fikir sendiri la.. eh eh.. bukan semua sekolah agama macamni ye anak anak.. jangan salah faham. tapi memang kenyataan suasana semalam. aku nak kongsi doa untuk mendapat Suami yang baik baik dari penceramah.. 

Ya Rabbi..
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku..
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segalanya..
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedia di hatinya setelah Engkau..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetap untuk-Mu..
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sunggu mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu..
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas..
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku..
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihatiku ketika aku berbuat salah..
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi..
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya..
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya..
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya..
Seorang lelaki yang memerlukan diriky untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..

Dan aku juga meminta..
Izinkanlah aku menjadi seorang wanita yang dapat membuat lelaki itu bangga..
Berikanlah aku sekeping hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku..
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu bukan dari luar diriku..
Berikanlah aku tangan-Mu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja..
Berikanlah aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat, sehingga aku dapat menyokongnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi..
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan, "Betapa besarnya Engkau kerana memberikan kepadaku seorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."..
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.


me with Ekin

me again with Nadirah

again! me with Syarifah

ok ni semua sekali. tapi takde Manda. kamera aku ni Manual Focus so bukan semua orang boleh guna. terpaksa la dalam tandas. hahaha!!!

Amin.. moga doa ni dapat membantu korang yang takut dapat suami yang kurang baik. kita sendiri kena perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik! Insyaallah dapat yang baik baik.. ok sangat sangat penat.. pape pun bila seminar, memang aku tak penat. aku suka sangat pergi seminar or krusus motivasi macamni.. yang penting cuti nak habis dah. hahahahaa gila weh.. dah terbayang buka sekolah balik, then tugasan macam biasa. then kena jalankan tugasan sebagai fotografer sekolah balik.. then bla bla.. then then then exam bulan3, pehhhh!!! blank terus otak bila ingat exam. apa aku nak jawab? apa aku nak tulis? apa aku nak buat? STUDY LAHHH! itu pun nak tanya lagi kan.. hahaha pape pun.. wish you best of luck! stop thinking about holidays! exam bulan3, then cuti balik kan kan kan... yeyyy!!! balik Selangor!!! pergi genting dengan abang abang and adik.. and jumpa anak anak buah.. jumpa kawan kawan.. ya Allah.. rindunya semua tu... heheheee.. *lap air mata* k dah dah.. taknak buat drama malam malam ni.. hahaha ok la.. Selamat Kembali ke Sekolah!!!

No comments:

Post a Comment